CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Saturday, 21 March 2015




Warkah Buat Jasadku...

Assalamualaikum jasadku..
 Semuga jasadku dalam situasi yang tenang dan penuh bersemangat dalam melalui arus kehidupan
yang semakin mencabar dan dicabar.Sudah lah aku tidak menjengah ke dalam kehidupan jasadku...kesian jasadku sering berperang dengan kepenatan dan kesuntukan waktu..
Namun aku tidak henti-henti berdoa kepada yang Maha Esa agar jasadku sentiasa di dalam Rahmat dan RedhaNya.

Jasadku..

Sedekahkanlah kudrat dan ideamu untuk yang memerlukan.Taburkanlah kuntuman senyummu pada setiap yang memandang walaupun ketika itu hatimu sedang menangis.Ringankanlah tulang belulangmu pada mereka yang kurang upaya melakukannya.Keluarkanlah sejumlah hasil pendapatanmu kepada yang dhaif walaupun saat itu di dalam dompetmu hanya helaian kertas rm1.
Allah itu sentiasa memerhati gerakmu wahai jasad,Allah nak bagimu syurga..Sabar ye.

Jasadku,

Jangan ada rasa susah dan penat serta kesal dalam setiap ujianNya..Redahlah dan harungilah dengan penuh keyakinan kerana di setiap aliran arus ujian itu ada tenang di muaranya...

Kau kan bahagia hingga ke Jannah wahai jasadku.


Warkah Buat Bantal

Bantal...
Maafkan aku kerana sering ' menyiksa' mu saban waktu.Tak pernah kupeduli akan ' kesakitan' mu bila setiapkali aku merebahkan keletihan dan kepenatan di atasmu.Malah dikau diam dan terus membisu apabila di larut malam tanpa sedar ada sesuatu cecair keluar mengalir dari bibirku tatkala ku bermimpi.Berbagai lakaran lukisan misteri kuukirkan di permukaanmu.Pun kau terus diam.Kadang ada sesuatu yang aku tidak dapat rahsiakan darimu bila airmataku tumpah membasahimu.Bagi ku dikau adalah tempatku bertenang dari segala emosi.Terimakasih bantal.Nanti tolong kejutkan aku di sepertiga malam ye.Assalamualaikum.


Pertanyaan Pada Diri

Wahai diri yang sekujur
berapa lamakah dikau
mendiami di pelantar bumi ini
berapa lama nadimu berdenyut
berapa lama pandanganmu
melihat keindahan dan kebesaran Allah
berapa lama telingamu
mendengar perkara yang baik- baik
juga perkara yang tidak baik
Makanan dari hasil
apakah yang dikau makan dan minum
fesyen pakaian apakah yang dikau pakai
rumah- rumah dan tempat
apakah yang dikau kunjungi
Wahai diri
sudah- sudahlah buat kejahatan
sudah- sudahlah buat kemaksiatan
cuba dongak ke langit
berapa lamakah lagi
ia ingin memayungimu
lihat di bumi
berapa lamakah lagi
ia ingin menampung jejakan kita
semua itu akan roboh dan ranap
hancur berkecai menjadi
debu- debu berterbangan
kemana kita waktu
itu wahai diri?
dan apakah nasibmu wahai diri?
Innalillahi wainnailaihi rojiun.
RESEPI ICE CREAM OREO


BAHAN-BAHAN


1/2 cawan susu pekat
1 1/2  susu cair
esen vanilla (sikit je)
1 sudu ovallet

CARA MEMBUATNYA

Biskut oreo dihancurkan .Campurkan semua bahan tersebut dan blend atau mixer.Pukul sampai gebus dan berkerim.Agak2 masa 15-20 min.Campurkan oreo yg dihancurkan tadi ke dalam bekas ice cream.Kemudian gaulkan.Dan masukkan dalam peti ais.Tunggu sampai beku...

Selamat Mencuba...


Bintang Yang Kelam

Ku lihat bintang
di hujung puncak cemara
sendirian tiada rembulan menemani
kerlipannya lesu
sinarnya kusam
awan memintal kelam
berarak meninggalkan sang bintang
namun bintang tetap berkelip
walau alam menagih kilau


Erti Sayangmu


Sayang itu letak di bibir
sayang itu letak di fikiran
sayang itu letak di hati
tapi..
sayang ini sayang yang kabur
sayang ini sayang yang sepi
sayang ini sayang yang misteri
tidak pernah terzahir
batin sering bertanya
Sayang apakah ini?

Friday, 20 March 2015



Untunglah Yang Tak Cantik


Kerana tiada rasa ingin memperomosi diri
tiada rasa mahu menduakan pasangan
tiada rasa mahu menghabiskan
wang membeli mekup
tiada waktu beraksi
depan cermin dan kamera
tiada rasa dalam hati dicemburui
tiada rasa dalam hati
ingin mencuri pandangan
serta minta pujian

Untung lah Yang Tak Cantik
sekurang- kurangnya ada rendah diri
sekurang- kurangnya tiada riak
jimat belanja dan waktu
ada waktu muhasabah diri
ke arah kehidupan yang lebih manfaat
semuga dosa berkurangan
Bergembiralah yang tak cantik
sebab cantik mu ada di akhirat
cantik mu Allah pegang penuh erat
di sana akan dilihat
walau di dunia tiada yang minat
rajin- rajin lah beribadat
agar hidup penuh berkat