CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 11 February 2013




MENYAMPAIKAN ILMU SESUDAH MENGAMALKANNYA

Assalamualaikum wrt.

Semuga sahabat2ku sekelian berada didalam situasi sihat walafiat serta di dalam rahmat Allah hendaknya.
Sudahkah sahabat2ku menyampaikan ilmu Allah pada hari ini? Walaupun sebaris ayat,sebaris kata,atau sekadar menghadiahkan sebuah buku tanpa kata tapi buku itu mengandungi ilmu Allah,itu pun sudah cukup dlm ertikata menyampaikan ilmu.Tidak semestinya bersuara seandainya orang itu bisu,bagaimana kalau dia ingin berdakwah juga? Dalam kita menyampaikan ilmu kepada umum,andai lebih baik klau kita sendiri yang mengamalkan terlebih dahulu kerana kita akan lebih memahami dan merasai bagaimana nikmat dan tenangnya apabila menghayati ilmu2 dan petunjuk dari Allah.Kalau kita sendiri tidak mengamalkan,bagaimana hendak kita sampaikan pengalaman suka duka dalam menghadapi ujian itu kepada masyarakat?

Orang-orang yang alim dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi jika tidak diamalkan apa yang dipercayaikan itu,akan diazab dineraka dengan sebab ilmu yang tidak diamalkannya kerana percaya dan yakin itu akan menimbulkan cinta yang tidak diikat oleh perasaan dengki,tidak dihambat oleh takabbur dan hasad,tidak leka dengan pangkat dan darjat tidak merasa megah kerana dia telah arif bahawa ia satu makhluk Allah yang datang tidak membawa apa-apa kecuali ditemani oleh uri dan pergi esoknya membawa kain putih sepanjang lima kaki atau lebih yang tidak dijahit.Bagi orang yang ada ilmu tetapi tidak beramal pula sebagaimana kata Ibnu Ruslan:  Maksudnya: Orang yang alim kalau tidak mengamalkan ilmunya adalah akan diazab sebelum orang lain menyembah berhala.

No comments:

Post a Comment