CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Sunday, 29 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 14




                    Sudah lengkaplah kehidupan Rina dengan kelahiran puteri sulungnya yang diberi nama Nurfarah Aina.Comel dan montel.Aina tidak susah untuk menjaganya mungkin dia sudah faham akan kesusahan itunya dan mungkin dia sudah belajar dari dalam kandungan ibunya.Tapi semenjak akhir-akhir itu Aina sering merengek dan menggaru-garu di seluruh badan macam ada sesuatu di badannya. Rina membelek-belek di seluruh badannya,hairan tak ada pula dia nampak apa-apa benda.Namun Aina terus merengek dan menggaru-garu lagi. Rina menyuruh bibiknya surti untuk memandikan Aina.Tiba-tiba," astaga ibu,cuba liat ini di badannya Aina,ada noda-noda hitam dan titik-titiknya"jerit Surti dari bilik mandi. Cepat-cepat dia siramkan air suam dan selimutkan Aina. Aina diam mungkin kesejukan dan menahan gatal di badan.
                  Rina terus mendukung dan meriba Aina serta membelek-belek di tempat yang di katakan bintik itu.Mansyaallah,kenapa dengan anakkku,bintik apa ni tak pernah aku tengok.Nak dikatakan chickenpox,pun bukan nak dikata kenan pun bukan apatah lagi ruam.Lain macam je.Bintik tu mulai nampak setelah terkena air mandian.Dia macam kematu dan keras warna kehitam-hitaman.Bila terguris sedikit atau terkena kuku pasti keluar darah.Adus kesian dengan Aina. Rina terus bawanya ke klinik.Doktor mengatakan terkena jangkitan virus air atau elergic habuk.Aina dibekalkan krim sapuan ,antibiotik,ubat penahan sakit dan cecair mandian.Setelah berhari menggunakan ubat tersebut namum tiada yang terkesan,malah bertambah-tambah lagi jangkitannya.Nasib baik Aina jenis bayi yang sabar tak kuat menangis.Dia tabah dan sabar seperti ibunya.Rina dan bibik serta Muaz terlalu susah hati.Hairan penyakit apalah yang menyerang anak kesayangannya ini.
                 Mereka sudah tak ada pilihan lagi melainkan pergi jumpa dukun berdekatan."kita cuba cara kampung pula" kata Muaz.Terkejut besar Muaz dan Rina bila mendpat tahu bahawa Aina terkena semburan airliur iblis yang dihantar oleh seseorang.Astaghfirullah hal azim,siapalah yang tergamak melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Sehingga bayi yang tak berdosa jadi mangsa.Tak semena-mena airmata Rina mengalir laju sayu dan sedih melihat keadaan anaknya.Tak sanggup rasanya dia melihat Aina bertarung dengan penyakit misteri itu.Kalau boleh biarlah dia yang menjadi galang gantinya.Aina tak layak menanggung semua itu.Ya Allah......
                Setelah berubat dan berikhtiar dengan perubatan tradisional itu,alhamdulillah nampaknya penyakit Aina berkurangan hari demi hari sehingga pulih semuanya.Syukur alhamdulillah. Muaz dapat mengagak siapa yang punya angkara.Giginya diracik rapat-rapat matanya tajam memerhati sesuatu.Jelas di wajahnya mendendami seseorang ketika itu. " jangan bang,jangan.Biarlah Allah yang membalasnya.Entah-entah orang lain yang membuatnya.Tak baik kita menuduh orang tanpa usul periksa. Yang pasti anak kita dah sembuh" tahan Rina bila melihat Muaz umpama mahu membunuh seseorang." tak boleh jadi,abang kena juga bagitau dia.Apa dia ingat kita tak tahu ini kerja dia.dasar perempuan tak sedar diri.Tak abis-abis nak dengki khianat." Muaz terus berkeras mahu  beritahu Aida.~bersambung~

Saturday, 28 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 13





                                  Maka bermula lah kehidupan baru buat Rina. Nasib baik cepat dapat rumah sewa hasil usaha kawan-kawan di pejabat barunya.Rina tinggal bersama dengan lima orang penghuni yang kesemuanya isteri orang yang terpaksa berpisah dengan pasangan masing-masing demi kerana tugas.Kesemuanya bekerja di jabatan yang berlainan.Hari pertama agak kekok buat Rina kerana dia seorang sahaja yang mengandung anak sulung di rumah tu.Yang lain ada yang beranak 2,3, dan belum dapat anak lagi.Rina menggosok-gosok perutnya yang semakin membulat dan bergerak-gerak seolah-olah anaknya sedang kelaparan.Apa nak dimakan ni, kalau nak masak,kena kongsi ni...sebab dapur hanya satu je.Ruang dapur sempit,bilik air ada dua.Lepas tu katil tak ada kena tidur atas toto atau tilam nipis sebab satu bilik kena kongsi dua orang.Bilik satu lagi kena kongsi tiga orang."takpa adik, kita belajar erti sudah ya sayang,supaya bila adik besar nanti adik tak kekok lagi. Adik belajar susah dengan mama ye..adik makan apa yang mama makan dan adik tidur atas apa yang mama bentangkan" bisik Rina keseorangan sambil mengusap-ngusap perutnya.

                               Setiap malam Rina menghubungi Muaz bagai orang yang sedang bercinta. Sekali ketawa sekali dia menangis.Begitulah kehidupan Rina bila balik dari pejabat.Ada ketikanya dia rasa begitu menyesal berpisah dengan suaminya.Kalaulah dia tahu betapa susahnya mengandung tanpa suami dan tinggal berjauhan pula,tak ingin dia menerima jawatan yang ada sekarang.Biarlah dia bekerja di tempat suaminya biarpun gaji tak seberapa.Tak sanggup rasanya dia hendak bangun malam-malam buat susu serta masak makanan bila anak dalam perutnya bergerak-gerak kerana lapar. Kekadang kakinya kebas serta sering mengalami kejang mengkarung. Dia tak sampai hati hendak mengejutkan rakan sebiliknya untuk menolong sapu ubat di betis dan kakinya. Itu tak termasuk pergi buat susulan rawatan di hospital dan klinik.Terpaksalah dia pergi seorang diri umpama seorang wanita mengandung tanpa suami pula. Hatinya sayu dan sering menitiskan airmata bila melihat ibu-ibu mengandung berpimpinan tangan dengan suami walau kemana dia pergi.Dan dia cemburu bila melihat ibu-ibu mengandung bermanja sakan dengan suami sehingga makan minum pun disuap.Alangkah indahnya kalau Muaz dapat melakukan itu terhadapnya.


                             Tapi Rina tersilap angan bahawa suami yang dia taruhkan harapan itu bukanlah seperti yang dia impikan.Jauh sama sekali.Muaz bukan orang yang romantik dan penyayang.Dia seorang yang serius dan panas baran.Tak mungkin dia hendak melakukan itu semua terhadap Rina walaupun Rina adalah wanita yang paling dia sayangi mengatasi kasihnya terhadap Aida.Setiap hujung minggu Rina berulang alik dari KL ke Ipoh dengan menaiki bas,kerana Rina takut hendak memandu keseorangan apatah dalam keadaan mengandung. Bermacam-macam dugaan yang Rina hadapi sehingga akhirnya dia selamat melahirkan anak sulungnya di hospital Ipoh. Setelah selamat melahirkan anak,Rina membawa bayinya bersama seorang pembantu rumah dari indonesia tinggal bersama dengannya di Kuala Lumpur.Ketika itu Rina sudah berpindah di rumah sewaan yang baru iaitu di kawasan Kajang.Alhamdulillah,rumah ini selesa buat mereka bertiga.Lagipun dekat dengan pejabatnya.Muaz akan melawat mereka setiap hari cuti am.

                           Berita kelahiran anak sulung Rina,telah sampai ke pengetahuan Aida.Apa lagi naik hantulah dia apatah lagi Rina mendapat anak sulung perempuan yang diidam-idamkan Muaz sejak dulu lagi. Sedangkan dia dapat anak lelaki.Dia tahu kasih Muaz terhadap Rina akan melimpah-limpah tidak dapat disukat-sukat lagi.Dalam hatinya yang busuk hanyir tu berfikir mungkin suatu hari nanti Muaz akan menyingkirkan dia bersama anaknya atau mengabaikan dia.Astaghfirullah,ke situ fikirnya.  Aida memasang strategi.Geram dan dendam dia terhadap perempuan perampas itu sudah sampai ke penghujung.Tengoklah nanti,kalau kau nak tahu siapa Aida sebenarnya,kau tunggu......~bersambung~

                         

Thursday, 26 December 2013




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 12




                        Keesokan harinya barulah   Rina tahu bahawa Muaz terlena di rumah Aida selepas minum air lebihan kopi di dalam peti ais.Patutlah selepas minum kepala Muaz terasa lain macam,terasa melayang dan hanyut je...setelah diberitahu oleh pakcik Omar,barulah Muaz sedar akan kedudukan yang sebenar." kamu boleh minum dan makan tapi berhati-hatilah akan segala makanan dan minuman di rumah tu.Seluar dalam dan pakaian kotor kalau boleh jangan campur dengan pakaian dia,balik rumah terus rendam atau basuh.Dan kalau boleh jangan minum air dalam botol yang disediakan.Ambik air lain dan simpan di tempat yang dia tak boleh hendak tambah ke dalam botol tu...tidur baca 3 kul dan selawat,insyaallah,Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan tabah" pesan pakcik Omar panjang lebar ketika Muaz bertemu dengannya untuk meminta pandangan dan pertolongan. Muaz tak terkejut pun dengan segala pemberitahuan pakcik Omar terhadap perbuatan Aida,kerana dari awal dia dah agak mesti ada susuatu yang tak kena.Ini memang kerja Aida yang tak mahu dia balik ke rumah Rina. Kesian Rina.

                    Muaz berkali-kali minta maaf atas kesalahan yang tidak disengajakan itu.Tapi Rina hanya tersenyum tanpa ada sedikit pun perasaan marah dan geram kerana semuanya itu sudah hilang tika menatap wajah suaminya yang amat disayangi.Apa yang penting sekali dia ingin menyampaikan berita gembira yang dia dapat menjawat jawatan baru di tempat kerja barunya.Tapi wajah Muaz berubah tiba-tiba,muram dan sedih.Bayangkan isteri yang baru dinikahinya selama empat bulan sudah mahu meninggalkan dia keseorangan.Yang sedih sekali Rina pergi dengan membawa kandungan sulung mereka jauh dari pandangan matanya.Dia tak dapat membayangkan bagaimana kandungan itu membesar,bergerak dan keadaan Rina sewaktu mengandung anak sulung,pasti perit dan menyiksakan.Yelah,Rina bukannya ada pengalaman pun.Kalau sakit pening dan mengidam kat sana,macamana? Siapa yang hendak melayan karenahnya..aduh..macam-macam bermain di fikiran Muaz,biarpun bibir Rina tak lekang dari tersenyum.Hatinya berbunga syukur.

                Hari hendak 'berpisah' sudah semakin hampir, terlalu berat hati Muaz untuk melepaskan perginya orang tersayang,tapi tidak pada Aida,dia lah orang yang paling bahagia selepas Rina.Tapi bahagianya tidak sebahagia yang Rina maksudkan,bahagia bagi aida ialah hatinya lega dan puas orang yang paling menyampah dan menyusahkan hidupnya telah berambus dari dunia kawasan penginapannya.Biarlah Rina tinggal di Kuala Lumpur selama-lamanya dan kalau boleh berkubur pun biarlah di sana.Geram betul dia dengan perempuan yang merampas suaminya.~bersambung~

Sunday, 15 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 11


                              Punah harapan Rina untuk memakai gelang dan rantai dari hasil duit hantaran perkahwinannya.Ingin rasanya dia abadikan duit dari harga maruahnya itu sebagai harta atau aset sewaktu hari susahnya atau sebagai bukti kasih sayang suaminya kepada kenalan dan keluarganya."Tapi takpa lah.Dia nak pinjam je.Lepas ni dia bayarlah.Dia bukan xda duit.Kontraktor lah katakan,lebih dari tu pun dia boleh bagi kat aku...alah,janganlah nak berkira sangat dengan suami.." Bisik Rina sendirian. sambil membelek-belek album kecil perkahwinannya dulu.Tangannya meraba-raba perutnya yang dah membesar dua bulan.Macam tak percaya pun ada dia boleh mengandung.Rina tersenyum dan membayangkan bagaimanalah suatu hari nanti dia jadi ibu....sakit ke kalau beranak? Ishhh...orang kata macam separuh nak mati...macam itu lah emak bersalinkan aku dulu....Tiba-tiba lamunannya terhenti dengan bunyi deringan telefon.
" Assalamualaikum,saya dari ibu pejabat lembaga lebuhraya malaysia.Ini Rina Azrina Abd. Malek ye..." tanya suara dari talian dengan ramah dan santunnya." Iya saya" Jawab Rina." Saya Normah kawan kakak puan,nak tanya adakah puan setuju untuk jawatan yang ditawarkan tempohari?"Tanya Normah." Alhamdulillah,saya setuju puan Normah" Jawab Rina dengan penuh syukur dan gembira."Kalau macam tu pada 20hb januari nanti puan boleh datang ke ibupejabat kami untuk sessi temuduga.Bawa bersama semua dokumen-dokumen yang berkaitan serta dua keping gambar seperti di dalam borang permohonan tu ye"Beritahu Normah selaku ketua kerani bahagian pentadbiran di Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia."Baik puan,terimakasih" jawab Rina dengan perasaan gembira yang memuncak.Tak sangka permohonannya untuk berkhidmat di jabatan itu telah berjaya.Iya dia tahu kalau tidak kerana pengaruh kakak dan seorang kenalannya di jabatan itu,mungkin nasib tidak menyebelahinya.Tak sabar-sabar dia ingin menceritakan berita baik itu kepada Muaz bila dia pulang ke gilirannya nanti.
                             Sekejap -kejap dia tengok jam di dinding sambil mengintai kot-kot Muaz sudah pulang.Tapi hampa. Jam sudah melewati senja.Azam maghrib sudah berkemandang di masjid berdekatan.Bayang Muaz belum muncul juga.Sepatutnya malam ini giliran rumah Rina,dan waktu ini selalunya Muaz sudah pulang.Tapi mengapa malam ini Muaz lewat,banyak kerja barangkali atau dia pergi jemput anaknya di rumah pengasuh.Resah di hati Rina mulai berputik pahit.Dia cuba menghubungi Muaz tetapi taliannya ditutup hanya ada peti simpanan suaranya saja."Takkan dia terlupa kot,atau dia di luar kawasan.Selalunya dia bagitau kemana saja dia pergi" bisik hati Rina.Malam sudah larut,makanan di saji terbiar tanpa disentuh.Rina hanya terpaku di sofa sendirian.Matanya kelam,hatinya sebu.Perlahan airmatanya membasuh pipi.Dan dia terlena di sofa yang sepi....~bersambung~






























Friday, 13 December 2013




DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 10


                          Tidak dapat Muaz bayangkan dengan kata-kata betapa bahagianya dia hidup melayari alam rumahtangga dengan orang yang dia benar-benar cintai.Apa yang dia angankan serta syarat untuk menjadi isterinya  sudah tercapai.Wanita yang dinikahinya itu benar-benar memenuhi citarasanya selama ini.Aida? Huh....dah terpaksa. Nak buat macamana terimalah seadanya.Dah kawin dan ada anak pun tak juga berubah-rubah perangai pemalas dan suka melawan cakap suami.Malas Muaz hendak mulakan pergaduhan setiap kali dia balik ke rumah Aida.Apa susah,kalau Aida tak masak,tak kemas rumah,tak sediakan sarapan untuknya pergi kerja,dia tak susah hati lagi.Rina kan ada.Rina boleh layan dia seperti putera raja." Harini saya balik lambat.Banyak kerja kat ofis nak siapkan.Harini bos ada.Abang tolong ambik  Syukri kat rumah pengasuh tu ye." pesan Aida sambil mengenakan tudung warna merah jambunya sedondong dengan baju kurung.Sibuk benar dia sehingga tidak dapat hendak membancuh secawan kopi buat suaminya. Syukri,anak sulunng mereka yang baru berusia 2 bulan itu dimasukkan dalam bakul bayi serta diletakkan di dalam kereta.Bakul pakaian dan beg makanan syukri diasak ke dalam bonet kereta persis hendak tinggalkan sebulan di rumah pengasuhnya Kak Semah.Muaz hanya mengangguk tanpa sepatah kata.Malas dia hendak melayan arahan Aida yang kuat mengarah itu.Kalau dia berbunyi,nanti akan keluar bunga-bunga pergaduhan." lepas ambik Syukri,jangan dan merewang ke rumah betina tu pula." sempat pula Aida 'memanah' jantung hati Muaz sambil salam dan mencium tangannya.Muaz masih lagi berdiam dan membisu.
                     
                       Muaz membancuh kopi sendiri.Kopi separuh pekat itu diminumnya separuh dan disimpan di dalam peti ais.Dia nak cepat-cepat ke rumah Rina.Kesian dia tinggal seorang diri. Entah bagaimana dia malam tadi.Lena ke tidak tidurnya.Tapi semua makanan dan barang-barang dapur sudah dibelinya.Alah bukannya banyak pun barang yang hendak dibeli,cuma dua orang je yang hendak makan.Bukan Muaz hendak menjengah khabar Rina saja,tapi dia ada hajat besar yang lebih penting.payment dia tersangkut dua bulan.Gaji pekerja termasuk adiknya Rizal,bil-bil dan lain-lain belum terbayar. " Assalamualaikum dan selamat pagi sayang...buat apa tu,tak sedar ye abang masuk rumah" sergah Muaz sebaik sahaja muncul dan memeluk erat pinggang Rina yang sedang membasuh pinggan dalam singki. " Oh abang,maaf tengah cuci pinggan ni mana lah nak dengar.Abang dah sarapan ke,Rina ada goreng nasi tu.Jom.." ajak Rina  sambil cepat-cepat menceduk nasi goreng ke pinggan dan menghidangnya atas meja.Kopi yang siap dibancuh awal-awal pun dituang ke dalam cawan.Dia tahu itulah sarapan ringkas yang Muaz suka.Sambil menjemput Muaz minum dia sempat merenung wajah muram didepannya." kenapa bang,macam ada masalah je Rina tengok" tanya Rina sambil meneguk milo panas.Matanya tak lepas dari memandang Muaz sambil menunggu jawapan.

" Rina,payment abang dah dua bulan sangkut,boleh tak abang pinjam duit hantaran dulu tu.Rina belum pakai lagi kan" jawab Muaz."Belum,Rina ingat nak buat gelang dan rantai,tapi kalau abang nak pinjam dulu ambil lah.Tapi jangan semua tau,Rina nak pakai juga sebab duit gaji bulan lepas dah kering kontang" pesan Rina. " Duit hantaran tu kan empat ribu,abang nak pinjam tiga ribu je,seribu Rina simpan lah.nanti bila payment dah dapat,abang gantilah balik" jawab Muaz sambil meneguk laju kopi dan menyudu nasi goreng dengan begitu berselera. Lega hatinya.Rina begitu baik dan mudah diajak berunding.~bersambung~


















DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 9   



                          Sudah hampir sebulan Rina melayari kehidupan berumahtangga dengan Muaz.Kekok rasanya untuk dia menjadi seorang isteri yang semuanya kena buat sendiri.Terasa macam tak percaya pun ada.Rasa baru semalam dia bersama dengan kawan-kawan terpekik terlolong dan ketawa mengekek beramai-ramai tiba-tiba dia tinggal berdua dengan Muaz yang tanpa di duga telah menjadi suaminya.
"Itu namanya jodoh.Walau ke mana kamu lari hingga ke hutan belantara,lautan samudera sekalipun kalau Allah hendak takdirkan perkahwinan kau sedemikian rupa,itu hakNya.Siapalah kita ini untuk menghalang takdirnya dari berlaku ke atas kita?Sabar dan redhakan lah.Nikmat Allah akan diketahui di tengah-tengah perjalanan hidup kita" Rahimah,selaku kakak angkat Rina cuba menenangkan hatinya dari berperangsangka yang bukan-bukan sewaktu Rahimah bertandang ke rumahnya selepas akad nikah dulu..Rina menarik nafas lega.Tiba-tiba deringan telefon berbunyi lantas mematikan lamunan Rina dari ingatan lalu.Cepat-cepat dia mengangkatnya."Hello,iya mau bercakap dengan siapa?" sapanya. " Ini Rina ke?" tanya suara itu. " Iya,ini Rina,di sana siapa?" soalnya balik. "Astagfirullah hal 'azim....Rinaaaaaa.....awak kemana selama ni...apa dah jadi dengan awak.kenapa awak buat saya mcm ni? Awak buat saya gila tau tak?" kata suara itu lagi dengan nada sebak. "Err...tapi ni siapa? Awak siapa?" Rina mulai panik.Jantungnya berdegup kencang,mukanya pucat." Awak tak kenal suara saya lagi? Rinaaaa....ni Halim.Halim bakal suami awak.Kita kan nak kawin awak tak ingat ke.nape dengan awak ni Rina? Awak kat mana ni.awak ok ke?" Tanya Halim bertubi-tubi seolah-olah tak mau melepas peluang bercakap dengan Rina yang sudah lama dia mencari-cari bagai nak mereng."Ya Allah......Astaghfirullah hal 'azim....Halimmmm....Rina tak tau...Rina tak tau....maafkan Rina....." Rina mulai menangis teresak-esak. Dia sudah tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan pada Halim.Fikirannya buntu.Rasa bersalah menyelubungi diri.Tapi bukan salah dia,bukan salah sesiapa...dia tak tahu siapa yang bersalah sebenarnya.
                        " Rina,sudah puas saya mencari awak,dah naik buntu fikiran saya.Nasib baik saya teringat kakak angkat awak Rahimah tu.Dapatlah ambik no. telefon awak darinya,kalau takk...."Halim tidak dapat hendak meneruskan kata-kata,halkumnya tersekat nafasnya sesak.Rina menjadi serba salah bila mendengar suara Halim demikian rupa, Sanggupkah dia hendak menceritakan keadaan dirinya sebenar? Tapi sampai bila dia harus mendiamkan diri dan 'lari' dari Halim.Lagi lama dia rahsiakan lagi itu Halim menjejakinya.
" Awakk....awakkk...RRina....dah kawin.Ya Rina dah kawin" Rina cuba menggagahi untuk menyatakan biarpun pahit yang akan ditelan oleh Halim.Talian telefon sunyi seketika hanya bunyi dengusan nafas yang cukup tersiksa." Awakkk...awakk..awak masih di sana? awak dengar tak Rina cakap tadi.Rina minta maaf".Rina menyambung penjelasannya walaupun tiada respon dari Halim.Tiba-tiba talian diputuskan.Rina tersentap dan menangis sepuashati.~Bersambung~
                     




















Friday, 6 December 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 8 

                          Tarikh perkahwinan yang Muaz telah tetapkan sudah hampir dekat.Hendak tempah baju  pengantin dan berbagai kelengkapan perkahwinan pun sudah terlalu sesak.Rina masih lagi terkaku tak tahu hendak buat apa.Dia masih lagi dalam kebingungan macam orang mamai bangkit dari tidur.Percaya dengan tidak apa yang dirancang oleh Muaz itu.Kadangkala terdetik sayang dan rindu pula terhadap Muaz,entah kenapa.Wajah Halim sudah lama lenyap dari ingatannya.Tak sabar dia hendak hidup bersama dengan Muaz lelaki yang baru bertahta dalam hidupnya. "Nah ambik batik hijau ni g tempah cepat nanti tak siap pula.Wak Leman kata kita mesti nikah pada tarikh yang dia bagi tu.Katanya bagus dan selamat dari bala bencana."tiba-tiba suara Muaz muncul dari belakang Rina yang asyik mengelamun di meja pejabatnya.Entah waktu bila dia sampai Rina pun tak perasan.Sambil menghulurkan beg plastik yang berisi kain sutera hijau muda pucuk pisang kepada Rina tangannya sempat mencubit pipi gebu gadis di depannya.Cepat-cepat Rina menepis dan menyapunya kembali." ni untuk apa?,kenapa pakai kain macam ni? Kata nak kawin." tanya Rina kebingungan. " Ala, kita dah xda masa.Sebenarnya Wak Leman tu tak mahu lambat-lambat nanti Aida tu tahu rosak abis semua rancangan.Pakai baju ni nanti orang tak perasan sangat kita nak kawin.Malas lah kalau semua orang tahu.Macam-macam tohmahan mereka nanti.Kalau dah kawin,lain lah cite."Jelas Muaz.Sebenarnya Muaz budgetnya tak cukup untuk membeli pakaian kahwin Rina.Dia tak penting sangat bunga manggar ke,bunga telur ke pelamin ke yang penting ada tok kadi dan saksi-saksi dah memadai..Aduhai Muaz,kau ingat Rina tu janda ke..kalau janda pun takda lah sampai macam tu.Kesian Rina macam mak turut je.Memang lah Muaz ni pentingkan diri sendiri je seperti dakwaan Rizal.
                         
                     Setibanya rombongan pengantin bagi pihak Muaz,tak ada sesiapa pun dari pihak perempuan ingin menyambutnya pada malam itu.Dah puas pihak sebelah lelaki menunggu di tepi jalan untuk berangkat namun satu batang hidung pun tak ada kelihatan. Mereka merasa sesuatu yang tidak kena dan merasa diaibkan oleh pihak keluarga Rina. Tetapi dengan nekad anak jantan Muaz memberanikan diri selaku pengantin dan selaku ketua rombongan dia gagahi diri memberi salam.Jamil memunculkan diri dan menjemput masuk.Kelihatan ada beberapa wakil perempuan membawa pahar berisi Quran dan album wang hantaran. Siibu membawa pahar berisi cincin belah rotan.Sunyi sepi di perkarangan rumah Jamil persis upacara pengkebumian kematian lagaknya.Rina hanya mengintai dari dalam bilik yang hanya ditemani seorang anak saudaranya. Kakak dan adik beradiknya yang lain serta saudara mara tidak dapat pulang dan kalau dapat pulang pun ,saja mereka tak mahu menghadirkan diri kerana membantah akan perkahwinan Rina dengan Muaz.Kasihan Rina,sudahlah tak ada ibu dan ayah hanya yang ada abang,adik bongsu dan kakak-kakaknya sahaja.itu pun hanya kakak sulungnya saja yang hadir.Jamil sudah tentu akan menjadi wali perkahwinannya.Perkahwinan Rina terlalu ringkas umpana kenduri doa selamat. Tiada tajaan dari mana-mana badan sukarela atau perseorangan,tiada kompang dan silat, tiada bunga manggar mengiringi laluan,tiada baju pengantin yang membalut badan, ,tiada pelamin  indah untuk dinobatkan sebagai raja sehari,.Tiada teman-teman yang mengiringi ,mencuit serta mengusik nakal di hari perkahwinannya.Tiada perakam video dan jurugambar untuk merealisasikan hari bersejarahnyanya agar menjadi kenangan terawal dan terakhir kehidupannya sebagai remaja. " Rina,kau jangan lupa jemput kami kalau kau kawin  dengan Halim,nanti kami nak sewa dua buah bas express. Lepas tu kami nak bergambar banyak-banyak nak masuk dalam youtube muka kau yang cantik jelita tu. Tak sabar rasanya nak tengok bagaimana jurumekup tu menyolek muka kau.Kalah Siti Nurhaliza. Kami dapat bayangkan itulah hari yang paling bersejarah dalam hidup kau Rina.Pelamin indah turut tersenyum dan berbangga kerana duduknya seorang puteri jelita di atasnya" pesan rakan sepejabat Rina suatu waktu dulu.Tiba-tiba airmatanya mengalir laju membasahi pipinya yang baru disapu dengan bedak nipis.Dia menangis keseorangan tanpa ada sesiapa yang sudi menyapu airjernih yang mengalir tak berhenti-henti itu.Cepat-cepat diseka airmatanya dengan selendang putih agar matanya tidak bengkak dan berair.
                   "Rinaaaaa........" tiba-tiba lamunannya terhenti bila tiba-tiba namanya di panggil oleh kakak iparnya. " Rina ok ke? Kenapa tak pakai sarung kaki,nanti nak duduk nampak kaki tak bagus,nah ambik ni pakai lepas tu keluar nak sarung cincin" kata isteri Jamil sambil berlalu keluar.Rina keluar sambil kepalanya tunduk ke lantai.Dia malu dan tidak mahu hadirin melihat matanya yang merah dan bengkak.Kelihatan ada sebilangan penduduk kampung yang duduk bersila berketayap dan berkain pelekat.Mereka semuanya jemaah masjid. Mereka terpinga-pinga kerana pada awalnya Jamil mengatakan di rumahnya ada buat majlis doa selamat.Tiba-tiba ada kadi dan beberapa saksi serta pengantin pula. Apa semuanya ini? Doa selamat apa macam ni,nak kawin adik ke apa si Jamil ni. Tapi kenapa majlisnya macam terdesak je,apa yang berlaku pada Rina, sehingga buat majlis ala kadar je. Macam ada sesuatu yang tak kena,atau...Rina dah.....
                      " Aku  nikah akan dikau Rina Azrina binti Malek dengan Abdul Muaz bin Hj. Sahidan dengan mas kawinnya sebanyak 80 ringgit tunaiii...."sambil tangan kadi menggenggam erat tangan Muaz lalu dengan sekali lafaz diulangi semula oleh Muaz dengan jelas dan tepat.Dan disambut sah oleh para jemaah. Maka bermulalah episod pertama Rina sebagai suri dalam hidup Muaz. ~ bersambung ~