CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Sunday, 24 June 2012






NASIHAT AL-HABIB ALI AL-JUFRI


Penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka ( lemah dalam ujian ), kemudian ingin kembali kepada Allah . . . kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian kembali semula kepada Allah . . . ini adalah beritan gembira kepada mereka kerana menandakan "Iman kuat di hati mereka". Iaitu mereka sangat menyintai Allah, selama mana mereka menyintai Allah . . . ketahuilah bahawa Allah juga menyintai mereka. "Allah menyintai mereka . . . dan mereka juga menyintai Allah".
Demi Allah wahai saudaraku, jika Allah tidak menyintai kamu . . . Dia tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu "perasaan kepedihan". Ini adalah perasaan yang kita rasakan "aku ada melakukan kesalahan".

Perkara yang lebih bahaya dari "maksiat" adalah "terus menerus melakukan maksiat".
Rasulullah SAW bersabda; "tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar sekalipun kembali kepada maksiatnya 70 kali".
Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu kedalam Neraka . . . bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke Syurga?

Maka pada setiapkali kamu terasa diri menguasai kamu . . . dan syaitan telah merampas kehormatan kamu . . . baliklah ke rumah terus berwuduk, solat 2 rakaat dan dalam sujud, katakanlah . . .
"ya Allah . . . diriku menjadi sangat dekat dengan Engkau ketika sujud, tetapi aku mengadu pada Mu segenap jiwa ragaku dan aku memohon pada Mu bawalah hatiku serta diriku kepada Mu sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan Mu sehingga aku berpisah dari maksiat ini. Berdoalah kepada Allah dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. berdoalah dengan bahasa yang kamu faham. mengadulah tentang diri kamu kepada Allah. Letakkan dan campakkan diri kamu dihadapan pintu Allah. Ketahuialah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula . . . selesai sahaja solat kamu . . . Allah telah mengampun dosa-dosa kamu.
Selepas tu, perlulah ambil langkah pencegahan. Apakah yang membawa kamu ke arah dosa? jauhi mereka yang berkelakuan jahat yang memudahkan kamu membuat jahat/dosa. Menjauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan kerana kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu.

Sesuatu kewajipan yang ditinggalkan . . . cuba laksanakannya. Sesuatu yang salah dipandangan Islam . . . cuba ubahkannya.

No comments:

Post a Comment