Friday, 2 August 2013
RAMADHAN,ANDAINYA PEMERGIANMU BOLEH KUHALANG.....
Bulan Ramadhan Al Mubarak semakin mengecil,semakin mengundur,menjauh,dan terus pergi....
Mungkin pemergiannya ada yang menangisi kerana rindukan akan kenikmatan serta kemuliaannya yang dipenuhi dengan seribu rahmat .Rindukan terawih yang terselit dengan kemuliaaan Lailatulqadar dan suasana berbuka serta bersahur yang disaksikan beribu Malaikat dan Syurga yang tersenyum menanti ketibaan tetamu sucinya sementara neraka tertutup rapi. Dan mungkin juga ada yang merasa lapang serta lega kerana tidak perlu lagi untuk bangun sahur,menahan lapar dan dahaga, Apa yang paling penting tidak perlu lagi untuk menipu menjadi pelakun puasa 'yang yok'.....
Tapi bagi diri ini belum cukup puas untukku bersama denganmu dan 'memeluk erat' kemuliaamu wahai Ramadhanku.Kembalilah padaku sampai akhir hayatku. Kesucian dan keagunganmu tidak dapat ditandingi oleh bulan-bulan yang lain.Kembalikan Lailatulqadarku....masih banyak yang hendak aku 'luahkan' di malam-malammu yang hening.Masih banyak bicara yang hendak aku titipkan sebagai kasihsayangku padamu. Setiap detik dan saat terlalu bernilai dan amat berharga mengatasi wang berjuta dalam mengabdikan diri semasa kamu berada.Mata ini belum puas menangis menghambat segala dosa dan noda yang sekian lama membaluti diri. Hadirmu kusambut gembira,pergimu kutangis duka. Aku tidak tahu apakah kunjunganmu kali ini adalah untuk yang terakhir buatku.Ya Rabb,jangan pisahkan aku dengan Ramadhanku untuk kali yang seterusnya.Ketemukan aku setiapkali hadirnya ia. Biarkan waktuku sesak dengan temujanjiku dengannya. Jangan ada satu ruangpun untuk noda melalui persimpangan antara cintaku dan dia.Kerana kami kesuntukan waktu.Esok,Syawal bakal menyusul nmengambil tempat.Ramadhanku harus pulang membawa seribu janji dan pengabdian sejuta insan mengadap Ilahi.Tunggu sahaja di sana,apakah pertemuan yang sesingkat itu benar-benar terisi dengan seribu manfaat atau semuanya kosong dan hampa.Ya Rabb,aku tidak mahu tewas di neraca pengadilanMu....
Friday, 19 July 2013
ISU KHALID SALLEH - emmmm....no komen pening pale dgn diarang ni
Apa yang saya tulis melalui puisi Sketsa Bulan Ramadhan beberapa hari lalu, bukan main-main atau sebuah khayalan..Saya mengamati dan melihat sekian lama setiap kali Ramadhan gelagat manusia yang dihubungkaitkan dengan bulan kemuliaan, dan kononnya syaitan dibelenggu pada bulan ini (seperti mana dalam syarah para ustaz). Isu jualan tapak Ramadhan kepada peniaga asing antara yang saya sentuh dalam Sektsa Bulan Ramadhan, hari ini terpampang di dada akhbar. Isu yang saya tuliskan pada 1989 masih berlarutan hingga ke musim Ramadhan ini (2013). Ertinya berlarutan hingga lebih 25 tahun. Apa peranan SPRM dalam hal ini? Apa pula peranan DBKL yang mengeluarkan lesen untuk tapak bazar Ramadhan? Undang-undang memang ada tentunya. tapi pelaksanannya hampeh ! Gejala rasuah bebas berlaku di mana-mana baik di peringkat kakilima membawa ke peringkat jabatan bahkan kementerian dengan caranya yang sangat licik. Inilah sebenarnya gejala (anai-anai) yang menghancurkan kedaulatan sesebuah negara. Jangan salahkan rakyat apabila mereka nanti menolak kerajaan sedia ada hanya kerana rasuah yang sudah melampau-lampau terutamanya yang membabitkan pengeluaran permit atau tender-tender kerajaan. Ini bukan sebuah andaian tapi realiti yang berlaku selama ini di sekeliling kita. Kepada pihak yang ingin kekal sebagai peneraju negara yang bermaruah dan dihormati, fikir-fikirkanlah bagaimana usaha membenterasnya sebelum PRU 14 nanti....Kita akan sama-sama melihat hasilnya. Sejarah telah membuktikan bahkan di dalam Al Quran pun ada menyebutkan tidak ada suatu kerajaan yang kekal selama-lamanya....Kalau memang benar "Rakyat didahulukan", dengarlah suara rakyat yang akrab dan menyatu dengan kehidupan...jangan hanya ' berjiwa rakyat ' tatkala musim pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Lebih jelas dan tegas, jangan munafik (bohong) terhadap rakyat...

Wednesday, 17 July 2013
RAMADHAN DATANG LAGI
hadirmu telah kusambut dengan seribu senyuman
menguntum amalku di jambangan doa
terpatri segala janji dan harapan
para Malaikat dan Al Kitab memayungi yang Agung
terpenjara iblis di pelantar dosa
Ramadhan menyeru membersih dosa
pulihkan semangat segarkan iman
kutautkan hati pada sujud Illahi
merendahkan diri ampunkan dosa
di sepertiga malam sunyi dan bisu
bersama hati yang sayu penuh harap
mengintai Lailatulqadar si sebalik amalku
adakah layak untuk kujuarai
menjadi hambaMu di persada SyurgaMu...
KISAH ISKANDAR ZULKARNAIN DAN HARI AKHIRAT
Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya.
Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan.
Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi.
Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan.
Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa2.
Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong.
Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian.
Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.
Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.
Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.
1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.
2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"
3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.
4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.
Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal.
Tiada yang terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.
Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh,
kadang-kadang perangai macam KAFFIR Laknatullah lagi lah menyesal.
Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.
Orang-orang kafir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.
Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin'..
Subscribe to:
Posts (Atom)