Saturday, 11 May 2013
Saat Matamu Yang Hampir Terlena
Saat matamu yang hampir terlena
cuba kau renungi
di dalam lopak mata yang kian membundar
betapa indahnya malammu
disinari cahaya mewah purnama
dipagari gemerlipan sang kejora
bagai pesta kristal di sebuah istana
matamu yang hampir layu
akan terdodoi dengan irama indah
dari gemersik suara kenari
mendayu di setiap corong telingamu
tapi tahukah dikau
itulah kasih Tuhan
yang meminjam kan dikau sebuah jantung
untukmu bernafas demi menyambung hari esok
apakah dikau tidak mengerti?
Tuhanku
terimakasih kerana izinkan daku
untuk menatap wajahMu bersama mentari
yang masih bersinar.
AHLAN WASAHLAN YA REJAB ~ hadirmu ku tunggu...
Selamat memasuki bulan Rajab 1434H........ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَافِيْ رَجَبَ وَشعْبَان وَبَلّغنَارَمَضَانَ
“Ya اَللّهُ , berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”.
(HR. Imam Ahmad, dari Anas bin Malik)
آمِــــــــــيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ
Mohon maaf atas sgala kesalahan
1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia.
2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.
3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4.Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN REJAB
1 Rajab 1434 Hijriah d'mulai hari sabtu tgl 11 Mei 2013,
Sabda RASULULLAH SAW:
"Bulan Rajab adalah Bulannya ALLAH TA'ALAA"
Amalan Bulan Rajab:
1. Barangsiapa yg b'Puasa tgl 1, 2, 3 Rajab maka Pahalanya mendapatkan k'Ridhaan serta k'Muliaan d'sisi ALLAH TA'ALAA
2. Barangsiapa yg b'Puasa 5 hari maka Doanya akan d'Qobulkan ALLAH TA'ALAA
3. Barangsiapa yg b'Puasa 7 hari maka akan d'Tutup 7 Pintu Neraka
4. Barangsiapa yg b'Puasa 8 hari maka d'Bukakan 8 Pintu Surga
5. Barangsiapa yg b'Puasa 15 hari maka d'ampuni Dosa2 yg lalu & mengganti Kejahatannya dgn Kebaikan d'Sisi ALLAH TA'ALAA
6. Barangsiapa yg b'Puasa tgl 27 Rajab maka Pahalanya seperti 5 Tahun b'Puasa
7. Barangsiapa mengingatkan Muslim lain tentang Amalan ini, seakan Ibadah 80 Tahun
Adapun Amalan selama dibulan rajab adalah:
1. Perbanyak Membaca: RobbighfirLi Warhamni Watub Alayya (70x tiap Pagi & Sore)
2. tgl 1 s/d 10 Rajab
Membaca: SubhaanaLLahiL HayyiL Qoyyum (100x)
3. tgl 11 s/d 20 Rajab
Membaca: SubhaanaLLahiL Ahadish'Shomad (100x)
4. tgl 21 s/d 30 Rajab
Membaca: SubhaanaLLahir Rouuf (100x)
5. Membaca Surat AL-IkhLas (11x)
6. Membaca: Ahmadu Rasulullah wa'Muhammadu Rasulullah (35x d'Hari Jum'at terakhir Bulan RajaB)
Sabda RASULULLAH SAW:
"Pada Malam MI'RAJ, Saya (SAW) melihat Sungai yg Airnya lebih Manis dari Madu, lebih Sejuk dari Air Batu, lebih Harum dari Minyak Wangi & Saya (SAW) berkata kpd JIBRIL AS"
Wahai JIBRIL, untuk Siapakah Sungai ini..?
maka JIBRIL AS menjawab:
Sungai ini adalah untuk Umat-Mu yg b'Shalawat kepada-Mu d'Bulan RAJAB
"Niatnya Puasanya Rajab":
"NAWAITU SHAUMA RAJAB LILLAHI TA'ALAA"
Artinya : "Saya niat puasa sunnah Rajab karna Allah Ta'alaa".
“Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku, sedangkan Ramadhan adalah bulan umatku.”
KISAH ORANG GILA DAN ORANG KAYA YANG SOMBONG
Pada satu hari,
seorang kaya memandu kereta mewahnya di jalan. Tiba-tiba tayar keretanya pancit dan kehilangan 3 nat. Dia pun berhentikan kereta itu dan lalu keluar dari kereta dan memeriksa apa yang rosaknya. Jadi dia pun ambil tayar spare, tetapi dia tidak mencukupi nat untuk memasang tayar spare tersebut . Sedang dia fikir dan keliru, dia ternampak satu sign-board tercatat mengatakan bahawa tempat itu border dengan Hospital orang gila Tanjung Rambutan dan bengkel kereta yang paling terdekat ialah 3 km. Sedang dia fikir lagi, dia ternampak satu orang gila dari dalam hosp. gila yang dipagar yang asyik renung padanya.
Orang kaya itu pun sombong dan tidak pedulikan orang gila itu. Tetapi Orang gila itu pun bersoal-sapa dgn org kaya itu.
Org Gila: encik apa yang en. keliru tu?
Org kaya: (Diam)........( buat pura-pura tak dengar)
Org Gila: Saya boleh bagi idea.......jangan lah sombong........ .....
Org Kaya: Oh ....(macam pura-pura baru dengar)........ ...you boleh bagi idea?.......... Tayar kereta saya pancit.....ada spare tayar....tapi nat tak-ada untuk pasang........
Org Gila: Ini masalah kecil jeh.......encik kan ada lagi tiga tayar yang ok.....ambil satu nat dari setiap 3 tayar yang ok.....pasang lah pada spare tayar......kan boleh jalan....lagi pun bengkel kereta 3 km dari sini....boleh jalanlah sampai bengkel........ .lepas itu you tukar lah.....
Org Kaya: (shocked!!!!).. .ok...thanks (dalam hatinya........ idea Orang gila ni memang bagus!!!!!!!!kenapa aku tak terfikir!!!!!!! !!!!)
Org Gila: Encik, saya tahu apa yang encik fikir........en cik fikir saya org gila bukan?.....
Org kaya: yeh....minta maaf....heheheh eh
Org Gila: Saya mungkin GILA tapi bukan BODOH MACAM AWAK!!!!!!!!
MORAL CERITA: WALAUPUN ANDA SANGAT PANDAI DAN KAYA, JANGAN SESEKALI PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN...
SETIAP YANG KITA NAMPAK TAK BAIK TU TIDAK DISANGKA ADA KEBAIKAN JUGA WALAUPUN SEDIKIT...JANGAN CEPAT PRASANGKA.
Sunday, 5 May 2013
7 SURAH DIMULAKAN DENGAN TASBIH
Kesemua 7 surah tersebut dimulai dengan ‘Tasbih’ memuji Allah SWT. Secara tidak langsung angka ini berhubung kait dengan lapisan langit dan bumi yang tujuh yang di huni seluruh makhluk .
“Tujuh lapis langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada padanya sentiasa bertasbih kepada Allah; dan tiada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah: Isra 17; Ayat 44).
Ayat di atas membuktikan seluruh Alam Semesta sentiasa bertasbih dan sujud kepada Allah SWT.
Surah yang dimulai dengan tasbih adalah:
1- Al-Isra’,
17:[1]Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
2-Al-Hadid.
57:[1]Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3- Al-Hasyr.
59:[1]Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
4- As-Saff.
61:[1]Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
5- Al-Jumaat.
62:[1]Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
6-At-Thaghabun.
64:[1]Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
7- Al-A’la.
87:[1]Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), - 7- Al-A’la.
Sunday, 21 April 2013
CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00
Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!
Renungan Sebelum Tidur.....
Seorang ahli Sufi bernama Abu Turab r.a. berkata;
"Wahai manusia ! Kamu mencintai tiga macam, padahal ketiga itu bukanlah milikmu.
1. Kamu mencintai dirimu, padahal diri itu milik hawa dan nafsu
2. Kamu mencintai roh-mu, padahal nyawa itu milik Allah SWT dan
3. Kamu menyintai hartamu, padahal harta itu milik ahli waris turun-temurun."
Subscribe to:
Posts (Atom)






