Tuesday, 26 June 2012
PERANGILAH NAFSUMU SENDIRI....
Manusia tdak perlu bersaing sesama manusia, tetapi manusia perlu bersaing dgn diri sendiri. Bersaing dgn diri sendiri adalah jihad paling besar. Jihad memerangi nafsu masing2. Jgn sibuk ingin bersaing dgn musuh lain andai nafsu sendiri belum mampu ditawan.
~Itulah erti hidup berasaskan perjuangan. Andai hidup ini asasnya persaingan sesama manusia, maka syurga itu adalah tempat insan yg berjaya mengalahkan penghuni neraka. Namun, Allah itu Maha Penyayang lagi Adil, pemilik mutlak 99 nama suci. Allah menetapkan bahwa penghuni syurga adalah mereka yg menang dlm berjuang. Berjuang melawan nafsu masing2.
Bukan pemenang mengalahkan manusia lain!
Monday, 25 June 2012
KITA UMPAMA PENSIL.....
Saya tak akan jadi pasangan yang sempurna untuk awak, tapi saya akan berusaha menjadi yang terbaik.
Saya takkan berjanji untuk cinta awak sepenuh hati saya, sebab saya nak letak Allah penuh-penuh dalam hati ini dan baru awak.
Saya takkan berjanji untuk takkan buat awak menangis, tapi bila saya ada saya akan cuba seka setiap air mata yang menitis semampu saya.
Saya takkan beri harapan untuk bersama awak selama-lamanya, sebab suatu hari saya akan pergi juga.
Saya akan ajar awak, tiada jaminan atas setiap perkara yang berlaku. Hidup kita umpama pensil. Pasti ada yang memegang hidup kita, iaitu Allah. Jangan berharap pada hidup. Biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya, tapi itu masih tak cukup. Kita kena ajar diri, there is no guarantee in life.
Tapi satu perkara yang saya pasti,
saya nak jumpa awak kat syurga nanti.. :)
Sunday, 24 June 2012
MANUSIA YANG DIKASIHI ALLAH IALAH YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN
Muhamad Razeef Che Shamah :Rasulullah bersabda, maksudnya: “Manusia yg paling dikasihi Allah ialah org yg memberi manfaat kpd org lain & amalan yg paling disukai oleh Allah ialah mnggembirakn hati org² Islam @ menghilangkan kesusahan daripadanya @ menunaikan keperluan hidupnya di dunia @ memberi makanan org yg lapar. Perjalananku bersama saudaraku yg muslim utk menunaikan hajatnya adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dlm masjid ini selama sebulan & sesiapa yg menahan kemarahannya sekalipun ia mampu utk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dlm hatinya pd hari Qiamat & sesiapa yg berjalan bersama² saudaranya yg Islam utk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akn tetapkan kakinya(ketika melalui pd hari Qiamat) & sesungguhnya akhlak yg buruk akn merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.
” (Riwayat Abu Dawud
NASIHAT AL-HABIB ALI AL-JUFRI
Penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka ( lemah dalam ujian ), kemudian ingin kembali kepada Allah . . . kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian kembali semula kepada Allah . . . ini adalah beritan gembira kepada mereka kerana menandakan "Iman kuat di hati mereka". Iaitu mereka sangat menyintai Allah, selama mana mereka menyintai Allah . . . ketahuilah bahawa Allah juga menyintai mereka. "Allah menyintai mereka . . . dan mereka juga menyintai Allah".
Demi Allah wahai saudaraku, jika Allah tidak menyintai kamu . . . Dia tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu "perasaan kepedihan". Ini adalah perasaan yang kita rasakan "aku ada melakukan kesalahan".
Perkara yang lebih bahaya dari "maksiat" adalah "terus menerus melakukan maksiat".
Rasulullah SAW bersabda; "tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar sekalipun kembali kepada maksiatnya 70 kali".
Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu kedalam Neraka . . . bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke Syurga?
Maka pada setiapkali kamu terasa diri menguasai kamu . . . dan syaitan telah merampas kehormatan kamu . . . baliklah ke rumah terus berwuduk, solat 2 rakaat dan dalam sujud, katakanlah . . .
"ya Allah . . . diriku menjadi sangat dekat dengan Engkau ketika sujud, tetapi aku mengadu pada Mu segenap jiwa ragaku dan aku memohon pada Mu bawalah hatiku serta diriku kepada Mu sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan Mu sehingga aku berpisah dari maksiat ini. Berdoalah kepada Allah dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. berdoalah dengan bahasa yang kamu faham. mengadulah tentang diri kamu kepada Allah. Letakkan dan campakkan diri kamu dihadapan pintu Allah. Ketahuialah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula . . . selesai sahaja solat kamu . . . Allah telah mengampun dosa-dosa kamu.
Selepas tu, perlulah ambil langkah pencegahan. Apakah yang membawa kamu ke arah dosa? jauhi mereka yang berkelakuan jahat yang memudahkan kamu membuat jahat/dosa. Menjauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan kerana kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu.
Sesuatu kewajipan yang ditinggalkan . . . cuba laksanakannya. Sesuatu yang salah dipandangan Islam . . . cuba ubahkannya.
♥ PESANLAH PADA HATIMU<3
Belajar untuk kehilangan dia , andai dia bukan jodohmu ... Belajar untuk tabah , andai dia pergi dari hidupmu ... Belajar untuk menerima hakikat yang dia bukan milikmu ... Belajar untuk berhenti mencintai dia , andai cinta dia bukan untukmu ... Belajar utk melupekan dia , andai dia tak mengingatimu ... Belajar untuk menerima cinta lain , kerana dia hanye tinggal kenangan ... * belajarlah dekatkan diri kepada ALLAH itu jauh lebih baik ! hanya DIA yang mampu buat kita melupakan insan yang pernah menyakiti hati kita *
DAKWAH,MENGAJAK MANUSIA KE ARAH KEBENARAN
Kejayaan kita sebagai manusia hanyalah dalam beragama, iaitu sejauh mana kita dapat taat perintah Allah taala dengan cara yang telah d tunjukkan oleh Nabi SAW . . . cara hidup yang lain sedikitpun tidak akan membawa kejayaan pada kita . . . bukan sahaja di dunia ini . . . malah di akhirat kelak.
Allah taala Maha Berkuasa . . . makhluk sedikitpun tiada kuasa . . . siapa makhluk?? selain daripada Allah taala . . . semuanya makhluk. Allah taala tanpa "apa-apa sahaja" mampu "buat apa-apa sahaja" . . . boleh buat . . . tanpa asbab,berlawanan dengan asbab juga dengan asbab.
Tanpa asbab . . . sebagaimana kejadian Nabi Adam As (tanpa ibu dan bapa)
Berlawanan dengan asbab . . . sebagaimana kelahiran Nabi Isa As (tanpa bapa)
Dengan asbab . . . sebagaimana kita semua ni,melalui ibubapa kita.
Walaupun seluruh makhluk berkumpul untuk beri manafaat pada seseorang . . . tapi Allah taala tak izinkan maka dia takkan dapat manafaat . . . dan seandainya jika seluruh makhluk berkumpul untuk beri mudharat pada seseorang . . . namun Allah taala tak izinkan . . . yakinlah sedikitpun tiada berlaku mudharat atasnya. LAAILAHAILLALLAH !!!
Hari ini kita kurang bercakap tentang kebesaran Allah taala . . hingga kebesaran selain Allah taala telah bersarang dalam hati kita. Hati kita ini umpama satu mangkuk . . . jika mau di masukkan air yg bersih, perlu di buang air yg kotor . . .ulama beritahu . . . hari-hari kita perlu cakap tentang kebesaran Allah taala. Maka barulah ia akan masuk dalam hati kita . . Insyaallah.
Manusia . . jika dia tidak di sibukkan dengan perkara yang hak . . . maka dia akan jadi sibuk dengan perkara yang batil. Kita cakap selalu perkara yang hak . . . yang batil akan keluar dalam diri kita.
Dakwah . . . mengajak manusia kepada Allah taala . . . seumpama kita cuci baju . . . yang pertama akan bersih adalah tangan kita. Lalu . . . bila kita ajak manusia kepada Allah taala . . . maka yg pertama terkesan ialah hati kita sendiri . . . diri kita sendiri . . . Insyaallah.
Para Shababat RA faham akan perkara ini . . . DAKWAH . . . ajak manusia kepada Allah taala adalah kerja mereka . . . perniagaan bukan kerja, ini keperluan . . . pertanian bukan kerja, ini keperluan. Sekarang semua manusia faham bila pagi masuk kerja jam 9 . . . keluar jam 5 . . . tapi tak paham . . . "kamu adalah umat yang terbaik,yang mengajak manusia kepada kebenaran . . . melarang keburukan."
Satu ketika Jibril As telah bertanya pada Nabi SAW . . . siapakah yang lebih mulia . . . AGAMA?? atau BAGINDA SAW?? . . . jawab Nabi SAW,"sesungguhnya AGAMA ini lebih mulia dariku, kerana daku telah di susahpayahkan atas AGAMA ini."
Oleh itu . . . kita perlu sediakan diri kita . . . mahram kita untuk buat kerja ini . . . buat DAKWAH niat bukan ISLAH orang tapi diri sendri. Perlu rasa agama lebih bernilai dari segala-galanya . . . lebih penting dari seluruh perkara di dunia ini. INSYAALLAH..
DOAKU UNTUKMU
Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan
Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 2. Keangkuhan 3. Dendam
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 2. Keikhlasan 3. Kejujuran
Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang 2. Cinta 3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti:
1. Kekayaan 2. Kejayaan 3. Mimpi
Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorg :
1. Komitmen 2. Ketulusan 3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 2. Kemahuan 3. Fokus
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki 2. Umur 3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua 2. Sakit 3. Kematian.
Ya اللّÙ‡ , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang..maka sayangilah dia serta kasihilah dia..bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya..murahkan rezekinya.. sihatkan tubuh badannya..jika dia melangkah, selamatkanlah dia..permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..
الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ رَبَّ ÙŠَا ..آمِÙŠّÙ†ْ..آمِÙŠّÙ†ْ..آمِّÙŠْÙ†َ
Kirimlah kpd sahabat ² yg kamu SAYANGI..
اللّÙ‡ُ Ø¡َ Ø´َØ¢ Ù†ْ اِ
Hidupmu juga akan bahagia kerana mereka juga mendoakanmu..amin.. AMIN-AMIN YA RABAL’ALAMIN
BERSIKAP IKHLAS LAH TERHADAP KITAB ALLAH
Ikhlas,kepada Allah ialah percaya dengan bersungguh-sungguh bahawa kitab itu ialah Kalam Allah yang tidak serupa dengan kalam makhlukNya. Tidak seorang pun diantara makhluk yang sanggup membuat kitab sebagai AlQuran yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w untuk menjadi pegangan kita semua. Kita baca dan kita faham isinya,kita junjung dan kita sucikannya.
Kita perhatikan dengan hati yang kusyuk dan kita baca dengan fasih dengan huruf yang bermakhraj dan dengan tajwid yang lengkap supaya terpelihara Ia dari Tahrib(diputarkan) dan Tabdil (diganti). Benar apa yang tersebut di dalamnya,ikut hukumnya yang ada di sana,faham kandungan dan maksudnya,selidiki yang umum dan yang khususnya. Fahamilah juga Nasakh dan Mansuhnya,Mujmal dan Mukaiyadnya,Taslim (diserahkan) kepada Allah dalam hal ayat-ayat yang Mutashabihah (ayat yang tidak difahami maksudnya).
SIAPAKAH WANITA ITU.......?
Wanita,yang disebut juga perempuan,puteri,isteri,ibu adalah sejenis makhluk dari bangsa manusia yang halus kulitnya,lemah sendi tulangnya dan agak berlainan bentuk serta susunan tubuhnya dengan bentuk dan susunan tubuh lelaki.Ia didjadikan oleh Tuhan seru sekalian alam -sejak dari asal mula kejadiannya didunia ini -adalah untuk pasangan bagi lelaki,yg mana guna menyempurnakan peraturanNya yang dikehendaki olehNya,ialah berlangsungnya makhluk bangasa manusia dimuka bumi yang indah ini sampai pada masa yang telah ditentukan.Lelaki tidak akan tenteram dan tenang hidupnya dimuka bumi ini jika tidak berkawan hidup dengan wanita,dan begitu juga dengan wanita pun demikian juga,kerana dari asal kejadiannya telah diberi tabiat demikian dan demikianlah terjadinya berpasang-pasangan,perjodohan dan pperkahwinan antara keduanya untuk melangsungkan kekekalan bangsa manusia,dan meramaikan serta mengatur segala sesuatu yang ada didunia ini.
Allah menjadikan wanita agak berlainan bentuk susunan badannya dan berlainan pula kekuatannya.Dan juga ada perbezaan akal dan fikirannya.Perbezaan itu tentunya mengandungi hikmah dan kepentingannya yang mana tidak boleh dibantah dan disangkal lagi.Dengan perbezaan ini mereka berdua dapat saling cinta mencintai,sayang-menyanyagi dan selanjutnya dapat juga masing2 kuasa menguasai.Andaikata diri kedua-dua nya tidak dijadikan berlainan corak dan sifatnya tidak akan mungkin digambarkan mereka dapat beercampur dan sepakat sedikitpun,kerana peraturan yg berlaku dimuka bumi ini adalah telah didasarkan atas "..tidak bersamaannya segala sesuatu.."tetapi pasti diadakan perbezaan yang jelas dan terang antara beberapa macam dan jenis,agar yg kuat dpt menolong yang lemah dan yg lemah dpt menolong yang kuat,lalu satu dgn yg lainnya timbul rasa ssayang -menyayangi dan cinta-mencintai,tolong-menolon
JODOH...USAH MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA
Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')
Monday, 18 June 2012
BERSIKAP IKHLASLAH TERHADAP ALLAH
Ikhlas kepada Allah,hanya semata-mata percaya kepada Allah,tidak kepada yang lain dan jangan sesekali menyekutukan dengan yang lain pada zatNya,pada sifatNya dan pada AfalNya.Hadaplah kepadaNya segala sifat kesempurnaan yang penuh,hindarkan dari sifat kekurangan serta taat mengikut perintahNya.Jauhilah segala laranganNya dan jangan sesekali derhaka kepada Allah.
Cinta kepada sesuatu kerana Allah dan benci kepada sesuatu kerana Dia. Bersahabatlah dengan orang yang taat kepada Allah. Bermusuhlah dengan orang yang melawanNya. Lawanlah orang-orang kafir serta akui nikmat dan kebesaranNya. Berterimakasih serta bersyukur di atas apa yang diberikanNya serta sabar dalam menghadapi segala ujian dan cabaran. Sentiasalah menyeru nama Allah dan jangan sesekali meminta pertolongan selain dariNya. Cintailah sesama manusia bukan sebab mereka itu manusia,tetapi sebab mereka itu makhluk Allah." Barang siapa yang mengharapkan hendak bertemu dengan Tuhannya hendaklah dia mengamalkan amalan soleh dan jangan sekali-kali menyekutukan Allah dalam beribadat kepada Tuhan dengan yang lain" (Al-Kahfi:110)
Subscribe to:
Posts (Atom)