Friday, 6 December 2013
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 8
Tarikh perkahwinan yang Muaz telah tetapkan sudah hampir dekat.Hendak tempah baju pengantin dan berbagai kelengkapan perkahwinan pun sudah terlalu sesak.Rina masih lagi terkaku tak tahu hendak buat apa.Dia masih lagi dalam kebingungan macam orang mamai bangkit dari tidur.Percaya dengan tidak apa yang dirancang oleh Muaz itu.Kadangkala terdetik sayang dan rindu pula terhadap Muaz,entah kenapa.Wajah Halim sudah lama lenyap dari ingatannya.Tak sabar dia hendak hidup bersama dengan Muaz lelaki yang baru bertahta dalam hidupnya. "Nah ambik batik hijau ni g tempah cepat nanti tak siap pula.Wak Leman kata kita mesti nikah pada tarikh yang dia bagi tu.Katanya bagus dan selamat dari bala bencana."tiba-tiba suara Muaz muncul dari belakang Rina yang asyik mengelamun di meja pejabatnya.Entah waktu bila dia sampai Rina pun tak perasan.Sambil menghulurkan beg plastik yang berisi kain sutera hijau muda pucuk pisang kepada Rina tangannya sempat mencubit pipi gebu gadis di depannya.Cepat-cepat Rina menepis dan menyapunya kembali." ni untuk apa?,kenapa pakai kain macam ni? Kata nak kawin." tanya Rina kebingungan. " Ala, kita dah xda masa.Sebenarnya Wak Leman tu tak mahu lambat-lambat nanti Aida tu tahu rosak abis semua rancangan.Pakai baju ni nanti orang tak perasan sangat kita nak kawin.Malas lah kalau semua orang tahu.Macam-macam tohmahan mereka nanti.Kalau dah kawin,lain lah cite."Jelas Muaz.Sebenarnya Muaz budgetnya tak cukup untuk membeli pakaian kahwin Rina.Dia tak penting sangat bunga manggar ke,bunga telur ke pelamin ke yang penting ada tok kadi dan saksi-saksi dah memadai..Aduhai Muaz,kau ingat Rina tu janda ke..kalau janda pun takda lah sampai macam tu.Kesian Rina macam mak turut je.Memang lah Muaz ni pentingkan diri sendiri je seperti dakwaan Rizal.
Setibanya rombongan pengantin bagi pihak Muaz,tak ada sesiapa pun dari pihak perempuan ingin menyambutnya pada malam itu.Dah puas pihak sebelah lelaki menunggu di tepi jalan untuk berangkat namun satu batang hidung pun tak ada kelihatan. Mereka merasa sesuatu yang tidak kena dan merasa diaibkan oleh pihak keluarga Rina. Tetapi dengan nekad anak jantan Muaz memberanikan diri selaku pengantin dan selaku ketua rombongan dia gagahi diri memberi salam.Jamil memunculkan diri dan menjemput masuk.Kelihatan ada beberapa wakil perempuan membawa pahar berisi Quran dan album wang hantaran. Siibu membawa pahar berisi cincin belah rotan.Sunyi sepi di perkarangan rumah Jamil persis upacara pengkebumian kematian lagaknya.Rina hanya mengintai dari dalam bilik yang hanya ditemani seorang anak saudaranya. Kakak dan adik beradiknya yang lain serta saudara mara tidak dapat pulang dan kalau dapat pulang pun ,saja mereka tak mahu menghadirkan diri kerana membantah akan perkahwinan Rina dengan Muaz.Kasihan Rina,sudahlah tak ada ibu dan ayah hanya yang ada abang,adik bongsu dan kakak-kakaknya sahaja.itu pun hanya kakak sulungnya saja yang hadir.Jamil sudah tentu akan menjadi wali perkahwinannya.Perkahwinan Rina terlalu ringkas umpana kenduri doa selamat. Tiada tajaan dari mana-mana badan sukarela atau perseorangan,tiada kompang dan silat, tiada bunga manggar mengiringi laluan,tiada baju pengantin yang membalut badan, ,tiada pelamin indah untuk dinobatkan sebagai raja sehari,.Tiada teman-teman yang mengiringi ,mencuit serta mengusik nakal di hari perkahwinannya.Tiada perakam video dan jurugambar untuk merealisasikan hari bersejarahnyanya agar menjadi kenangan terawal dan terakhir kehidupannya sebagai remaja. " Rina,kau jangan lupa jemput kami kalau kau kawin dengan Halim,nanti kami nak sewa dua buah bas express. Lepas tu kami nak bergambar banyak-banyak nak masuk dalam youtube muka kau yang cantik jelita tu. Tak sabar rasanya nak tengok bagaimana jurumekup tu menyolek muka kau.Kalah Siti Nurhaliza. Kami dapat bayangkan itulah hari yang paling bersejarah dalam hidup kau Rina.Pelamin indah turut tersenyum dan berbangga kerana duduknya seorang puteri jelita di atasnya" pesan rakan sepejabat Rina suatu waktu dulu.Tiba-tiba airmatanya mengalir laju membasahi pipinya yang baru disapu dengan bedak nipis.Dia menangis keseorangan tanpa ada sesiapa yang sudi menyapu airjernih yang mengalir tak berhenti-henti itu.Cepat-cepat diseka airmatanya dengan selendang putih agar matanya tidak bengkak dan berair.
"Rinaaaaa........" tiba-tiba lamunannya terhenti bila tiba-tiba namanya di panggil oleh kakak iparnya. " Rina ok ke? Kenapa tak pakai sarung kaki,nanti nak duduk nampak kaki tak bagus,nah ambik ni pakai lepas tu keluar nak sarung cincin" kata isteri Jamil sambil berlalu keluar.Rina keluar sambil kepalanya tunduk ke lantai.Dia malu dan tidak mahu hadirin melihat matanya yang merah dan bengkak.Kelihatan ada sebilangan penduduk kampung yang duduk bersila berketayap dan berkain pelekat.Mereka semuanya jemaah masjid. Mereka terpinga-pinga kerana pada awalnya Jamil mengatakan di rumahnya ada buat majlis doa selamat.Tiba-tiba ada kadi dan beberapa saksi serta pengantin pula. Apa semuanya ini? Doa selamat apa macam ni,nak kawin adik ke apa si Jamil ni. Tapi kenapa majlisnya macam terdesak je,apa yang berlaku pada Rina, sehingga buat majlis ala kadar je. Macam ada sesuatu yang tak kena,atau...Rina dah.....
" Aku nikah akan dikau Rina Azrina binti Malek dengan Abdul Muaz bin Hj. Sahidan dengan mas kawinnya sebanyak 80 ringgit tunaiii...."sambil tangan kadi menggenggam erat tangan Muaz lalu dengan sekali lafaz diulangi semula oleh Muaz dengan jelas dan tepat.Dan disambut sah oleh para jemaah. Maka bermulalah episod pertama Rina sebagai suri dalam hidup Muaz. ~ bersambung ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment