BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM.ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKAATUH

Wahai remaja seusiaku,cuba sekarang kita renungi bakti kita terhadap keduanya,apakah cukup budi kita laburkan untuk mereka dengan apa yang mereka korbankan untuk kita.Mereka tidak mengharapkan wang ringgit,harta atau barang perhiasan,tapi cukuplah dengan perhatian dan kasihsayang serta simpati dari kita.Rasa tanggungjawab seorang anak yang mereka tatang bagai minyak yang penuh dulu,sering hadir dalam kehidupan mereka sewaktu mereka memerlukan.Itu sahaja sudah memadai dari cukup.Senyuman dan hati mereka sentiasa mekar bak mawar di jambangan.Bibir mereka sering membuahkan doa-doa untuk anak-anaknya.Tapi adakah kita dapat merealisasikan semua itu untuk mereka? Cuba tanya diri kita bila kali terakhir kita peluk erat diri mereka serta mengucapkan kata sayang dan rindu di cuping telingan mereka.Bila kali terakhir kita suap nasi ke mulut mereka sebagaimana mereka menyuap kita sewaktu kecil dulu.Bila kali terakhir kita menjengah kamar tidurnya dan menghias serta membentangkan hamparan untuknya beradu demi menghilangkan penat.Bila kali terakhir kita menyuapkan ubat ke mulutnya dan membersihkan darah di lukanya.Bila kali terakhir kita membelai mesra rambutnya serta memicit-micit badan dan kakinya yang telah uzur.Bila kali terakhir kita menghulurnya wang dan bertanya khabar tentang keadaan mereka di kampung.Terlalu banyak tugasan yang harus kita laksanakan demi melangsaikan segala 'hutang piutang' kita terhadap mereka walaupun mereka tidak pernah syaratkan untuk kita.

Wahai remaja pujaan ibu dan ayah,marilah sama-sama kita membalas semula segala penat lelah akan jasa-jasa mereka yang terlibat dalam kejayaan kita.Walaupun kita tidak berjaya pada cita-cita yang diharapkan,sekurang-kurangnya kita berjaya mengenal sifat-sifat Allah dan Rasulullah s.a.w.Kita berjaya mengenal erti kesyukuran kerana dilahirkan ke dunia ini dengan sifat kemanusiaan yang penuh mulia.Semuga kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi tunggak kebanggaan kepada kedua ibu dan bapa,insyaAllah.Daripada Muawiyah bin Haidalal Qusyairi katanya,aku bertanya Rasulullah s.a.w "siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah s.a.w menjawab: "ibumu".Kemudian aku bertanya lagi "siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab: "ibumu".Kemudian aku bertanya lagi:"siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab: "bapamu,kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya"(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL
No comments:
Post a Comment