Tuesday, 25 February 2014
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 19
Maka bermulalah siri baru dalam kehidupan Rina dari seorang penjawat awam ke seorang surirumah sepenuh masa.Bidang tugas yang tak pernah terfikir oleh akal fikirannya.Rina binggung dan terdiam memikirkan apa langkah utama yang hendak dia susun menjadi rutin hariannya kelak.Anak-anaknya tetap di utamakan.Selepas ini dia akan mengilik dua orang anaknya ke hulu ke hilir sebagaimana yang dia pernah tengok di mana-mana tempat yang dia pergi.Kalau dahulu dia sering ternampak kaum ibu mengheret anak-anaknya umpama itik pulang petang ke supermarket,tempat reakrasi,pasar malam dan mana-mana tempat keramaian termasuk majlis kenduri kawin, sekarang giliran dia pula.Baru dia dapat merasakan betapa hebatnya seorang ibu meletakkan kasihsayangnya kepada kesemua anak-anaknya dengan samarata dalam satu masa.Emmm...ni baru dua orang,bagaimana lah agaknya kalau 10 orang.Bisik hatinya sendirian sambil tangannya pantas menyapu ruang tamu yang berselerakan dengan permainan yang dikerjakan oleh kedua anak kesayangannya.Dia harus cepat kerana sekejap lagi mahu jemur kain dan masak untuk suaminya yang bakal pulang. Tapi lantai belum lagi dimop.Adus..tugas surirumah ni lagi teruk dari tugas aku kt pejabat rupanya.Patutlah dulu arwah mak aku kata,kalau lah meter tu diikat pada kaki seorang ibu,dia akan perpusing sampai habis meter.Dan mungkin dengan meter meter tu skali rosak.Hahaha...kelakarlah mak aku.Tapi memang betul pun.Tengok aku ni dari seawal pukul 5 pagi sampai pukul 10 pagi ni kaki aku belum lagi relax.Naik tangga turun tangga tak tau berapa kali.Keluar masuk pun dah dekat lima kali seingat aku.Pokok bunga tu pun belum bersiram.Hah,tu pun nak keluar lagi sekali.Sarapan? Kalau kerja kat pejabat dah lama aku melantak kat kantin tu.Tapi ni tak tau lah bila nak menjamah sarapannya.Sarapan pagi dan jadi makan tengahari pun ada.
Beginilah agaknya mak aku dulu membesarkan aku dan adik beradik yang lain agaknya.Mak??..Tiba-tiba ingatan Rina terawang ke nostalgia lama.Sewaktu bersama arwah ibunya.Pesanan ibunya satu persatu menerjah di minda seolah masih baru,terasa baru semalam ibunya berpesan sebelum pergi buat selamanya." Rina,bila kawin nanti jangan cuba sakiti hati suami ye.Bagi apa yang dia mahu.Anak-anak pula beri pendidikan agama dunia dan akhirat.Ajar mereka sembahyang dan ngaji quran.Kau ajar sendiri sebagaimana mak ajar kamu dua perkara tu.Ajar quran sampai khatam dan biarlah khatamnya sebelum masuk sekolah menengah.Nanti mereka malu nak mengaji dan macam-macam masalah timbul bila besar baru nak mengaji.Mak tak mahu kamu suruh orang lain yang ajar anak sembahyang dan mengaji sebab mak dah bekalkan kamu dengan 30 juz quran.Di akhirat sana ibubapa dulu akan disoal tentang pendidikan anak-anak bukan orang lain. ingat tu" mengalir airmata Rina mengenangkan pesanan hikmat arwah ibunya.Mampukah dia menggalas tugas itu sebagaimana amanah ibunya? ~bersambung~
Subscribe to:
Posts (Atom)