Wahai Muslimahku,
Islam telah mengajar kita bahawa mencari ilmu kerana Allah,merupakan gambaran ketakutan.Mencari ilmu adalah IBADAH. Mengkajinya adalah TASBIH. Menganalisisnya adalah JIHAD. Mengajarnya kepada orang yang tidak tahu adalah
SEDEKAH.Membiayai orang yang mencari ilmu adalah KORBAN. Ilmu merupakan pendamping tatkala sendirian ,dalil atas agama. Allah mengangkat suatu kaum kerananya menjadikannya sebagai bukti dalam kebaikan dan dengan ilmu pula ibadah kepada Allah dpat menjadi sempurna, yang halal dan yang haram pun boleh diketahui.. Begitulah agama kita mengangkat kedudukan ilmu dan orang yang berilmu,menganjurkan lelaki dan perempuan untuk mencarinya.Tetapi bagaimana mungkin kita berusaha bersungguh-sungguh mendalami ilmu yang boleh mendukung kejayaan kita di dunia,seperti ilmu kejuruteraan,kedoktoran ,perguruan dan ilmu-ilmu lain,namun kita melalaikan hal-hal yang memasukkan kita ke Syurga dan menjauhkan kita dari Neraka?
No comments:
Post a Comment