CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Wednesday, 26 December 2012



GEJOLAK CINTA



Gejolak cinta merupakan jenis penyakit hati yang memerlukan penanganan khusus. Disebabkan ianya berbeza dengan jenis penyakit lain, baik dari segi bentuk, penyebabnya maupun terapinya. Jika telah mengotori kesucian hati manusia dan mengakar di dalam hati, sulit bagi para doktor mencarikan ubat penawarnya dan penderitanya sulit disembuhkan.Oleh itu jangan biarkan hatimu dibius cinta .Jangan biarkan dirimu menjadi hamba cinta insan sehingga melalaikan hatimu terhadap penciptamu.Puja dan serulah nama Tuhanmu berkali-kali bukan insan atau kekasih yang menjadi galang gantinya kerana setiapkali dirimu dalam kesusahan hanya Allah yang dapat membantumu bukan kekasihmu

Monday, 24 December 2012



LAGI BUATMU REMAJA
Remaja,

Cuba perhatikan alam sekelilingmu,berubah ke tidak dari dulu hingga sekarang?Awak perasan tak apa yang ketara?Atau awk buat2 tak perasan?Bagi saya,apa yang nmpk sangat ialah fesyen,betul tak?Memang lah sbb kita semua makhluk yang berpakaian samada separuh tutup,1/3 tutup atau tutup sepenuhnya,janji tutup.Tapi tak kanlah fesyen tutup kita tu tak berubah2 dari sejak zaman bayi hingga sebesar sekarang kan.Binatang dan haiwan sekalipun dah berubah fesyen  dari bentuk bulu dan fiizikalnya,tumbuhan dan buahan pun boleh berubah bentuk dan warnanya dari asal menjadi bentuk yang unik dan comel,yang kita tidak pernah tengok sebelum ni malah datuk nenek moyang kita sekalipun. Itu lah keajaiban dan ketemaddunan,kecanggihan teknologi ciptaan manusia.

Berbalik kita kepada fesyen tadi,yang nampak jelas fesyen wanita.Terutama yang bertudung.Bermacam-macam jenis dan bentuk tudung direka demi menggalakkan kaum hawa ini bertudung.Sehingga sekali pandang sudah nampak bukan seperti tudung kepala,tetapi tudung saji,tudung periuk pun ada.Bagi kaum hawa yang 'gila' berfesyen dan mengikut perkembangan arus pembangunan (konon) tak sempat-sempat lagi untuk membeli dan menempahnya walaupun harganya mahal janji dapat jadi pemakai yang pertama sekali dan dapat menjadi perhatian pada org lain.Kononnya aku lah yang paling 'up to date' dan tergah sekali di mana-mana berada.Sudah lupa niat asal bertudung.Pereka-pereka fesyen tudung pun berlumba-lumba mengaut keuntungan,mencari idea rekaan terbaru dan terkini (yang penting rekaaan yang paling tersingkat atau terpendek lagi baik) yang penting hasil rekaan mereka mendapat perhatian ramai dan di pasaran yang paling tinggi rankingnya.Soal halal haram itu fikir kemudian yang penting..MASYUK.Ketahuilah wahai pereka fesyen pakaian yang direka oleh kalian itu andai tidak dapat menutup aurat sipemakainnya,kalian juga akan dilaknat Allah sama-sama dengan pemakai atau pembelinya.

Remaja,

Tutuplah dahulu rambut cantik menguraimu itu,kerana aurat seorang wanita yang paling utama yang mudah nampak seri dan godaanya adalah rambut.Sebab itu dikatakan rambut adalah MAKHOTA wanita,kenapa tidak disebut anggota badan yang lain? Ada tak anggota badan yang lain disebut dengan perkataan yang paling tinggi selain mahkota rambut?Sebab rambut macam-macam boleh digaya dan di seksikan..tak cantik boleh cantik,tak seksi boleh seksi walau pun badannya macam tong gas,macam papan lapis...Menutup rambut pada pendapat saya teramatlah sukar bagi seorang yang tegar bertudung tapi kalau disuruh pakai baju menutup aurat seperti kurung,jubah atau baju yang longgar-longgar tidak menjadi masalah pada mereka yang penting rambut tetap mengerbang.Kerana itu pada sesiapa yang berani menutup rambutnya adalah mereka yang benar-benar sudah istiqomah dan benar-benar sudah ingin berhijrah ke arah yang diredhai Allah.Bukan senang tu.Syabas pada remaja yang sudah melakukannya demi Tuhanmu dan maruahmu.


Sunday, 23 December 2012




PERBETULKANLAH MATLAMATMU


Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam. Jadi sentiasa bertanya pada hati apa tujuan dan destinasi diri yang sebenarnya dalam meniti arus kehidupan.

Saturday, 22 December 2012


PERINGATAN BUATMU TEMAN


Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan. Manakala kegagalan hari Ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.Dan perlu ingat jadikan akal tempat rujuknya hati dan bukan hati tempat tahtanya nafsu.

Monday, 17 December 2012



DALAM SUJUD DHUHAMU



Mentari kian menghinsut
memberi salam permisi buat mentari
perlahan sinar indah menyusur
masuk bersimpuh bersama sekujur diri

seorang aku menghambakan diri
di atas pelantar usang beralaskan sejadah lesu
titisan air jernih membasah
menuruni menyapu wajah salju
mengheret segala sampah dosa
mengharap restuMu
pada sunat awwabinMu kumenadah harap
rezkiku digandakan kealpaan dijauhkan
pahalaku disamakan
dengan orang yang mengerjakan haji dan umrah
padaMu ku sentiasa berserah
semuga diri sentiasa pasrah
syukur Alhamdulillah
padaMu Ya Allah.

Saturday, 15 December 2012



TUHAN AMPUNI AKU


Tuhan 
terimakasih kerana masih
memberi peluang untukku 
menyambung nafas dan terus menikmati
udara nyaman serta keindahan hidup
di bumiMu yang bertuah

betapa mulianya budiMu Tuhan
tanpa sedikitpun tidak Kau
ungkit setiap kesalahanku padaMu
Engkau penuhi setiap doa insan
meskipun penuh dengan kepuraan
serta seribu kejengkelan
Kau tak kisah itu
Kau memberi tanpa mengharapkan balasan
meskipun rata-rata mereka
tidak pernah hadiahkan
lafaz syukur padaMu
kerna Dikau Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang
ampuni daku
Tuhanku yang satu.

Wednesday, 12 December 2012




KASIHMU TUHAN

Tuhan 
tolong sandingkan aku
dengan sebuah kedamaian
telah lama jasad ini

dibalut kekosongan
jiwaku benar-benar resah
tanpa ketenangan mengundang
hati pun meronta
lara melata
mataku bergenang
tika kasihMu
mulai mendakap

Tuesday, 4 December 2012




TEMAN


Teman,
masihkah ingat lagi
saat kita bersama
menghabiskan sisa senja di kaki sawah
kita berlari dalam pelukan bayu yang lesu
kakimu terjerat dek langkahku yang longlai

aku keletihan
dikau kegirangan
aku tewas
dikau ketawa riang
dikau tutup mataku
aku meraba dalam kelam
jahatnya kamu
meninggalkan daku berteman resah
jangan begini teman
aku kan kesepian
riangnya aku
bila ada kamu..

.