CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 24 December 2012



LAGI BUATMU REMAJA
Remaja,

Cuba perhatikan alam sekelilingmu,berubah ke tidak dari dulu hingga sekarang?Awak perasan tak apa yang ketara?Atau awk buat2 tak perasan?Bagi saya,apa yang nmpk sangat ialah fesyen,betul tak?Memang lah sbb kita semua makhluk yang berpakaian samada separuh tutup,1/3 tutup atau tutup sepenuhnya,janji tutup.Tapi tak kanlah fesyen tutup kita tu tak berubah2 dari sejak zaman bayi hingga sebesar sekarang kan.Binatang dan haiwan sekalipun dah berubah fesyen  dari bentuk bulu dan fiizikalnya,tumbuhan dan buahan pun boleh berubah bentuk dan warnanya dari asal menjadi bentuk yang unik dan comel,yang kita tidak pernah tengok sebelum ni malah datuk nenek moyang kita sekalipun. Itu lah keajaiban dan ketemaddunan,kecanggihan teknologi ciptaan manusia.

Berbalik kita kepada fesyen tadi,yang nampak jelas fesyen wanita.Terutama yang bertudung.Bermacam-macam jenis dan bentuk tudung direka demi menggalakkan kaum hawa ini bertudung.Sehingga sekali pandang sudah nampak bukan seperti tudung kepala,tetapi tudung saji,tudung periuk pun ada.Bagi kaum hawa yang 'gila' berfesyen dan mengikut perkembangan arus pembangunan (konon) tak sempat-sempat lagi untuk membeli dan menempahnya walaupun harganya mahal janji dapat jadi pemakai yang pertama sekali dan dapat menjadi perhatian pada org lain.Kononnya aku lah yang paling 'up to date' dan tergah sekali di mana-mana berada.Sudah lupa niat asal bertudung.Pereka-pereka fesyen tudung pun berlumba-lumba mengaut keuntungan,mencari idea rekaan terbaru dan terkini (yang penting rekaaan yang paling tersingkat atau terpendek lagi baik) yang penting hasil rekaan mereka mendapat perhatian ramai dan di pasaran yang paling tinggi rankingnya.Soal halal haram itu fikir kemudian yang penting..MASYUK.Ketahuilah wahai pereka fesyen pakaian yang direka oleh kalian itu andai tidak dapat menutup aurat sipemakainnya,kalian juga akan dilaknat Allah sama-sama dengan pemakai atau pembelinya.

Remaja,

Tutuplah dahulu rambut cantik menguraimu itu,kerana aurat seorang wanita yang paling utama yang mudah nampak seri dan godaanya adalah rambut.Sebab itu dikatakan rambut adalah MAKHOTA wanita,kenapa tidak disebut anggota badan yang lain? Ada tak anggota badan yang lain disebut dengan perkataan yang paling tinggi selain mahkota rambut?Sebab rambut macam-macam boleh digaya dan di seksikan..tak cantik boleh cantik,tak seksi boleh seksi walau pun badannya macam tong gas,macam papan lapis...Menutup rambut pada pendapat saya teramatlah sukar bagi seorang yang tegar bertudung tapi kalau disuruh pakai baju menutup aurat seperti kurung,jubah atau baju yang longgar-longgar tidak menjadi masalah pada mereka yang penting rambut tetap mengerbang.Kerana itu pada sesiapa yang berani menutup rambutnya adalah mereka yang benar-benar sudah istiqomah dan benar-benar sudah ingin berhijrah ke arah yang diredhai Allah.Bukan senang tu.Syabas pada remaja yang sudah melakukannya demi Tuhanmu dan maruahmu.


No comments:

Post a Comment