CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 2 August 2013





RAMADHAN,ANDAINYA PEMERGIANMU BOLEH KUHALANG.....





Bulan Ramadhan Al Mubarak semakin mengecil,semakin mengundur,menjauh,dan terus pergi....
Mungkin pemergiannya ada yang menangisi kerana rindukan akan kenikmatan serta kemuliaannya yang dipenuhi dengan seribu rahmat .Rindukan  terawih  yang terselit dengan kemuliaaan Lailatulqadar  dan suasana berbuka serta bersahur yang disaksikan beribu Malaikat dan Syurga yang tersenyum menanti ketibaan tetamu sucinya sementara neraka tertutup rapi. Dan mungkin juga ada yang merasa lapang serta lega kerana tidak perlu lagi untuk bangun sahur,menahan lapar dan dahaga, Apa yang paling penting tidak perlu lagi untuk menipu menjadi pelakun puasa 'yang yok'.....


 Tapi bagi diri ini belum cukup puas untukku bersama denganmu dan 'memeluk erat' kemuliaamu wahai Ramadhanku.Kembalilah padaku sampai akhir hayatku. Kesucian dan keagunganmu tidak dapat ditandingi oleh bulan-bulan yang lain.Kembalikan Lailatulqadarku....masih banyak yang hendak aku 'luahkan' di malam-malammu yang hening.Masih banyak bicara yang hendak aku titipkan sebagai kasihsayangku padamu. Setiap detik dan saat terlalu bernilai dan amat berharga mengatasi wang berjuta dalam mengabdikan diri semasa kamu berada.Mata ini belum puas menangis menghambat segala dosa dan noda yang sekian lama membaluti diri. Hadirmu kusambut gembira,pergimu kutangis duka. Aku tidak tahu apakah kunjunganmu kali ini adalah untuk yang terakhir buatku.Ya Rabb,jangan pisahkan aku dengan Ramadhanku untuk kali yang seterusnya.Ketemukan aku setiapkali hadirnya ia. Biarkan waktuku sesak dengan temujanjiku dengannya. Jangan ada satu ruangpun untuk noda melalui persimpangan antara cintaku dan dia.Kerana kami kesuntukan waktu.Esok,Syawal bakal menyusul nmengambil tempat.Ramadhanku harus pulang membawa seribu janji dan pengabdian sejuta insan mengadap Ilahi.Tunggu sahaja di sana,apakah pertemuan yang sesingkat itu benar-benar terisi dengan seribu manfaat atau semuanya kosong dan hampa.Ya Rabb,aku tidak mahu tewas di neraca pengadilanMu....











No comments:

Post a Comment