Friday, 26 October 2012
PERIHAL IMAN
Iman menyebab hidup ini ada mempunyai maksud dan tujuan sehingga timbul minat untuk mencapai maksud itu. Iman itu menimbulkan cita-cita untuk beroleh ganjaran dan pahala di atas kerja yangg dilakukan.Orang yang tidak beriman menyebabkan hiidupnya tidak bersendi.Ia akan membawa keruntuhan bagi rohani kerana tempat iman itu telah digantikan oleh nafsu.Nafsu pantang dalam kedudukan rendah,hawa pantang berkurang. Jika tidak ada iman untuk menghambat langkah nafsu dan hawanya itu maka binasalah ia kerana iman itu membuat ia tahu nilai alam dan faham,bahawa ada orang yang sedang mengintip dan memerhatikan setiap langkahnya.Itulah Allah,yang berkuasa memberi bahagia dan bencana kepada manusia pada satu kehidupan lain dari hidup yang ada sekarang ini.
Kepercayaan inilah yang menghambat manusia dari membuat aniaya dari hasad dengki,,khianat,tamak haloba,menghisap darah orang serta tipu muslihat,sombong dan takabur.Kepercayaan inilah yang bangun membela kebenaran hingga dapat menegak dengan teguhnya.Jika masih terdapat orang yang mengaku beriman padahal masih ada padanya sifat jahat di atas,itu menandakan imannya hanya setakat mengaku sahaja.Alangkah mudahnya mengaku dan alangkah sukarnya melakukan.
Iman itulah yang menyebabkan bahagia diri dan bahagia masyarakat,menegakkan pergaulan hidup atas dasar perdamaian dan kecintaan iaitu agama dan tidak bercampur dengan khurafat dan bida'ah.Dengan iman,akan terkekanglah nafsu dan syahwat manusia,terbatas perilakunya,terkongkonglah perasaannya serta terjagalah kehormatannya.Ini dapat mempertingkatkan kemerdekaan jasmani dan rohani. Oleh itu wahai sahabatku sekelian,marilah kita sama-sama menjaga iman kita dari berkurang dan seterusnya lupus dan akhirnya kita hanya bakal mengadap Yang Maha Pencipta dengan jasad yang kosong dan jijik,nauzubillahi min dzalik.
Thursday, 25 October 2012
BERITA PANAS...
PANAS! PANASSS!
2 peragut mati disembelih...
Pontian - 18/10/12, begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong.
Menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu...
Tapi sempat dihalang oleh jirannya...namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu.
Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat...
Dengar takbir yang bergema...dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan...darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban...
SALAM AIDIL ADHA .... hihi jgn marah!!
PANAS! PANASSS!
2 peragut mati disembelih...
Pontian - 18/10/12, begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung kayu ara pasong.
Menurut saksi,hj manan jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu...
Tapi sempat dihalang oleh jirannya...namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa2 barang yang berharga yang didapati pada peragut itu.
Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung disitu pula yang berang pada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua2 peragut ini,kaki2 peragut itu diikat...
Dengar takbir yang bergema...dia telah sembelih peragut tanpa rasa belas kasihan...darah menyembur keluar,orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu,kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput disembelih untuk hari raya korban...
SALAM AIDIL ADHA .... hihi jgn marah!!
Wednesday, 24 October 2012
NABI DAUD MILIKI SUARA TERMERDU DI DUNIA
Kepadanya diturunkan kitab Zabur, kitab suci yang menghimpunkan qasidah-qasidah serta ayat-ayat yang mengandungi tasbih dan puji-pujian kepada Allah. Di dalamnya jua ada kisah tentang umat-umat terdahulu, berita tentang nabi yang akan datang termasuk berita datangnya Nabi Muhamad SAW. Daud adalah salah seorang dari tiga belas bersaudara keturunan yang ketiga belas dari Ibrahim a.s. Baginda tinggal di kota Baitlehem, kota kelahiran Nabi Isa a.s.
Allah telah mengurniakan mukjizat tertentu kepada Daud yang tidak ada pada nabi lain. Antaranya:-
• Allah mengutusnya sebagai nabi dan rasul lengkap dengan kesempurnaan ilmu, ketelitian amal perbuatan serta kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan. Daud amat petah berkata-kata dan mampu melebur jiwa yang keras hanya dengan ayat dari mulutnya.
• Kepadanya diturunkan kitab Zabur.
• Allah menundukkan gunung-gunung dan memerintahkannya bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud setiap pagi dan senja.
• Burung-burung pun turut bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud berulang-ulang.
• Nabi Daud diberi peringatan tentang maksud suara atau bahasa burung-burung.
• Allah telah memberinya kekuatan melentur dan melembutkan besi. Nabi Daud dapat membuat baju-baju dan lingkaran-lingkaran besi dengan tangannya tanpa pertolongan api.
• Nabi Daud telah diberikan kesempatan menjadi raja dan memimpin kerajaan yang kuat yang tidak dapat dikalahkan oleh musuh. Malahan ia selalu memperoleh kemenangan di atas semua musuhnya.
• Nabi Daud dikurniakan suara yang merdu oleh Allah yang sedap didengar oleh seluruh isi alam. Sehingga kini ia menjadi kiasan bila seseorang bersuara merdu dikatakan bahawa ia memperoleh suara Nabi Daud.
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) pada waktu petang dan pagi. Dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masing amat taat kepada Allah dan kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan kepadanya hikmah dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah”. (Surah Sad 38:18-20)
Monday, 22 October 2012
CINTAILAH ILMUNYA BUKAN DIRINYA
Orang berkata bahawa Abu Tholib cukup cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w tetapi dia tidak pun memeluk agama yang dibawa oleh Nabi s.a.w.Ini kerana dia bukan cinta kepada fahaman yang dibawa oleh Nabi s.a.w,tetapi yang dicintainya ialah diri Muhammad,bukan pengajarannya.Cintanya bukan Lillah tetapi cinta disebabkan kekeluargaan sahaja.Cinta kepada diri Nabi bukan jadi pangkal,yang perlu ialah memahami apa yang dibawa oleh Nabi itu Oleh itu dengan sendirinya lantaran cinta kepada faham yang dibawa oleh Nabi s.a.w itu,maka akan diturut cinta itu kepada diri yang membawanya.Sebab itu Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a berkata seketika Nabi s.a.w wafat,:Barangsiapa yang mencintai Muhammad,maka Muhammad sudah pun mati (wafat) tetapi barang siapa yang mencintai Allah maka Allah selamanya hidup dan tidak mati-mati. A Bakar r.a itu sendiri cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah disebabkan fahaman yang dibawanya itu,sebab itu setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat,dia tidak bergoncang dan sentiasa tabah tidak seperti sahabat yang lain. Al Quran menyaksikan bagaimana Abu Bakar r.a yang setinggi-tinggi cinta di dalam islam,yang harus menjadi teladan setiap orang yang hidup.
UJIAN
Ujian dunia sering mmbawa insan mendekati TUHANNYA. Tangisan dan senyuman, sedih dan gembira, senang dan susah, hidup dan mati semuanya dihubungkan dgn ALLAH Yang Maha Pencipta. Dia menangis dlm tersenyum dan tersenyum dalam menangis. Pilu dalam tawa dan tawa dalam duka. Kehidupan sentiasa dipulangkan kepada Penciptanya. Ketika ketawa ria, dia memahami kadar kegembiraan dunia ini. Demikan juga ketika menangis duka, dia juga tahu kadar kedukaan di dunia ini. Dunia hanya lintasan tempat menumpang lalu. Baginya di sana kehidupan abadi sentiasa menanti untuk menyambut jantung hatinya yang sejahtera .
HIDUP ADALAH PERJALANAN
Hidup adalah perjalanan.
Jika dalam perjalanan itu tak ada tujuan,
maka yang ada adalah kebingungan.
Maka pilih dan tentukanlah tujuan terbaik dalam hidup Kita.
Kerana tujuan itulah yang akan menjadi pengarah kemana Kita hendak melangkah.
Hidup tanpa tujuan adalah kematian sebelum kematian.
Dan hidup dengan tujuan adalah kehidupan sebelum kehidupan.
Hidup tanpa tujuan adalah kematian sebelum kematian.
Dan hidup dengan tujuan adalah kehidupan sebelum kehidupan.
SABAR DAN TAWAKKAL LAH SAHABATKU
Jika dikeji orang dan dihina oleh orang,janganlah lekas naik darah.Fikirlah dahulu kerana sebanyak hinaan dan caci maki itu agak satu atau dua perkataan ada yang betul.Akuilah dahulu diri sendiri,bahawa manusia tidak sunyi dari salah dan silap.Jaranglah terdapat sahabat yang berani menegur kita.Hanya musuh sajalah yang berani menegur.Ada juga baik musuh itu buat kita. Carilah salah sendiri dan baiki dengan tertib.Kuncilah pintu rumah,tutuplah kandang ayam dan tambatkan kerbau atau lembu.Itulah tawakkal dan tawakkal di dalam teori dan praktikal sejati
Saturday, 6 October 2012
KASIHNYA MENGATASI SEGALANYA....
Kita sering mahukan hari yang cerah, tapi Allah Maha Mengetahui, hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita sering inginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan, tapi Allah Maha Mengetahui, kesusahan itulah yang mengajar erti kehidupan. Kita ser
ing inginkan ketenangan, hakikatnya diri ini penuh dosa dan kejahatan, tapi manusia tak dapat lari dari kesilapan. Semua itu bukan hukuman, tapi sebagai kasih sayang Allah agar kita lebih tabah..... ♥
Subscribe to:
Posts (Atom)