Saturday, 10 May 2014
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 21
Rina mesti melakukan sesuatu supaya anak-anaknya tidak lapar dan tidak dimalukan di khalayak ramai lagi seperti di medan selera tempohari.Rina perlu wang yang mencukupi untuk perbelanjaan harian.Dia tidak boleh mengharapkan duit ringgit dari suaminya kerana dia tahu suaminya banyak tanggungjawab dan memerlukan perbelanjaan yang besar demi menampung dua keluarga.Kesian Muaz,yang sana pun nak duit,yang sini pun nak duit.Hemm...takpa lah kalau dia bagi,aku ambik kalau dia tak bagi terimalah seadanya..Tuhan kan ada...bisik Rina sambil tangannya pantas menguli tepung untuk dibuat cucur hidangan petang.Selalunya kalau orang gaji ada,kerja-kerja macam tu mereka yang buat.
Hari demi hari Rina menghitung masa,cepatlah anak-anaknya membesar supaya mereka faham dan mengerti akan penderitaan ibunya.Dan dapatlah dia bercerita ceriti dengan mereka sebagai kawan.Tiadalah sepi hidupnya seperti sekarang.Rina bukan tak mahu bertandang ke rumah adik beradiknya yang lain,dia bimbang adik beradiknya akan terhidu tentang masalah rumahtangganya.Rina jenis tak suka kalau orang tahu tentang peribadinya apatah lagi menjaja dan bersoal siasat tentang dirinya.Rimas katanya.Tapi dia suka menyelesaikan masalah rumahtangga orang lain atau masalah-masalah yang berkaitan dengan kehidupan dan agama.Dengan menjadi penasihat yang ala-ala pakar motivasi itu sekurang-kurangnya hilanglah sebahagian masalah dalam hidupnya.Adik serta kakaknya sering berjumpa dengan Rina untuk mendapatkan khidmat nasihat rumahtangga.Malah Rina dipuji oleh keluarganya kerana pandai menjaga hati suami dan mendidik anak-anak.Bukan itu saja Rina dan Muaz juga menjadi perhatian rakan-rakannya setiap kali mereka keluar kerana mereka diibarat pasangan yang romantik dan paling bahagia.Rina tidak pernah menceritakan apa yang berlaku dalam rumahtangganya selain kebahgiaan yang dia kecapi." Alhamdulillah lah setakat ni saya tak pernah diabaikan.Semua keperluan saya dipenuhi.Muaz tidak pernah bertanya tentang duit gaji saya dan semua barang-barang dapur dan keperluan anak-anak dia yang beli.Dia suami yang baik.
Dan satu lagi semua bill-bil dia yang jelaskan.sehingga ke pasar pun saya tak pernah pergi.Dia akan telefon saya sebelum balik kerja dan bertanya apa barang yang hendak saya masak dia akan belikan.Sebab tu saya tak reti nak bayar segala bil dan tak tahu cara membayarnya.memang dia tak bagi."Rina menceritakan kebaikan Muaz kepada kakaknya Siti.Memang Muaz baik dan manjakan Rina tapi dia tidak tahu kenapa Muaz perlakukan demikian terhadapnya.Rina kan jenis wanita lurus.Dia fikir apa yang suami dia lakukan terhadapnya semuanya yang terbaik buatnya."Tapi awak kena fikir juga Rina,dalam baik-baik Muaz tu awak kena kaji kenapa dia buat macam tu.Entah-entah dia cemburu atau dia takot awak akan tahu serba-serbi mengenai urusan rumahtangga.Dia tak mahu awak panjang langkah.Kalau semua dia yang urus,sudah tentu awak akan bergantung harap padanya sampai bila-bila.Yang bahayanya pula,andai terjadi apa-apa kat dia suatu hari nanti,awak juga yang susah.Sekarang ni jangan bagi dia urus semua.Awak kena juga ambik tahu" nasihat kakaknya Siti panjang lebar.
Sebenarnya dalam cerita Rina itu ada benar dan tidak benar.Dia saja mengada-ngadakan cerita kebaikan Muaz supaya keluarganya tidak tertekan dengan masalah yang dia alami. Suatu hari Rina mendapat panggilan talipon dari kawannya mengatakan ada jawatan kosong di sebuah sekolah kemahiran. Rina dengan penuh rasa syukur kehadrat Allah terus menerimanya tanpa bertanya tentang gajinya.Dia benar-benar memerlukan kerja dan duit demi anak-anaknya.Tanpa memberitahu Muaz dan anak-anaknya dia terus ke sekolah kemahiran untuk ditemuduga.Alhamdulillah berkat doanya Rina diterima menjadi tenaga pengajar di situ biarpun dia bukanlah pandai dalam bidang yang dia mohon sekarang.Rina terpaksa menipu mengatakan baju-baju yang dia bawa masa sessi temuduga tempohari adalah hasil jahitannya sendiri.Macam-macam dia berbohong terhadap penemuduga tempohari.Dia tahu itu satu kesalahan yang besar.Ketika itu hatinya teringat akan nasib anak-anaknya bagaimana andai permohonannya ditolak.Tanpa disedari airmatanya menitis di pipi dan membuatkan para penemuduga terkejut dan simpati terhadap dirinya biarpun mereka tidak tahu apa yang bermain di benaknya ketika itu.Rina berjanji,selepas dia menjawat jawatan guru kemahiran,dia akan belajar selok belok tentang kemahiran yang dia perlu ajar terhadap pelajar nanti.
Rina tidak henti-henti melakukan solat hajat dan sujud syukur terhadap Allah yang telah mengurniakan dia kelapangan dalam mencari rezki. Sudah seminggu Rina bekerja tanpa diketahui oleh Muaz. Bukan Rina tidak mahu bagitahu,tetapi dia bimbang Muaz akan marah dan akan melakukan macam-macam tektik kotor untuk memberhentikannya.Rina sedar akan cemburu buta Muaz yang melampau batas itu ~bersambung~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment