CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 31 May 2013




ANAK MALU KERANA PAKAIAN IBU


Assalamualaikum w.r.t sahabatku yang dihormati sentiasa.Ini  kisah teladan yang hendak saya kongsi dengan sahabat di sini serta para ibu di luar sana.

Alkisahnya ada seorang pelajar sekolah bernama Asri (bukan nama sebenar).Asri pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Ipoh Perak.Beliau seorang pelajar yang pintar dan agak pemalu serta pendiam. Di sekolah dia lebih suka menyendiri dan banyak menghabiskan masa dengan membaca buku serta melihat telatah kawan-kawannya apabila waktu lapang atau sementara menunggu ibu dan bapanya menjemput pulang.
Asri jarang bersama ibu dan bapanya setiapkali ada apa-apa program di sekolah.Bapanya seorang ahli perniagaan yang sentiasa sibuk dan tidak pernah menghadiri apa-apa jemputan yang dianjurkan pihak sekolah.Cuma ibunya sahaja yang dapat hadir itupun Asri cuba mengelak dan melarikan diri bila ibunya datang ke sekolah.


Oleh kerana ibunya rajin dan mengambil berat tentang pelajaran dan aktivitinya di sekolah,Asri cuba menyorok dari pengetahuan ibunya apa-apa maklumat atau program yang perlu ibubapa hadir ke sekolah.Guru kelasnya hairan kenapa hanya ibubapa Asri saja yang jarang datang dan langsung tidak kelihatan semasa Hari Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang dan apa-apa anugerah lagi yang dicapai oleh Asri,ibubapanya tidak hadir.
Begitu juga dengan hari penyerahan buku rekod pelajar.Juga ibubapanya tidak kelihatan.Bukan Asri membenci mereka berdua tapi dia tahu bapanya memang tidak boleh datang sebab jarang berada dalam negeri,cuma ibunya sahaja yang sentiasa bersedia untuk hadir tapi Asri tidak benarkan.Kenapa?

"Asri,cikgu nak tanya sikit,kenapa mak awak selalu tak datang bila awak terima hadiah dan bila awak sakit kat sekolah ni. Awak tak bagi ke surat kat dia?" tanya guru kelasnya.

" Bukan dia tak mau datang cikgu,malah mak saya memang seorang ibu yang perihatin terhadap pelajaran anak-anaknya dan mengambil berat tentang aktiviti kami,tapi...saya je yang tak suka dia datang ke sekolah,cikgu..." jawab Asri sambil tunduk dan muram.
"eh kenapa pula macam tu,kan ibubapa ada yang wajib kena datang terutama majlis baca yassin.Cikgu tengok setiap kali penyerahan buku rekod pun dari tahun-tahun lepas pun mereka tak datang,kenapa?" tanya guru kelasnya lagi.
"Maafkan saya cikgu,sebenarnya..saya malu dengan penampilan ibu saya.Saya malu bila melihat cara ibu saya berpakaian lain dari ibu-ibu yang lain.Ibu-ibu lain pakai pakaian yang sopan tutup aurat datang ke sekolah tapi ibu saya dah lah pakai baju ketat dan jarang lepas tu tak pakai tudung pula.Saya rasa janggal bila tengok ibu saya dalam kelompok ibu-ibu yang lain.Kalau hari baca yassin pun saya tak yakin ibu saya akan datang dengan menutup aurat dengan sempurna,paling tidak dia akan letak lebih kurang je selendang jarang atas rambut yang berjuntai tu..saya malu kat kawan-kawan saya dan ustazah cikgu...sebab tu saya sorok surat dari sekolah dan tidak bagitau dia.." jelas Asri dengan lenangan airmata.
"oh,macam tu ke.barulah cikgu faham.Tak mengapa Asri kamu anak yang baik,tak salah kalau kamu menegur ibu kamu dengan cara yang berhemah dan bersopan.Mungkin dengan teguran kamu itu dia akan insaf dan segera untuk menutup aurat". nasihat guru kelas Asri.








Thursday, 30 May 2013





JANGAN BIARKU SENDIRI


Jangan biarkan aku sendiri
kerana tanpamu hidupku sunyi
walau sesaat dikau pergi
dirimu tetap aku rindui...

Tuesday, 28 May 2013






JANGAN ADA RASA BENCI DI HATI


Sahabatku,

Jangan lupa andai dikau telah berjaya walau ke puncak mana sekalipun,ingatlah sahabat handai atau orang yang terdekat denganmu yang pernah memberi kamu semangat,memberi kamu belanja tak kira belanja makanan ke,wang ke atau apa-apa bentuk yang membolehkan dikau rasa lapang dan tenang serta ada kelegaaan dalam menghadapi saat genting tika itu. Cubalah hubungi mereka dan jejaki lah di mana mereka berada.Kerana, mana lah tau dengan sedikit bantuan dari mereka dahulu walau dikau fikir tidak sepadan dengan apa yang dikau kecapi sekarang,tapi tau kah dikau bahawa dengan sedikit itulah yang membawa dikau ke arah apa yang dikau kecapi saat ini. Semarakkan kasih sayang sesama kita,tebarkan jalinan ukhwah dengan penuh ikhlas tanpa ada rasa benci di hati...


Monday, 27 May 2013




PERIHAL TIDUR

Tidur itu indah dan mengasyikkan.Di dalamnya ada mimpi dan angan yang kadang kita tidak pernah kecapi.Ia bagaikan sebuah ceritera yang unik dan tak mungkin terjangkau oleh kenyataan.Jadi...kenapa harus dibiarkan lenamu terlepas menerawang menjelajah malam? Apa lagi,TIDURLAHHHH......

Saturday, 25 May 2013





KUCUPILAH TANGAN IBUMU WAHAI SAHABATKU


Ibu...masih terasa kehangatan 
jejarimu membelai manja rambutku
masih kuterasa kesaljuan kasihmu
tika bilahan jemari usang
menjamah semangkuk bubur
lembut serta secangkir susu
lalu membasahkan tekak kecilku
yang menangis kelaparan minta disuapi
Kini dikau telah pergi jauh
jauh dari belaian kasih dahulu
meninggalkan aku tanpa elusan
kehangatan seorang ibu..
kerna Tuhan lebih menyayangimu
kupasrah pada ketentuanNya
sekalung Al Fatihah kuiringi
pemergianmu wahai ibu
semuga dikau bahagia di sana
di sisi Penciptamu serta para anbiya'
Syurga tetap milikmu .



Sahabatku yang kukasihi ,


Ingat  tak bila kali terakhir ibu  menyuapkan nasi atau makanan ke mulut kamu. Tapi sekarang kita sudah besar dan dewasa.Nostalgia itu telah lama berlalu dan ada yang beranggapan itu fenomena yang biasa bagi seorang ibu.ya,bagi yang tidak pernah menjiwai jiwa sebagai seorang ibu  macam tu lah.Tapi bagi yang mempunyai jiwa yang halus,perihatin mereka merasakan satu kehilangan dan kerugian yang amat besar dalam hidup. Tangan ibu cuma ada satu di dunia ini.Suapan ibu adalah yang paling nikmat dan paling berkat yang tidak ada pada orang lain. Bayangkan kalau tangan ibu sudah tiada....

Sebab itu sahabatku,ciumilah dan kucuplah tangan ibumu tanpa rasa jijik dan segan.Kerana tangan itulah yang mendodoi kamu dari buaian hingga kamu mencapai kejayaan  

daripada kamu mengucup tangan kekasih kamu yang belum tentu memberi kamu kebahgiaan malah menjerumus lagi ke NERAKA!










ANDAI PERPISAHAN WUJUD DALAM HIDUPMU

Teman,
hidup ini tidak selalunya indah,tidak selalunya gundah.Hidup ini persis pentas opera,ada berbagai watak dan lakunan.Kadang suka,kadang duka silih berganti setiap saat.Sebenarnya kitalah pelakun  dan pengarah itu.Kita bisa saja menterjemahkan diri ke berbagai watak yang kita kehendaki walau rela walau terpaksa.Asalkan diri sentiasa di dalam zon yang tenang dan membahagiakan.
Teman,
Andai telah lama hatimu ditinggal kekosongan janganlah disiksa
batin yang satu,ia perlu diisi dan diganti dengan hamparan sebuah emosi yang indah agar ia tidak lagi kegersangan dan dihimpit kepiluan yang amat perih.Kenapa harus mengalah pada  ketentuan Ilahi,sedangkan pertemuan dan perpisahan itu adalah nikmat dan hikmah yang amat besar demi meraih kasihNya serta jalan terbaik dalam mengenal erti sabar dan tabah.

Teman,
Andai hadirnya sebuah cinta dalam hatimu buat kali seterusnya jangan sesekali leka dan mudah terbius dek panahan cinta baharu kerana jika dirimu tewas buat kali seterusnya,itu menandakan dirimu tewas dalam percaturan cinta dan jasadmu akan bisa mentertawakan kebodohan dan kelemahan kamu.Oleh itu jangan sesekali jadi hamba cinta tapi jadilah seorang yang suka menghambakan dirinya demi kejayaan diri sendiri.















Thursday, 16 May 2013




KENANGAN...


Ciptalah sebanyak mana kenangan tika bersamanya agar menjadi sebuah dairi indah andai tiba waktu perpisahan. 

Wednesday, 15 May 2013




JANGAN BIARKAN MARAH MENGUASAI DIRI



Marah,tidak perlu dizahirkan cukuplah diredakan di sudut hati.Biar hanya batin merawat dengan sekalung doa dan kalimah suci agar kehormatanmu dipandang mulia dan berhemah di mata alam.










SENARAI MENTERI KABINET BAHARU PENGGAL 2013-2018





Perdana Menteri Malaysia:DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Timb. Perdana Menteri:TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
DATO JAMIL KHIR, DATUK SERI ABDUL WAHID OMAR, DATUK SERI IDRIS JALA, JUSUF KURUP, DATUK SERI SHAHIDAN KASIM, NANCY SUKRI, JOSEPH ENTULU, PAUL SENG KUA

Menteri Pertahanan:DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN

Menteri Kewangan II:DATUK SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH, DATUK AHMAD MASLAN

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi (Digabung): TAN SRI MUHYIDIN YASIN, DATUK SERI IDRIS JUSUH 

Menteri Dalam Negeri:DATUK SERI AHMAD ZAHID AHMAD HAMIDI

Menteri Pengangkutan: DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN (pemangku)
Menteri Pelancongan:DATUK SERI MOHAMED NAZRI AZIZ

Menteri Luar: DATUK SERI ANIFAH AMAN

Menteri Kerja Raya:DATUK FADILAH YUSUF

Menteri Kesihatan: DATUK DR S.SUBRAMANIAM

Menteri Belia Dan Sukan: KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Sumber Manusia: RICHARD

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna: HASSAN MALIK

Menteri Perdagangan Dan Industri: DATUK MUSTAPA MOHD

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani: DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKUB

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi: IVON IBIN

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar: G PALANIVEL

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air: MAXSIMUS ONGKILI

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah: SHAFIE AFDAL

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi: DOUGLAS UNGGAH

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga: ROHANI AB KARIM

Menteri Komunikasi Multimedia: AHMAD SHABERY CHEEK

Menteri Wilayah Persekutuan: TG ADNAN TENGKU MANSOOR

Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumaha n Dan Kerajaan Tempatan: AB RAHMAN DAHLAN

Tuesday, 14 May 2013




KISAH BURUNG DAN ORANG KAMPUNG


Hobi ketua kampung adalah memelihara burung...
pada suatu hari kesemua burungnya hilang...
oleh kerana ketua kampung tersangat marah, 
dia mengumpulkan penduduk kampung hampir 200 penduduk datang ke balai raya...

Ketua kampung :- siapa da burung?
Semua lelaki yang hadir berdiri....
Ketua kampung sedar yang cara dier bertanya adalah cara yang salah...

Ketua kampung :- Bukan burung itu maksud saya....
siapa pernah nampak burung?
Semua wanita berdiri...
Ketua kampung bertambah marah...

Ketua kampung :- Maksud saya, siapa pernah nampak burung yg bukan miliknya?
Setengah wanita berdiri....
Ketua kampung semakin gugup...

Ketua kampung:- Maaf sekali lagi, maksud saya adalah, siapa pernah tengok burung saya?
5 org wanita berdiri....
Ketua kampung segera lari lintang pukang kerana dikejar isterinya....



Monday, 13 May 2013



Andai Malam Boleh Berbicara


Andai malam boleh berbicara
bilakah pungguk berhenti mendayu
merayu sayu sang kekasih purnama
yang menyepi sekian lama
andai malam boleh berbicara
di manakah suara cengkerik
yang mengalun lagu gemersik
pada setiap hadirnya senja
andai malam boleh berbicara
kemana harus temui suria
yang menerbitkan pelangi indah
merentasi gelapnya malam
agar tiada kelam mewarnai
sucinya laman malam
yang digelumang uda dan dara
dan lemas dalam pelukan
antara dosa dan noda.


USING BLACK PEPPER IN WEIGHT MANAGEMENT



If you want to lose a little extra fat, consider using freshly ground black pepper.

WHAT IT DOES:
- Stimulates taste buds by alerting the stomach to increase hydrochloric acid secretion that helps improve digestion.
- It has antibacterial properties that helps balance the gut flora by eliminating the unfriendly bacteria and repopulate the friendly ones.
- Prevents diseases of the digestive tract, thus improving bowel movements and digestion.
- Promotes elimination of toxins through sweating and urination.
- Curbs unhealthy cravings that cause weight gain.
- Helps improve metabolism for burning fats many hours afterwards, and prevents formation of new fats.

TIPS FOR USING:
Remember ... A little goes a long way.
- Add freshly ground black pepper at the end of your cooking.
- Grind black pepper into your juices, stir and drink.
- Add into your homemade salad dressing: Olive oil, lemon juice, sea salt and freshly ground black pepper.



REDUCE GOUT ATTACKS!


One of my customers shared that he's had gout for the past ten years. Since he started juicing, he has also eliminated/reduced processed foods, meat products and most of the harmful foods I've suggested him to.

After following this "clean diet" for only one month, his gout attacks are so much reduced and occurring far in between with less intensity. He shares one of his favorite recipes which he finds gives much relief:

RECIPE:
- 1 carrot
- 2 green apples
- 2 celery sticks
- ½ cucumber
- ¼ lemon
- ½ inch ginger root


KEBAIKAN TIDUR DI DALAM TEMPAT YANG DINGIN


Assalamualaikum w.r.t sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah,apa khabar kali ni saya nak berkongsi info kesihatan pula.Tahukah sahabat,bahawa tidur dalam gelap dan kedinginan malam tu banyak kebaikannya? Jadi mari kita mulakan malam ini dengan kegelapan tanpa ada ruang cahaya yang menembusi....sejuk?
Sejuk itu adalah dalam rahsia kehalusan putih, manakala hitam itu rahsia ketajaman panas. Berpakaian hitam semasa musim sejuk adalah cara bagaimana anda menyesuaikan warna dalam mencari pasangan suhu.

Tidur dalam kegelapan malam yang dingin dengan tanpa sebarang cahaya lampu adalah cara bagaimana tubuh dapat mengekalkan suhu secara semulajadi. Anda boleh sahaja tidur di tempat yang dingin asal sahaja anda berselimut untuk memerangkap haba agar tidak berlaku kebocoran tenaga dalaman.

Sebaliknya anda amat dilarang tidur di tempat yang dingin dengan tanpa berselimut kerana tubuh anda akan menyerap kedinginan (angin) yang membahayakan kesihatan. Anda disarankan agar mengambil wuduk sebelum tidur agar segala medium elektromagnetik yang diserap oleh sistem deria (bulu roma) agar tidak memendamkan segala maklumat negatif yang mampu membuatkan anda stress (tertekan) dan menganggu tidur sehingga tiada kepuasan dalam tidur anda. Nah,bagaimana sudah praktik ke...selamat mencuba ya...

Sunday, 12 May 2013





MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W YANG HARUS KITA TAHU


Assalamualaikum  w.r.t sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Pengetahuan kita selama ini banyak berkisar dengan tentang adat-adat dan perbuatan Rasulullah s.a.w sahaja,tetapi kita kadang terlepas pandang akan makanan kegemaran yang baginda paling suka,betul tak? Di bawah ini saya ingin berkongsi info dengan sahabat-sahabat jenis makanan dan buah-buahan yang selalu di makan oleh baginda. Cuba kita perhatikan bahawa baginda seorang yang pemilih (bukan pemilih makanan yang mahal atau bertaraf orang kaya) tetapi baginda memilih makanan dan buah-buahan yang mengandungi zat serta ada kaitan dengan tuntutan fizikal serta srtuktur dalaman badan,bukan macam kita yang pantang nampak,pulun je asalkan sedap anak tekak menelan.Apa kata lepas ini kita ubah citarasa ke makanan dan buah-buahan di bawah ini.


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Saturday, 11 May 2013




KASIHSAYANG



Kasihsayang adalah sesuatu yang unik,datang dan pergi tiada siapa yang tahu,hanya empunya diri yang terasa akan kehadirannya dan bilakah dia akan pergi.Andai hadirnya dalam hidupmu tiada apa yang boleh menghalang walau seribu daya usaha namun tetap bertahan demi sebuah perpisahan.Sayangilah daku seadanya...
...




INSAN YANG HEBAT DI SISI ALLAH


Assalamualaikum,sahabat-sahabatku yang dihormati.Mari kita renungi apakah kita ini termasuk dalam golongan yang dikatakan hebat,hebat yang macamana? Apakah kehebatan anda dapat menandingi kehebatan para kekasih Allah yang tersebut di bawah ini? 



1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW






Saat Matamu Yang Hampir Terlena


Saat matamu yang hampir terlena
cuba kau renungi 
di dalam lopak mata yang kian membundar
betapa indahnya malammu
disinari cahaya mewah purnama
dipagari gemerlipan sang kejora
bagai pesta kristal di sebuah istana
matamu yang hampir layu
akan terdodoi dengan irama indah
dari gemersik suara kenari
mendayu di setiap corong telingamu
tapi tahukah dikau
itulah kasih Tuhan
yang meminjam kan dikau sebuah jantung
untukmu bernafas demi menyambung hari esok
apakah dikau tidak mengerti?
Tuhanku
terimakasih kerana izinkan daku
untuk menatap wajahMu bersama mentari
yang masih bersinar.



AHLAN WASAHLAN YA REJAB ~ hadirmu ku tunggu...

Selamat memasuki bulan Rajab 1434H........ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَافِيْ رَجَبَ وَشعْبَان وَبَلّغنَارَمَضَانَ 

“Ya اَللّهُ , berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”.
(HR. Imam Ahmad, dari Anas bin Malik) 

آمِــــــــــيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ
Mohon maaf atas sgala kesalahan

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4.Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.





KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN REJAB




1 Rajab 1434 Hijriah d'mulai hari sabtu tgl 11 Mei 2013,

Sabda RASULULLAH SAW:

"Bulan Rajab adalah Bulannya ALLAH TA'ALAA"

Amalan Bulan Rajab:

1. Barangsiapa yg b'Puasa tgl 1, 2, 3 Rajab maka Pahalanya mendapatkan k'Ridhaan serta k'Muliaan d'sisi ALLAH TA'ALAA

2. Barangsiapa yg b'Puasa 5 hari maka Doanya akan d'Qobulkan ALLAH TA'ALAA

3. Barangsiapa yg b'Puasa 7 hari maka akan d'Tutup 7 Pintu Neraka

4. Barangsiapa yg b'Puasa 8 hari maka d'Bukakan 8 Pintu Surga

5. Barangsiapa yg b'Puasa 15 hari maka d'ampuni Dosa2 yg lalu & mengganti Kejahatannya dgn Kebaikan d'Sisi ALLAH TA'ALAA

6. Barangsiapa yg b'Puasa tgl 27 Rajab maka Pahalanya seperti 5 Tahun b'Puasa

7. Barangsiapa mengingatkan Muslim lain tentang Amalan ini, seakan Ibadah 80 Tahun

Adapun Amalan selama dibulan rajab adalah:

1. Perbanyak Membaca: RobbighfirLi Warhamni Watub Alayya (70x tiap Pagi & Sore)

2. tgl 1 s/d 10 Rajab
Membaca: SubhaanaLLahiL HayyiL Qoyyum (100x)

3. tgl 11 s/d 20 Rajab
Membaca: SubhaanaLLahiL Ahadish'Shomad (100x)

4. tgl 21 s/d 30 Rajab
Membaca: SubhaanaLLahir Rouuf (100x)

5. Membaca Surat AL-IkhLas (11x)

6. Membaca: Ahmadu Rasulullah wa'Muhammadu Rasulullah (35x d'Hari Jum'at terakhir Bulan RajaB)

Sabda RASULULLAH SAW:

"Pada Malam MI'RAJ, Saya (SAW) melihat Sungai yg Airnya lebih Manis dari Madu, lebih Sejuk dari Air Batu, lebih Harum dari Minyak Wangi & Saya (SAW) berkata kpd JIBRIL AS"

Wahai JIBRIL, untuk Siapakah Sungai ini..?

maka JIBRIL AS menjawab:

Sungai ini adalah untuk Umat-Mu yg b'Shalawat kepada-Mu d'Bulan RAJAB

"Niatnya Puasanya Rajab":

"NAWAITU SHAUMA RAJAB LILLAHI TA'ALAA"

Artinya : "Saya niat puasa sunnah Rajab karna Allah Ta'alaa".

“Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, sedangkan Ramadhan adalah bulan umatku.”


KISAH ORANG GILA DAN ORANG KAYA YANG SOMBONG

Pada satu hari, 
seorang kaya memandu kereta mewahnya di jalan. Tiba-tiba tayar keretanya pancit dan kehilangan 3 nat. Dia pun berhentikan kereta itu dan lalu keluar dari kereta dan memeriksa apa yang rosaknya. Jadi dia pun ambil tayar spare, tetapi dia tidak mencukupi nat untuk memasang tayar spare tersebut . Sedang dia fikir dan keliru, dia ternampak satu sign-board tercatat mengatakan bahawa tempat itu border dengan Hospital orang gila Tanjung Rambutan dan bengkel kereta yang paling terdekat ialah 3 km. Sedang dia fikir lagi, dia ternampak satu orang gila dari dalam hosp. gila yang dipagar yang asyik renung padanya.

Orang kaya itu pun sombong dan tidak pedulikan orang gila itu. Tetapi Orang gila itu pun bersoal-sapa dgn org kaya itu.

Org Gila: encik apa yang en. keliru tu?

Org kaya: (Diam)........( buat pura-pura tak dengar)

Org Gila: Saya boleh bagi idea.......jangan lah sombong........ .....

Org Kaya: Oh ....(macam pura-pura baru dengar)........ ...you boleh bagi idea?.......... Tayar kereta saya pancit.....ada spare tayar....tapi nat tak-ada untuk pasang........

Org Gila: Ini masalah kecil jeh.......encik kan ada lagi tiga tayar yang ok.....ambil satu nat dari setiap 3 tayar yang ok.....pasang lah pada spare tayar......kan boleh jalan....lagi pun bengkel kereta 3 km dari sini....boleh jalanlah sampai bengkel........ .lepas itu you tukar lah.....

Org Kaya: (shocked!!!!).. .ok...thanks (dalam hatinya........ idea Orang gila ni memang bagus!!!!!!!!kenapa aku tak terfikir!!!!!!! !!!!)

Org Gila: Encik, saya tahu apa yang encik fikir........en cik fikir saya org gila bukan?.....

Org kaya: yeh....minta maaf....heheheh eh

Org Gila: Saya mungkin GILA tapi bukan BODOH MACAM AWAK!!!!!!!!

MORAL CERITA: WALAUPUN ANDA SANGAT PANDAI DAN KAYA, JANGAN SESEKALI PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN...
SETIAP YANG KITA NAMPAK TAK BAIK TU TIDAK DISANGKA ADA KEBAIKAN JUGA WALAUPUN SEDIKIT...JANGAN CEPAT PRASANGKA.

Sunday, 5 May 2013



7 SURAH DIMULAKAN DENGAN TASBIH


Kesemua 7 surah tersebut dimulai dengan ‘Tasbih’ memuji Allah SWT. Secara tidak langsung angka ini berhubung kait dengan lapisan langit dan bumi yang tujuh yang di huni seluruh makhluk .

“Tujuh lapis langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada padanya sentiasa bertasbih kepada Allah; dan tiada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah: Isra 17; Ayat 44).

Ayat di atas membuktikan seluruh Alam Semesta sentiasa bertasbih dan sujud kepada Allah SWT.

Surah yang dimulai dengan tasbih adalah:

1- Al-Isra’,
17:[1]Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

2-Al-Hadid.
57:[1]Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


3- Al-Hasyr.
59:[1]Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


4- As-Saff.
61:[1]Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


5- Al-Jumaat.
62:[1]Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


6-At-Thaghabun.
64:[1]Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


7- Al-A’la.
87:[1]Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), - 7- Al-A’la.