CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 16 July 2012





KETAHUILAH JASADMU WAHAI SAHABAT FILLAHKU

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.


Jasad manusia berasal dari tanah dan setelah Allah meniupkan roh kepadanya sempurnalah kejadiannya sebagai manusia .Roh adalah faktor yang lebih dominan dan khulud dalam diri manusia,kerana ia kekal melintasi pelbagai alam,sejak dari alam ghaib,alam rahim,alam dunia,sampai ke alam barzakh dan alam akhirat.Dan pada roh itu jugalah terdapatnya potensi-potensi akal,nafsu,perasaan kemahuan dan sebagainya.Dengan potensi jasad dan roh itulah manusia menjadi makhluk yang paling sempurna kejadiannya. Firman Allah: 


"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk kejadian yang sebaik-baiknya" (Q.S:At-Thiin :4)
Yakni paling sempurna keadaan fizikal atau bentuk jasmaninya berbanding dengan makhluk lain yang mempunyai hayat,dan paling sempurna pula susunan rohaninya. Dia mempunyai pancaindera yang unik untuk menghubungkannya dengan alam luarnya. Dia mempunyai nafsu sebagai pendorong untuk memperlengkapi keperluan hidup dan memelihara jenis dan keturunannya. Dia mempunyai akal sebagai pendorong untuk berfikir.Mempunyai hati untuk merasa.Mempunyai dhamir atau hati nurani untuk menjauhi yang buruk dan menuju kepada yang baik. Dengan segala unsur-unsur jasmaniah dan rohaniah itu ,manusia mengandungi bakat dan kelayakan untuk meningkat kepada taraf yang lebih tinggi,lebih indah dan lebih murni,sekiranya unsur-unsur itu dipergunakan dan berkembang selaras dengan sunnatullah atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah dalam penciptaan manusia.


Namun begitu manusia mempunyai kecenderungan untuk turun ke martabat yang rendah seperti haiwan,sekiranya manusia mengabaikan dan tidak mempergunakan potensi-potensi jasmaniah dan rohaniah itu sesuai dengan sunnatullah yang berlaku. Iaitu apabila nafsu terlepas dari kendali akal dan hati nuraninya,ataupun nafsu menguasai akal,sedang hati nuraninya membisu seribu bahasa,maka ketika itu laku perbuatan manusia lebih rendah dari haiwan seperti dalam firmanNya:


"Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya" ((Q.S:At-Thiin :5)


SELAMAT BERAMAL

No comments:

Post a Comment