CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Sunday, 23 December 2012




PERBETULKANLAH MATLAMATMU


Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam. Jadi sentiasa bertanya pada hati apa tujuan dan destinasi diri yang sebenarnya dalam meniti arus kehidupan.

Saturday, 22 December 2012


PERINGATAN BUATMU TEMAN


Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan. Manakala kegagalan hari Ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.Dan perlu ingat jadikan akal tempat rujuknya hati dan bukan hati tempat tahtanya nafsu.

Monday, 17 December 2012



DALAM SUJUD DHUHAMU



Mentari kian menghinsut
memberi salam permisi buat mentari
perlahan sinar indah menyusur
masuk bersimpuh bersama sekujur diri

seorang aku menghambakan diri
di atas pelantar usang beralaskan sejadah lesu
titisan air jernih membasah
menuruni menyapu wajah salju
mengheret segala sampah dosa
mengharap restuMu
pada sunat awwabinMu kumenadah harap
rezkiku digandakan kealpaan dijauhkan
pahalaku disamakan
dengan orang yang mengerjakan haji dan umrah
padaMu ku sentiasa berserah
semuga diri sentiasa pasrah
syukur Alhamdulillah
padaMu Ya Allah.

Saturday, 15 December 2012



TUHAN AMPUNI AKU


Tuhan 
terimakasih kerana masih
memberi peluang untukku 
menyambung nafas dan terus menikmati
udara nyaman serta keindahan hidup
di bumiMu yang bertuah

betapa mulianya budiMu Tuhan
tanpa sedikitpun tidak Kau
ungkit setiap kesalahanku padaMu
Engkau penuhi setiap doa insan
meskipun penuh dengan kepuraan
serta seribu kejengkelan
Kau tak kisah itu
Kau memberi tanpa mengharapkan balasan
meskipun rata-rata mereka
tidak pernah hadiahkan
lafaz syukur padaMu
kerna Dikau Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang
ampuni daku
Tuhanku yang satu.

Wednesday, 12 December 2012




KASIHMU TUHAN

Tuhan 
tolong sandingkan aku
dengan sebuah kedamaian
telah lama jasad ini

dibalut kekosongan
jiwaku benar-benar resah
tanpa ketenangan mengundang
hati pun meronta
lara melata
mataku bergenang
tika kasihMu
mulai mendakap

Tuesday, 4 December 2012




TEMAN


Teman,
masihkah ingat lagi
saat kita bersama
menghabiskan sisa senja di kaki sawah
kita berlari dalam pelukan bayu yang lesu
kakimu terjerat dek langkahku yang longlai

aku keletihan
dikau kegirangan
aku tewas
dikau ketawa riang
dikau tutup mataku
aku meraba dalam kelam
jahatnya kamu
meninggalkan daku berteman resah
jangan begini teman
aku kan kesepian
riangnya aku
bila ada kamu..

.

Thursday, 22 November 2012



Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah s.w.t yang masih lagi mengizinkan aku bernafas di mukabuminya sehingga hari ini..Terasa bertuah sekali diri ini hidup dalam rahmat Tuhan yang tidak berbelah bahagi dan dikelilingi udara yang aman serta pemandangan yang indah tanpa ada sesuatu yang menggencat hati. Tapi cuba kita lihat di negara islam sana,astaghfirullah hal azim....celik je mata nmpk asap dan runtuhan bangunan,buka je telinga,terdengar letupan bom dan pekik tangis anak-anak dan orang ramai.Ya Allah,ini dunia Mu,bumiMu,langitMu,kupohon padaMu  Ya Rabb,selamatkanlah nyawa-nyawa yang tidak berdosa di luar sana,tunjukkanlah kebenaran dan keadilanMu pada mereka yang berhati rakus,hapuskan kekejaman dan kezaliman pada pengikut RasulMu,dan kembalikan keamanan di bumiMu yang bertuah ini,amin ya rabbal 'alamin.