CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Saturday, 21 July 2012





FAHAMILAH HAKIKAT HIDUP KITA


"Apabila engkau berada di waktu petang,janganlah menanti hingga ke pagi,dan apabila engkau berada di waktu pagi,janganlah pula menanti hingga ke petang.Gunakan masa sihatmu sebelum engkau sakit dan masa hidupmu sebelum engkau mati"(H.R.Bukhari)


Cuba kita renungkan betapa bijaknya Rasulullah s.a.w memberi pengertian tentang hidup di dunia sebagai sebuah pengembaraan atau perjalanan yang singkat,dengan kata-kata yang bernas,yang sarat dengan ilmu dan hikmah. Abdullah Bin Umar menerima kata-kata ini dengan kefahaman yang mendalam dan mantap mengenai hakikat hidup yang singkat ini supaya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Jangan asyik berangan-angan membuang waktu dengan sia-sia,tetapi isilah hidup dengan kerja-kerja yang bermanfaat bagi diri dan masyarakat untuk mencari keredhaan Allah.


Betapa pentingnya kefahaman tentang hakikat hidup ini,dapat kita lihat pada peribadi seorang sahabat ketika dia hidup di zaman jahiliyyah  (belum tahu hakikat hidup) dan selepas beliau masuk islam (sudah faham hakikat hidup).Beliau ialah Khansaa' R.A. Di zaman jahiliyyah beliau mendapat musibah dengan kematian saudaranya Sakhar.Beliau amat sedeh dan berdukacita. Hampir saja dia membunuh diri apabila mendengar berita kematian saudaranya di dalam peperangan antara kabilah,kerna pada waktu itu beliau tidak faham erti hidup. Baginya itulah segala-galanya,tidak ada hari esok baginya,lorong yang sempit itu sahajalah yang menjadi tanah airnya. Tetapi setelah beliau masuk islam dan beliau telah faham hakikat hidup yang sebenarnya,apabila diberitahu,keempat-empat orang anaknya yang menyertai peperangan Qadisiah telah gugur sebagai syahid,beliau dengan tenang berkata: "Saya bersyukur kepada Allah yang telah memberikan kehormatan kepada saya dengan terkorbannya semua anak-anak saya. Semuga Allah menghimpunkan kami di syurga yang penuh dengan limpahan rahmatNya"

No comments:

Post a Comment