CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 19 July 2013




ISU KHALID SALLEH - emmmm....no komen pening pale dgn diarang ni

Apa yang saya tulis melalui puisi Sketsa Bulan Ramadhan beberapa hari lalu, bukan main-main atau sebuah khayalan..Saya mengamati dan melihat sekian lama setiap kali Ramadhan gelagat manusia yang dihubungkaitkan dengan bulan kemuliaan, dan kononnya syaitan dibelenggu pada bulan ini (seperti mana dalam syarah para ustaz). Isu jualan tapak Ramadhan kepada peniaga asing antara yang saya sentuh dalam Sektsa Bulan Ramadhan, hari ini terpampang di dada akhbar. Isu yang saya tuliskan pada 1989 masih berlarutan hingga ke musim Ramadhan ini (2013). Ertinya berlarutan hingga lebih 25 tahun. Apa peranan SPRM dalam hal ini? Apa pula peranan DBKL yang mengeluarkan lesen untuk tapak bazar Ramadhan? Undang-undang memang ada tentunya. tapi pelaksanannya hampeh ! Gejala rasuah bebas berlaku di mana-mana baik di peringkat kakilima membawa ke peringkat jabatan bahkan kementerian dengan caranya yang sangat licik. Inilah sebenarnya gejala (anai-anai) yang menghancurkan kedaulatan sesebuah negara. Jangan salahkan rakyat apabila mereka nanti menolak kerajaan sedia ada hanya kerana rasuah yang sudah melampau-lampau terutamanya yang membabitkan pengeluaran permit atau tender-tender kerajaan. Ini bukan sebuah andaian tapi realiti yang berlaku selama ini di sekeliling kita. Kepada pihak yang ingin kekal sebagai peneraju negara yang bermaruah dan dihormati, fikir-fikirkanlah bagaimana usaha membenterasnya sebelum PRU 14 nanti....Kita akan sama-sama melihat hasilnya. Sejarah telah membuktikan bahkan di dalam Al Quran pun ada menyebutkan tidak ada suatu kerajaan yang kekal selama-lamanya....Kalau memang benar "Rakyat didahulukan", dengarlah suara rakyat yang akrab dan menyatu dengan kehidupan...jangan hanya ' berjiwa rakyat ' tatkala musim pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Lebih jelas dan tegas, jangan munafik (bohong) terhadap rakyat...


TAUTKAN HATIMU DENGAN ALLAH SETIAP SAAT


Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

-Kalam Habib Umar bin Hafidz,Ulamak Dunia Islam-



SUJUDLAH DEMI TUHANMU


Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahayanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.

-Kalam Habib Umar bin Hafidz,Ulamak Dunia Islam-


KURANGKAN BERCANDA....



Banyak bergurau dan bercanda merupakan petanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.

-Kalam Habib Umar bin Hafidz,Ulamak Dunia Islam-

Wednesday, 17 July 2013




RAMADHAN DATANG LAGI


Ramadhan datang lagi
hadirmu telah kusambut dengan seribu senyuman
menguntum amalku di jambangan doa
terpatri segala janji dan harapan
para Malaikat dan Al Kitab memayungi yang Agung
terpenjara iblis di pelantar dosa
Ramadhan menyeru membersih dosa
pulihkan semangat segarkan iman
kutautkan hati pada sujud Illahi
merendahkan diri ampunkan dosa
di sepertiga malam sunyi dan bisu
bersama hati yang sayu penuh harap
mengintai Lailatulqadar si sebalik amalku
adakah layak untuk kujuarai
menjadi hambaMu di persada SyurgaMu...


KISAH ISKANDAR ZULKARNAIN DAN HARI AKHIRAT



Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. 
Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. 
Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. 
Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. 
Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa2.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong.
Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian.
Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.

1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal.
Tiada yang terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh,
kadang-kadang perangai macam KAFFIR Laknatullah lagi lah menyesal.
Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kafir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin'..



TUHAN,'LULUSKAN' SOLATKU...



Tuhan datangkan sembahyang untuk memberi kita ruang dan peluang bertemu dengaNya yg maha agung.
Namun kita hamba yg penuh dgn seribu satu kelemahan, manakan mampu merebut peluang ini dgn sebaiknya.
Ada saja dosa dan kesalahan yg berlaku dimana2. Sembahyang yg didirikan hanya bersifat fizikal sahaja. Sedang Tuhan menilai hatilah yg sepatutnya bersembahyang.

Engkau maha tahu wahai Tuhan betapa hati kami ingin sekali benar2 bersembahyang. Rukuk sujud kami penuh ketakutan. Rayuan pengharapan disepanjang penyembahan. Memohon keselamatan dari kesesatan.
Namun engkau tahu juga betapa hati kami penuh kelalaian. Sangat terpaut dengan dunia yg melambai..



Aku rasa macam mustahil nak dapat sembahyang khusyuk. Yelah..dalam kesibukan bekerja,tiba2 kena berhenti sembahyang, fikiran perasaan tu tak mampu nak alihkan fokus dari dunia kepada Tuhan. Aku pernah rasa bahawa sembahyang khusyuk tu hanya untuk nabi2 para sahabat je kot. Orang biasa macam kita ni memang takde harapan rasanya.
Tapi bukankah Tuhan itulah satu2nya tempat yg penuh dgn harapan? Mana ada selain Tuhan yg mampu memenuhi semua harapan manusia tanpa had. Dgn harapan itulah aku selalu cakap pada Tuhan. Aku teringin sgt nak dpt sembahyang khusyuk. Bila aku dengar cerita para sahabat tu bila sembahyang sampai menggigil. Bau hati mereka yg hangit dgn Tuhan tu sampai keluar dpt dihidu oleh orang lain. Seperti Saidina Ali yg dipanah kakinya,dan utk mencabut panah itu dia minta dilakukan waktu dia sedang bersembahyang. Sebab waktu solat tulah dia asyik mabuk dgn Tuhan sampai tak rasa lagi apa2 yg berlaku.

Boleh ke aku dapat hati macam mereka? Sedangkan aku tak pernah serius pun mengambil sembahyang sebagai cara untuk dekat dgn Tuhan. Bercakap,mengadu,meminta jauh sekali. Yg ada,dlm sembahyang tulah fikiran aku menerawang kemana2. Semua barang yg hilang aku jumpa dalam sembahyang. Aku rasa sembahyang nak cepat2 sebab lepas tu nak sambung kerja balik. Kerja lain takde guna kalau sembahyang macam apa! Tak payah gebanglah kata cinta Tuhan kalau sembahyang lintang pukang. Ingat Tuhan bodoh ke bila kita konon2 sibuk bekerja untuk islam tapi sembahyang tu ala kadar je. Walhal sembahyanglah yg akan mula2 ditanya..

Tuhan..kau tahukan betapa aku nak sangat dapat sembahyang yg berkualiti. Sembahyang yg mampu melahirkan peribadi yg sgt agung. Peribadi yg menjadikan hanya Tuhan segala2nya dalam hidup.
Tidak takut selain Tuhan,
tidak cinta selain Tuhan.
Tapi aku tak mampu..aku lemah. Tak larat nak berjuang sungguh2 dapatkan hati khusyuk dalam sembahyang. Untuk itu bantulah aku Tuhan. Berilah..sikit pun jadilah. Moga2 aku sempat mendapatkannya sebelum aku menutup mata..

Wahai Tuhan yg sedang menghitung sembahyangku apakah diterima atau ditolak,tolong terimalah YaAllah. Walaupun penuh dgn kekurangan. Jadikanlah ketakutan ini mensyafaatkanku dihari hisab bila sembahyang yg mula2 ditanya dan aku lulus