CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 13 July 2012

RESEPI CINTA IBNU ATHAILLAH

Ibnu Athaillah pernah mengungkapkan dalam kitabnya bahawa tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kesenangan dunia selain rasa takut kita kepada Allah sehinggakan mampu menggetarkan jiwa atau rasa rindu kita kepada Allah yang boleh membuatkan hati kita merana. Ingatlah, kita tidak dapat mengelakkan diri dari disapa hembusan hangatnya cinta. Namun sedarlah kembali, 
apakah tujuan dan matlamat penciptaan diri kita ini, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Sedarlah wahai pemuda, bahawa cinta pada perempuan yang bukan isteri kita adalah syahwat dan cinta kepada seorang lelaki yang bukan suami kita juga adalah syahwat. Sebaiknya kita keluarkannya daripada hati kita secepat yang mungkin. Usah dibiarkan ia terus mengotori sekeping hati kita. Hati adalah raja yang mentadbir diri kita. Jika baik hati itu, maka baiklah diri kita. Namun jika buruk hati itu, maka buruklah diri kita. Sesungguhnya perasaan itu sukar untuk kita keluarkan atau usir dari dalam diri kita melainkan kita memiliki dua perkara iaitu:-

Pertama: Rasa cinta kita kepada Allah yang luar biasa. Rasa cinta yang menggetarkan dinding hati. Sehingga di hati kita hanya timbul kecintaan mendalam kepada Allah. Cinta kepada yang selain dari-Nya akan lenyap dan terusir dengan sendirinya seperti hembusan angin meniup pepasir di padang tandus.

Kedua: Rasa kerinduan kita kepada Allah yang maha dahsyat, sehingga membuatkan diri kita terpenjara merana. Andai kita berasa merana kerana rindu kita kepada Allah, maka kita tidak mungkin merana kerana cinta kita pada yang lain. Andai fikiran kita sudah sibuk memikirkan Allah maka tiada masanya lagi otak kita ligat berfikir mengenai yang lain.
Wah sungguh menarik kata imam tersebut.Terkesan sungguh sehingga mencecah lubuk dasar hatiku. Sekarang baru ku sedar, bahawa cinta kepada manusia bukanlah seindah yang disangka kerana mungkin akan membawa kepada perpisahan tetapi cinta kepada Allah sudah semestinya kekal abadi. Begitulah tazkirah yang ringkas tetapi meninggalkan sisa positif dalam hatiku. Ingatkan tukang masak saja ada resepi yang hebat rupanya pemikir islam dahulu lebih hebat dan hangat resepinya. Begitulah resepi cinta Ibnu Athaillah, seorang ahli sufi.




CINTANYA SENTIASA DEKAT


Semakin banyak kita berjalan di bumi Allah ini, maka akan semakin banyak pelajaran yang kita dapat
Semakin banyak kita mengenal orang lain, maka kita akan semakin mengerti betapa perbezaan itu indah....

Tetaplah berjalan di jalan Tuhanmu
yakinlah Dia selalu ada untukMu
bahkan disaat engkau melupakanNya
CintaNya tak pernah bertepi
akan selalu ada selamanya ....
cintaNya tak pernah mati
seperti matinya hatimu terhadapNya...

Monday, 9 July 2012





UNTUKMU YANG TERCINTA

Aku tak bermaksud menyandingkanmu dengan rembulan dan bintang gemintang
Meski rembulan itu cuma satu tapi cahayanya cuma menerangi saat malam,sedangkan dirimu selalu menerangiku siang dan malam.

Meski bintang gemintang
indah mengiasi gelapnya malam tapi bagiku kau lebih indah menghiasi hidupku siang dan malam bahkan disaat bulan dan bintang bersatu tidak akan pernah mengalahkan pesonamu

Aku,tak bermaksud menyandingkanmu dengan gunung dan lautan,meski gunung kukuh menjulang tinggi dengan indahnya.tapi indahnya gunung tidak sekuat kedudukanMu dihatiku
Tidak setinggi kedudukanMu dalam hidupku

Meski lautan luas menyelimuti bumi,namun cintamu lebih luas menyelimuti duniaku bahkan saat lautan dan gunung bergabung jelas takkan mampu mengalahkan kuatnya kedudukanMu.

aku tidak memuja ketampananmu
aku tidak memuja harta kekayaanmu
aku pun tidak memuja kecerdasan dan kedudukanmu
tapi keindahan hatimulah semuanya nampak indah
aku mencintaimu wahai lelaki yang berakhlaq mulia
bimbinglah aku menuju Jannah-Nya.

Senyum menyapa dari Adinda..

Tuesday, 26 June 2012





PERANGILAH NAFSUMU SENDIRI....


Manusia tdak perlu bersaing sesama manusia, tetapi manusia perlu bersaing dgn diri sendiri. Bersaing dgn diri sendiri adalah jihad paling besar. Jihad memerangi nafsu masing2. Jgn sibuk ingin bersaing dgn musuh lain andai nafsu sendiri belum mampu ditawan.

~Itulah erti hidup berasaskan perjuangan. Andai hidup ini asasnya persaingan sesama manusia, maka syurga itu adalah tempat insan yg berjaya mengalahkan penghuni neraka. Namun, Allah itu Maha Penyayang lagi Adil, pemilik mutlak 99 nama suci. Allah menetapkan bahwa penghuni syurga adalah mereka yg menang dlm berjuang. Berjuang melawan nafsu masing2.
Bukan pemenang mengalahkan manusia lain!

Monday, 25 June 2012





KITA UMPAMA PENSIL.....


Saya tak akan jadi pasangan yang sempurna untuk awak, tapi saya akan berusaha menjadi yang terbaik.

Saya takkan berjanji untuk cinta awak sepenuh hati saya, sebab saya nak letak Allah penuh-penuh dalam hati ini dan baru awak.

Saya takkan berjanji untuk takkan buat awak menangis, tapi bila saya ada saya akan cuba seka setiap air mata yang menitis semampu saya.

Saya takkan beri harapan untuk bersama awak selama-lamanya, sebab suatu hari saya akan pergi juga.

Saya akan ajar awak, tiada jaminan atas setiap perkara yang berlaku. Hidup kita umpama pensil. Pasti ada yang memegang hidup kita, iaitu Allah. Jangan berharap pada hidup. Biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya, tapi itu masih tak cukup. Kita kena ajar diri, there is no guarantee in life.

Tapi satu perkara yang saya pasti,
saya nak jumpa awak kat syurga nanti.. :)

Sunday, 24 June 2012





MANUSIA YANG DIKASIHI ALLAH IALAH YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN


Muhamad Razeef Che Shamah :Rasulullah bersabda, maksudnya: “Manusia yg paling dikasihi Allah ialah org yg memberi manfaat kpd org lain & amalan yg paling disukai oleh Allah ialah mnggembirakn hati org² Islam @ menghilangkan kesusahan daripadanya @ menunaikan keperluan hidupnya di dunia @ memberi makanan org yg lapar. Perjalananku bersama saudaraku yg muslim utk menunaikan hajatnya adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dlm masjid ini selama sebulan & sesiapa yg menahan kemarahannya sekalipun ia mampu utk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dlm hatinya pd hari Qiamat & sesiapa yg berjalan bersama² saudaranya yg Islam utk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akn tetapkan kakinya(ketika melalui pd hari Qiamat) & sesungguhnya akhlak yg buruk akn merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.

” (Riwayat Abu Dawud





NASIHAT AL-HABIB ALI AL-JUFRI


Penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka ( lemah dalam ujian ), kemudian ingin kembali kepada Allah . . . kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian kembali semula kepada Allah . . . ini adalah beritan gembira kepada mereka kerana menandakan "Iman kuat di hati mereka". Iaitu mereka sangat menyintai Allah, selama mana mereka menyintai Allah . . . ketahuilah bahawa Allah juga menyintai mereka. "Allah menyintai mereka . . . dan mereka juga menyintai Allah".
Demi Allah wahai saudaraku, jika Allah tidak menyintai kamu . . . Dia tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu "perasaan kepedihan". Ini adalah perasaan yang kita rasakan "aku ada melakukan kesalahan".

Perkara yang lebih bahaya dari "maksiat" adalah "terus menerus melakukan maksiat".
Rasulullah SAW bersabda; "tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar sekalipun kembali kepada maksiatnya 70 kali".
Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu kedalam Neraka . . . bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke Syurga?

Maka pada setiapkali kamu terasa diri menguasai kamu . . . dan syaitan telah merampas kehormatan kamu . . . baliklah ke rumah terus berwuduk, solat 2 rakaat dan dalam sujud, katakanlah . . .
"ya Allah . . . diriku menjadi sangat dekat dengan Engkau ketika sujud, tetapi aku mengadu pada Mu segenap jiwa ragaku dan aku memohon pada Mu bawalah hatiku serta diriku kepada Mu sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan Mu sehingga aku berpisah dari maksiat ini. Berdoalah kepada Allah dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. berdoalah dengan bahasa yang kamu faham. mengadulah tentang diri kamu kepada Allah. Letakkan dan campakkan diri kamu dihadapan pintu Allah. Ketahuialah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula . . . selesai sahaja solat kamu . . . Allah telah mengampun dosa-dosa kamu.
Selepas tu, perlulah ambil langkah pencegahan. Apakah yang membawa kamu ke arah dosa? jauhi mereka yang berkelakuan jahat yang memudahkan kamu membuat jahat/dosa. Menjauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan kerana kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu.

Sesuatu kewajipan yang ditinggalkan . . . cuba laksanakannya. Sesuatu yang salah dipandangan Islam . . . cuba ubahkannya.