CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ...
Monday, 22 October 2012
CINTAILAH ILMUNYA BUKAN DIRINYA
Orang berkata bahawa Abu Tholib cukup cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w tetapi dia tidak pun memeluk agama yang dibawa oleh Nabi s.a.w.Ini kerana dia bukan cinta kepada fahaman yang dibawa oleh Nabi s.a.w,tetapi yang dicintainya ialah diri Muhammad,bukan pengajarannya.Cintanya bukan Lillah tetapi cinta disebabkan kekeluargaan sahaja.Cinta kepada diri Nabi bukan jadi pangkal,yang perlu ialah memahami apa yang dibawa oleh Nabi itu Oleh itu dengan sendirinya lantaran cinta kepada faham yang dibawa oleh Nabi s.a.w itu,maka akan diturut cinta itu kepada diri yang membawanya.Sebab itu Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a berkata seketika Nabi s.a.w wafat,:Barangsiapa yang mencintai Muhammad,maka Muhammad sudah pun mati (wafat) tetapi barang siapa yang mencintai Allah maka Allah selamanya hidup dan tidak mati-mati. A Bakar r.a itu sendiri cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah disebabkan fahaman yang dibawanya itu,sebab itu setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat,dia tidak bergoncang dan sentiasa tabah tidak seperti sahabat yang lain. Al Quran menyaksikan bagaimana Abu Bakar r.a yang setinggi-tinggi cinta di dalam islam,yang harus menjadi teladan setiap orang yang hidup.
No comments:
Post a Comment