CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 18 June 2012


BERSIKAP IKHLASLAH TERHADAP ALLAH


Ikhlas kepada Allah,hanya semata-mata percaya kepada Allah,tidak kepada yang lain dan jangan sesekali menyekutukan dengan yang lain pada zatNya,pada sifatNya dan pada AfalNya.Hadaplah kepadaNya segala sifat kesempurnaan yang penuh,hindarkan dari sifat kekurangan serta taat mengikut perintahNya.Jauhilah segala laranganNya dan jangan sesekali derhaka kepada Allah.


Cinta kepada sesuatu kerana Allah dan benci kepada sesuatu kerana Dia. Bersahabatlah dengan orang yang taat kepada Allah. Bermusuhlah dengan orang yang melawanNya. Lawanlah orang-orang kafir serta akui nikmat dan kebesaranNya. Berterimakasih serta bersyukur di atas apa yang diberikanNya  serta sabar dalam menghadapi segala ujian dan cabaran. Sentiasalah menyeru nama Allah dan  jangan sesekali meminta pertolongan selain dariNya. Cintailah sesama manusia bukan sebab mereka itu manusia,tetapi sebab mereka itu makhluk Allah." Barang siapa yang mengharapkan hendak bertemu dengan Tuhannya hendaklah dia mengamalkan amalan soleh dan jangan sekali-kali menyekutukan Allah dalam beribadat kepada Tuhan  dengan yang lain" (Al-Kahfi:110)

No comments:

Post a Comment