Friday, 31 May 2013
ANAK MALU KERANA PAKAIAN IBU
Assalamualaikum w.r.t sahabatku yang dihormati sentiasa.Ini kisah teladan yang hendak saya kongsi dengan sahabat di sini serta para ibu di luar sana.
Alkisahnya ada seorang pelajar sekolah bernama Asri (bukan nama sebenar).Asri pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Ipoh Perak.Beliau seorang pelajar yang pintar dan agak pemalu serta pendiam. Di sekolah dia lebih suka menyendiri dan banyak menghabiskan masa dengan membaca buku serta melihat telatah kawan-kawannya apabila waktu lapang atau sementara menunggu ibu dan bapanya menjemput pulang.
Asri jarang bersama ibu dan bapanya setiapkali ada apa-apa program di sekolah.Bapanya seorang ahli perniagaan yang sentiasa sibuk dan tidak pernah menghadiri apa-apa jemputan yang dianjurkan pihak sekolah.Cuma ibunya sahaja yang dapat hadir itupun Asri cuba mengelak dan melarikan diri bila ibunya datang ke sekolah.
Oleh kerana ibunya rajin dan mengambil berat tentang pelajaran dan aktivitinya di sekolah,Asri cuba menyorok dari pengetahuan ibunya apa-apa maklumat atau program yang perlu ibubapa hadir ke sekolah.Guru kelasnya hairan kenapa hanya ibubapa Asri saja yang jarang datang dan langsung tidak kelihatan semasa Hari Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang dan apa-apa anugerah lagi yang dicapai oleh Asri,ibubapanya tidak hadir.
Begitu juga dengan hari penyerahan buku rekod pelajar.Juga ibubapanya tidak kelihatan.Bukan Asri membenci mereka berdua tapi dia tahu bapanya memang tidak boleh datang sebab jarang berada dalam negeri,cuma ibunya sahaja yang sentiasa bersedia untuk hadir tapi Asri tidak benarkan.Kenapa?
"Asri,cikgu nak tanya sikit,kenapa mak awak selalu tak datang bila awak terima hadiah dan bila awak sakit kat sekolah ni. Awak tak bagi ke surat kat dia?" tanya guru kelasnya.
" Bukan dia tak mau datang cikgu,malah mak saya memang seorang ibu yang perihatin terhadap pelajaran anak-anaknya dan mengambil berat tentang aktiviti kami,tapi...saya je yang tak suka dia datang ke sekolah,cikgu..." jawab Asri sambil tunduk dan muram.
"eh kenapa pula macam tu,kan ibubapa ada yang wajib kena datang terutama majlis baca yassin.Cikgu tengok setiap kali penyerahan buku rekod pun dari tahun-tahun lepas pun mereka tak datang,kenapa?" tanya guru kelasnya lagi.
"Maafkan saya cikgu,sebenarnya..saya malu dengan penampilan ibu saya.Saya malu bila melihat cara ibu saya berpakaian lain dari ibu-ibu yang lain.Ibu-ibu lain pakai pakaian yang sopan tutup aurat datang ke sekolah tapi ibu saya dah lah pakai baju ketat dan jarang lepas tu tak pakai tudung pula.Saya rasa janggal bila tengok ibu saya dalam kelompok ibu-ibu yang lain.Kalau hari baca yassin pun saya tak yakin ibu saya akan datang dengan menutup aurat dengan sempurna,paling tidak dia akan letak lebih kurang je selendang jarang atas rambut yang berjuntai tu..saya malu kat kawan-kawan saya dan ustazah cikgu...sebab tu saya sorok surat dari sekolah dan tidak bagitau dia.." jelas Asri dengan lenangan airmata.
"oh,macam tu ke.barulah cikgu faham.Tak mengapa Asri kamu anak yang baik,tak salah kalau kamu menegur ibu kamu dengan cara yang berhemah dan bersopan.Mungkin dengan teguran kamu itu dia akan insaf dan segera untuk menutup aurat". nasihat guru kelas Asri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment