CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 6 November 2015


DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 33



                                   Rina teramat gelisah,bagaimana ayat dan alasan yang hendak dia karang selepas ini. Sudah bertahun-tahun dia menjadi pengarang skrip palsu tentang hidupnya kepada majikan tempat dia bekerja demi mengelak dari tercium bau kisah rumahtangganya.Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kerana Rina seorang yang bijak dan pandai menyembunyikan emosi.Hari ini adalah hari penentu samada dia dilepaskan atau sebaliknya oleh suaminya Muaz.Seawal pagi Rina sudah sediakan makanan untuk tengahari dan kemas rumah.Manalah tahu lepasik dari mahkamah nanti lain pula perasaannya.Setelah semua anak-anaknya dihantar ke sekolah masing-masing, barulah Rina ke tempat kerjanya.

                                  Rina menarik nafas panjang-panjang dan memejamkan mata dengan hati yang lapang dan tenang kerana ini kali terakhir dia ingin menipu majikannya.Skrip sudah siap di mindanya.Sebelum ini sudah bermacam-macam yang direka Rina sehingga majikannya terus angguk tanpa banyak menyoal kerana sudah tidak tahu apa lagi yang hendak disoal." emmm..ok,baiklah.Hati-hati di bank tu ye,tengok kiri kanan dulu masa nak keluar duit tu dan masa nak masuk ke kereta takut ada orang ikut lak.sekarang ni banyak jenayah berlaku" pesan majikan dengan senyum yang amat manis.Lega hati Rina dan cepat-cepat dia menghulurkan tangan serta mencium tangan majikannya lalu bergegas dari situ.Staff yang lain hanya memandang dengan pandangan kosong.

                               


DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 34 



                   Tepat jam 9 pagi Rina sudah terpacak di hadapan mahkamah syariah.Hatinya tenang.Wajahnya sentiasa menguntum senyum pada sesiapa yang menyapanya,Bukan dia berasa bebas atau merasa selepas ini dia bakal menjadi janda glamour atau digilai lelaki.Atau merasakan sebentar lagi saham wanitanya akan naik kembali seperti remaja dulu,oh tidak mungkin.Itu fikiran wanita yang tidak sedarkan diri,Rina bukan macam tu. Dia ingin bercerai kerana hendak menegakkan keadilan dan kerana Allah.Bukan hendak mencari cinta baru atau lebih tepat mencari jantan seperti yang Muaz tuduh terhadapnya.Biarkan dia nak kata apa,janji dia lepaskan aku sebentar lagi.Nama Rina dipanggil untuk masuk dalam kandang mahkamah.Kelihatan Muaz dan Aina menyusuri di belakang.Rina terkejut melihat Aina pun ada sama.
Kenapalah kau bawa si Aina tu wahai lelaki yang zalim,kan Aina tu tengah nak final exam,nanti  emosi dia terganggu.Kau fikir diri kau je,tak abis-abis pentingkan diri sendiri. Tetiba Rina tersentak bila namanya dipanggil. Rina mengangguk apa yang dibacakan oleh peguam dan hakim.Hakim memerintahkan  Muaz untuk melafazkan talak.Sambil meletakkan tangan di atas quran Muaz dengan teragap-agap dan suara yang tersekat-sekat menahan sebak melafazkan cerai talak satu pada Rina.Rina tunduk tenang.Tiada setitis airmata yang jatuh dipipinya.Kerana kolam airmatanya sudah lama kering.Tapi Rina terkedu seketika apabila sebelum Muaz melafazkan talak sebentar tadi,hakim menyatakan bahawa Rina akan diceraikan tetapi dengan syarat tidak boleh menuntut nafkah edah dan mutaah.Hakim bertanya padanya samada faham atau tidak dengan tawaran itu,tapi apabila Rina menoleh ke arah peguamnya,peguam itu menyuruhnya mengangguk kepala tanda setuju.Dan Rina pun akur dan menurut apa yang disuruh peguamnya.Maka tamatlah riwayat bahtera Rina dan Muaz selama 19 tahun dalam suasana suka dan duka.....

....bersambung...






KONTANG

Dingin malam yang meresah
kontang jiwa dibalut sepi
terkedu aku dalam pasrah
mengharap jasad
diselimut kasih






SAYANG KU TINGGALKAN

Telah ku tinggalkan sayang
nun jauh dirimba belantara
kasih tidak lagi mengulik cinta
hati tidak lagi menagih rindu
semua ku pahat di sini
di sinilah desaku
desa imanku
antara Allah
dan Rasul.



Se alim mana orang itu,sebijak mana orang itu,ada benda yang dia sendiri tak tahu tapi org jahil dan org lemah pula yang tahu.Maka sekali sekala lihatlah tanah yang dipijak,tahi burung atas kepala..

Tuesday, 6 October 2015



CERITA DALAM RINDU

Dalam rindu ada kisah dan cerita sedih dan duka.Kadang kenapa kita tidak rindu padanya,sebab tak ada yang menarik tika bersamanya untuk dibawa dalam kehidupan.Oleh itu ciptalah kenangan indah bersama dengannya agar kita akan kenang dan merinduinya dalam situasi yang indah juga.Ingat,jangan sesekali sakiti hatinya

Saturday, 21 March 2015




Warkah Buat Jasadku...

Assalamualaikum jasadku..
 Semuga jasadku dalam situasi yang tenang dan penuh bersemangat dalam melalui arus kehidupan
yang semakin mencabar dan dicabar.Sudah lah aku tidak menjengah ke dalam kehidupan jasadku...kesian jasadku sering berperang dengan kepenatan dan kesuntukan waktu..
Namun aku tidak henti-henti berdoa kepada yang Maha Esa agar jasadku sentiasa di dalam Rahmat dan RedhaNya.

Jasadku..

Sedekahkanlah kudrat dan ideamu untuk yang memerlukan.Taburkanlah kuntuman senyummu pada setiap yang memandang walaupun ketika itu hatimu sedang menangis.Ringankanlah tulang belulangmu pada mereka yang kurang upaya melakukannya.Keluarkanlah sejumlah hasil pendapatanmu kepada yang dhaif walaupun saat itu di dalam dompetmu hanya helaian kertas rm1.
Allah itu sentiasa memerhati gerakmu wahai jasad,Allah nak bagimu syurga..Sabar ye.

Jasadku,

Jangan ada rasa susah dan penat serta kesal dalam setiap ujianNya..Redahlah dan harungilah dengan penuh keyakinan kerana di setiap aliran arus ujian itu ada tenang di muaranya...

Kau kan bahagia hingga ke Jannah wahai jasadku.