Saturday, 11 May 2013
AHLAN WASAHLAN YA REJAB ~ hadirmu ku tunggu...
Selamat memasuki bulan Rajab 1434H........ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَافِيْ رَجَبَ وَشعْبَان وَبَلّغنَارَمَضَانَ
“Ya اَللّهُ , berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”.
(HR. Imam Ahmad, dari Anas bin Malik)
آمِــــــــــيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ
Mohon maaf atas sgala kesalahan
1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia.
2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.
3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4.Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment