Monday, 3 June 2013
Sekali sekala nk jamu uolls ngan cite camni lak..boleh kannnn...
KANTOI
Suatu malam,
seorang ayah melihat anak gadisnya yg bungsu update status kat facebook. Statusnya adalah:
"Kenapa ya hati ini gelisah terus. Somebody plisss.. I need someone.. "
Dan banyak sekali laki2 yang coment. Ada pria handsome, pria anak mami, ada juga laki2 yang alim-alim kucing. Semua memberikan coment masing-masing. "Ah, semua hanya mau menggoda." gumam hati si gadis.
Hingga sampailah giliran laki2 yang kd 401. laki2 itu komen:
MANA HATI MAU TENANG:
=> jika sholat kurang.
=> tahajjud pun hanya sekali dalam setahun.
=> nangis sujud taubat pada Allah jarang-jarang.
=> jika sedih kau mencari teman lalu pergi have fun.
=> jika ada masalah, musik dan lagu dilantunkan. Al-Qur'an dilupakan.
=> bibir rajin mengumpat, dzikir tak pernah disebutkan.
=> di sekolah, hormat pada guru pun tidak.
=> jika gelisah, mengadu di jejaring sosial, sajadah tak pernah dipandang.
=> jika gelisah, cari teman buat pasangan, tapi tak cari Allah buat penunjuk kebenaran.
=> wahai pemilik fb ini, sudahkah itu kau fikirkan?
Ketika si gadis membaca comen laki2 ke 401 itu, ia merasa berang. Sambil menyumpah serapah ia gerakkan cursor, cari button block.
Lalu, gadis itu update status baru:
"Aku udah block laki2 yang sok tau ni. Berlagak tau semua tentang aku. Hey, U just know my name, not my story!"
Sang ayah tersenyum sambil main laptop. Dalam hatinya berkata, "Oh, beruntung aku dah buat 5 akaun. Baru diblock satu jer
Sunday, 2 June 2013
SABAR
Sabar merupakan benteng yang kuat untuk membangun kembali kekuatan diri. Tanpa kesabaran saat ini bererti kita tidak punya harapan untuk meraih hasil yang ada di depan. Kesabaran bukanlah hanya berdiam diri, orang yang berkata sabar tanpa melakukan apapun seolah-olah sedang menunggu kehancuran diri.
Saturday, 1 June 2013
WAKTU....
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
Friday, 31 May 2013
ANAK MALU KERANA PAKAIAN IBU
Assalamualaikum w.r.t sahabatku yang dihormati sentiasa.Ini kisah teladan yang hendak saya kongsi dengan sahabat di sini serta para ibu di luar sana.
Alkisahnya ada seorang pelajar sekolah bernama Asri (bukan nama sebenar).Asri pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Ipoh Perak.Beliau seorang pelajar yang pintar dan agak pemalu serta pendiam. Di sekolah dia lebih suka menyendiri dan banyak menghabiskan masa dengan membaca buku serta melihat telatah kawan-kawannya apabila waktu lapang atau sementara menunggu ibu dan bapanya menjemput pulang.
Asri jarang bersama ibu dan bapanya setiapkali ada apa-apa program di sekolah.Bapanya seorang ahli perniagaan yang sentiasa sibuk dan tidak pernah menghadiri apa-apa jemputan yang dianjurkan pihak sekolah.Cuma ibunya sahaja yang dapat hadir itupun Asri cuba mengelak dan melarikan diri bila ibunya datang ke sekolah.
Oleh kerana ibunya rajin dan mengambil berat tentang pelajaran dan aktivitinya di sekolah,Asri cuba menyorok dari pengetahuan ibunya apa-apa maklumat atau program yang perlu ibubapa hadir ke sekolah.Guru kelasnya hairan kenapa hanya ibubapa Asri saja yang jarang datang dan langsung tidak kelihatan semasa Hari Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang dan apa-apa anugerah lagi yang dicapai oleh Asri,ibubapanya tidak hadir.
Begitu juga dengan hari penyerahan buku rekod pelajar.Juga ibubapanya tidak kelihatan.Bukan Asri membenci mereka berdua tapi dia tahu bapanya memang tidak boleh datang sebab jarang berada dalam negeri,cuma ibunya sahaja yang sentiasa bersedia untuk hadir tapi Asri tidak benarkan.Kenapa?
"Asri,cikgu nak tanya sikit,kenapa mak awak selalu tak datang bila awak terima hadiah dan bila awak sakit kat sekolah ni. Awak tak bagi ke surat kat dia?" tanya guru kelasnya.
" Bukan dia tak mau datang cikgu,malah mak saya memang seorang ibu yang perihatin terhadap pelajaran anak-anaknya dan mengambil berat tentang aktiviti kami,tapi...saya je yang tak suka dia datang ke sekolah,cikgu..." jawab Asri sambil tunduk dan muram.
"eh kenapa pula macam tu,kan ibubapa ada yang wajib kena datang terutama majlis baca yassin.Cikgu tengok setiap kali penyerahan buku rekod pun dari tahun-tahun lepas pun mereka tak datang,kenapa?" tanya guru kelasnya lagi.
"Maafkan saya cikgu,sebenarnya..saya malu dengan penampilan ibu saya.Saya malu bila melihat cara ibu saya berpakaian lain dari ibu-ibu yang lain.Ibu-ibu lain pakai pakaian yang sopan tutup aurat datang ke sekolah tapi ibu saya dah lah pakai baju ketat dan jarang lepas tu tak pakai tudung pula.Saya rasa janggal bila tengok ibu saya dalam kelompok ibu-ibu yang lain.Kalau hari baca yassin pun saya tak yakin ibu saya akan datang dengan menutup aurat dengan sempurna,paling tidak dia akan letak lebih kurang je selendang jarang atas rambut yang berjuntai tu..saya malu kat kawan-kawan saya dan ustazah cikgu...sebab tu saya sorok surat dari sekolah dan tidak bagitau dia.." jelas Asri dengan lenangan airmata.
"oh,macam tu ke.barulah cikgu faham.Tak mengapa Asri kamu anak yang baik,tak salah kalau kamu menegur ibu kamu dengan cara yang berhemah dan bersopan.Mungkin dengan teguran kamu itu dia akan insaf dan segera untuk menutup aurat". nasihat guru kelas Asri.
Thursday, 30 May 2013
Tuesday, 28 May 2013
JANGAN ADA RASA BENCI DI HATI
Sahabatku,
Jangan lupa andai dikau telah berjaya walau ke puncak mana sekalipun,ingatlah sahabat handai atau orang yang terdekat denganmu yang pernah memberi kamu semangat,memberi kamu belanja tak kira belanja makanan ke,wang ke atau apa-apa bentuk yang membolehkan dikau rasa lapang dan tenang serta ada kelegaaan dalam menghadapi saat genting tika itu. Cubalah hubungi mereka dan jejaki lah di mana mereka berada.Kerana, mana lah tau dengan sedikit bantuan dari mereka dahulu walau dikau fikir tidak sepadan dengan apa yang dikau kecapi sekarang,tapi tau kah dikau bahawa dengan sedikit itulah yang membawa dikau ke arah apa yang dikau kecapi saat ini. Semarakkan kasih sayang sesama kita,tebarkan jalinan ukhwah dengan penuh ikhlas tanpa ada rasa benci di hati...
Monday, 27 May 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)