CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 24 September 2012




SEBUAH KISAH DIPETIK DARI CERAMAH MURABBI.


Fudholah bin Umair mahu membunuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dia mengambil peluang ketika Baginda sedang tawaf di Ka'bah. Hampir sahaja dia berpeluang mengangkat senjatanya, dia terkejut kera

na Baginda memandangnya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya sambil tersenyum: "Apa yang kamu sedang bicarakan di dalam hatimu wahai Fudholah?."

Fudholah segera menjawab: "Eh, tak de apa² wahai Rasulullah. Saya sedang berzikir kepada Allah & sedang melakukan tawaf."

Rasulullah diam & meneruskan tawafnya. Fudholah pun mengikuti di belakang Baginda dari jarak dekat dengan tujuan asalnya iaitu MAHU MEMBUNUH BAGINDA صلى الله عليه وسلم.

Soalan & jawapan yang sama ini berlaku 3kali. Masuk kali ke 3, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menoleh kepada Fudholah dengan senyuman lagi & meletakkan tangannya yang mulia itu di atas dada Fudholah yang dipenuhi dengan kebencian & api kemarahan yang meluap².

Fudholah berkata: "Demi Allah di saat Rasulullah meletakkan tangannya di atas dadaku, tidak ada manusia yang PALING aku benci di atas muka bumi ini melebihi dirinya. Namun setelah tangan itu diangkat dari dadaku, tidak ada manusia yang PALING AKU CINTAI di atas muka bumi ini melebihi dirinya."

Allahu Allah, shollu a'la an-Nabiyy,
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
--------------------------------------------------------

Kesimpulan yang sangat terkesan daripada Murabbi; Habib Ali Al-Jufri;

◆ HARI INI di luar sana RAMAI yang berpewatakan seperti Fudholah. Hati & jiwa yang penuh dengan kebencian, kemarahan & dendam.

◆ Namun mereka yang mewarisi sikap seperti Fudholah ini sebenarnya SANGAT² MEMERLUKAN orang² yang mewarisi sikap & akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mereka perlukan orang yang dapat membantu mereka, menyelamatkan mereka & dapat membersihkan jiwa mereka dari penyakit² hati itu.

Sahabat, Habib Ali berkata: "mereka yang mewarisi sikap Fudholah itu MEMERLUKAN kalian yang mewarisi sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم." Allahu Allah :(

Inilah JIHAD yang perlu kita perjuangkan di zaman ini iaitu sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم: "KALIMAH yang BAIK itu SEDEKAH." Allahu akbar.

Di dunia ini ada BETUL & ada SALAH. Bukan mu'min yang sebenar jika yang salah dikatakan betul & yang betul dikatakan salah. Betul tetap betul & salah tetap salah.

✉ Jika BETUL <--- kita terima & kita sokong.

✉ Manakala jika SALAH <--- kita tolak & kita tentang.

Namun tentanglah ia dengan hikmah, tentanglah ia dengan niat membetulkan, tentanglah ia dengan sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم & tentanglah ia dengan penjelasan yang berilmiah.

Bukan menentang dengan kebencian. SALAH tetap SALAH, namun CARA penolakan itu perlu berhikmah.

Sahabat, ISLAM itu AGAMA NASIHAT & PENUH MAHABBAH ツ.

الله الله الله
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصبحه وسلم

Saturday, 22 September 2012




HADIS KEDUA PULUH LAPAN

28- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَ

تَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ. (البخاري والترمذي)

28 - Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.

(Bukhari dan Tirmizi)



GODAAN SYAITAN YANG BERJAYA 'MENELANJANGI' ANAK ADAM DAN HAWA



Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. 

Berikut a

dalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273).

Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.”

Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka.

Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan 



Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada 



Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang 



Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat, Agak di Buka Sedikit 



Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit 



Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit 



Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis 



Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis 



Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman." Begitu juga berapa ramai wanita bertudung yang membonceng motosikal suami terangkat kain yang mendedahkan betis mereka untuk tatapan bukan mahram....

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

BATASAN AURAT WANITA:
Dalil-dalil tentang Aurat Wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR
Abu Dawud]


BAGAIMANA AL FATIHAH DI BELAKANG IMAM


Ada pandangan menyatakan makmum wajib membaca al-Fatihah di belakang imam, berdasarkan hadis berikut: “Sesiapa yang mempunyai imam (ketika solat), maka bacaan imam adalah bacaannya.” (Riwayat al-Dar Qutni)

Ini berdasarkan kepada hadis yang berikut:

Rasullah s.a.w. menunaikan solat Subuh di mana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala 

tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud: “Aku dapati kamu membaca (al-Quran) di belakang imam kamu.” Sahabat menjawab: “Ya mengapa, wahai Rasullah?” Baginda berkata: “Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan Umm al-Quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Rasullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua daripada al-Quran tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umn al-Quran (al-Fatihah) (Riwayat al-Dar Qutni, Ahmad)

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurut al-Hafiz Ibn Hajar yang bermaksud: “Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di belakangh imam).” (Nay al-Awtar, jil, 2, hlm. 511)

Kesalahan Biasa Ketika Membaca al-Fatihah

1. Membaca tanpa wakaf.

2. Berhenti (wakaf) di tempat yang dilarang berhenti.

3. Bertukar makraj huruf-huruf.

4. Melalaikan pembacaan di tempat yang perlu tasydid; iaitu di 9 tempat.

Menyebut ‘Amin’ di Akhir Al-Fatihah.

Lafaz ‘Amin’ bererti “perkenankanlah” disunatkan untuk makmum mengucapkan bersama-sama imam. Ia berdasarkan hadis Abu Hurairah yang bermaksud: “Apabila imam mengucapkan lafaz ‘Amin”, para malaikat turut sama mengaminkannya bersama-sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika imam lupa menyebut ‘amin’, para makmum boleh menguatkan “amin” bagi mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkara sunat. (Al-Mughini, jil 2, hlm. 38)

Saktah Sebelum dan Selepas al-Fatihah

Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah (berhenti sebentar) sebelum dan selepas membaca al-Fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Ia adalah ijtihad mazhab Syafi’I dan Hambali. (Al-Mughini, jil 2, hlm 40)



Sentuh HATI saya, bukan BADAN saya. Curi IKHLAS saya, bukan curi IMAN saya. Buatlah saya masuk SYURGA, bukannya humban saya ke NERAKA

Monday, 17 September 2012




BAHASA-BAHASA ISTANA


Almarhum -Allahyarham
Ampun -maaf
Anjung- ruang istana
Anugerah- hadiah
Ayap- makan, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Ayapan hidangan,- digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Balai- tempat menghadap atau bicara
Beradu- tidur
Berair- basuh tangan sebelum menjamah makanan
Beranggar- tempat duduk sementara
Berangkat- pergi
Berasa -sakit (digunakan khas kepada putera-puteri yang kecil)
Berasa ulu- sakit kepala
Bercemar duli- merendahkan diri
Berdaulat- mempunyai kuasa pemerintah
Beristirahat- berehat
Berputera -bersalin atau beranak
Bersiram- mandi
Bertakhta- bersemayam di atas
Bertelut -merendahkan diri dengan melutut
Bertitah -bercakap atau berkata
Beta -saya, dipakai oleh Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda masing-masing dalm tulisan atau pertuturan kepada rakyat
Bingkisan- surat
Cerap -ketahui, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Dato'- panggilan kehormatan dipakai kepada Orang Besar de-Lapan, dan orang-orang yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran itu
Dengan- tuah menerima sesuatu titah dengan niat akan menunaikannya
Dian- lilin
Didik -anak, kaedah Orang Besar-Besar dan orang kebanyakan membahasakan anak-anak buah yang muda kepada Raja
Diputerakan -dilahirkan
Disemadi- dikebumi
Duli Tuanku- debu, habuk di bawah tapak kaki Raja, sesuatu perkara yang hendak disampaikan kepada Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda
Engku- panggilan kepada Raja-Raja daripada Negeri Perak
Gada-gada- panji panji kecil yang diikatkan banyak-banyak pada tali dan digantung bersenggayut pada hari keramaian istiadat diraja
Gahara -sama setaraf atau keturunan Raja yang sebenar
Gering -sakit
Geta- bangku dewan atau bangku tempat duduk Raja
Gundik- isteri-isteri kedua Raja-Raja
Hamba- kaedah membahasakan diri di hadapan Raja
Hemat- pendapat
Hidangan- sajian
Hilang -meninggal dunia (digunakan khas untuk Raja-Raja kecil)
Ibni- bin
Istana -rumah kediaman
Istiadat- upacara
Jaga- bangun (dari tidur)
Jata -lambang
Jemala- batu kepala
Jenazah- mayat
Junjung kasih- terima kasih, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Junjung titah -menurut perintah Raja
Kami- saya, dipakai dalam pertuturan dan tulisan Paduka Seri Sultan kepada Raja-Raja, Orang Besar-Besar dan rakyat
Kaus -kerusi
Ke bawah- kepada
Kecerapan- keterangan
Kesyukuran- terima kasih
Kita -semua para hadirin, dipakai oleh Raja-Raja dan Orang Besar-Besar dalam pertuturan atau tulisan kepada orang-orang yang rendah mertabatnya daripada mereka
Ku -ya, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Kurang cerap- kurang periksa atau tidak tahu
Kurnia- beri atau hadiah
Majlis persantapan- majlis jamuan
Makam- kubur
Maktub -tulis
Mangkat- meninggal dunia
Mangku -memegang jawatan yang kosong sementara
Masuk Jawi- berkhatan atau bersunat
Memanda -perbahasaan dalam pertuturan dipakai oleh Raja-Raja merujuk kepada Orang Besar Negeri
Memohon ampuni limpah perkenan- meminta izin
Memurnikan- menyempurnakan
Mengampuni- bersetuju atau meluluskan
Menghadap- berjumpa atau berkunjung
Menginap- bermalam
Menyembahkan kesyukuran- mengucapkan terima kasih (khususnya kepada Raja Pemerintah)
Merafak- menyampai
Mika- engkau, dipakai dalam pertuturan antara yang berpendidikan tinggi mahupun berpangkat tinggi sahaja
Mohon-/Pohon minta
Mohon patik- meminta menolak sesuatu titah perintah atau persembahan
Murka- marah
Pacal- kaedah membahasakan diri di hadapan Raja
Pacal pondok -kaedah membahasakan isteri di hadapan Raja
Paduka- kalimah ini digunakan kepada Raja membahasakan yang sama sedarah dengannya
Pahar- talam emas atau perak khas untuk kegunaan Raja
Panca Persada -rumah panggung yang dibuat tempat permandian diraja
Panji -bendera
Patik- saya, perbahasaan dipakai dalam pertuturan atau tulisan oleh Orang Besar-Besar dan orang kebanyakan kepada Raja-Raja
Patik mohon- meminta izin meninggalkan majlis
Payung -anak Raja
Penanggahan- kawasan dapur istana
Perbaraan- perasapan
Perkenan- bersetuju
Persada- pentas tinggi
Persalinan- pakaian
Persembahan -penyampaian atau barang yang dihadiah
Puri- bilik tidur
Putera- anak laki-laki
Puteri- anak perempuan
Rimbit -mengandung atau hamil
Santap -makan
Santap -air minum
Seberhana -sepasang
Semayam- duduk
Sembah -mengangkat kedua-dua tangan ke dahi dengan merapatkan kesemua jari itu ke dahi sebagai tanda hormat
Senda -saya, dipakai dalam percakapan sahaja oleh Raja-Raja yang sama setaraf atau Raja-Raja pangkat muda kepada pangkat tua
Seperanak nasi- setengah jam
Sepiak pinang- sebentar lagi
Sila- jemput
Sungai besar- buang air besar
Sungai kecil- buang air kecil
Tapakan -tempat duduk tinggi di pertengahan balairong seri yang dikhaskan untuk Orang Besar-Besar dan orang kenamaan
Teman- pengiring orang yang berpangkat dan bermakna saya yang dipakai dalam pertuturan di antara Raja-Raja berpangkat tua kepada yang berpangkat muda
Tengku -perbahasaan dipakai kepada Orang Besar Ampat pada zaman dahulu
Tetampan- kain kuning tanda pangkat pelayan Raja dan diletakkan di atas bahu
Toh- dibahasakan sebagai 'Toh' dan bukan 'Tok' kepada Orang Besar Perak and Toh-Toh Muda
Toh Puan- perbahasaan panggilan kepada isteri pertama Orang Besar Negeri
Tuanku- tuan aku, bahasa panggilan di dalm pertuturan atau tulisan dipakai oleh Raja-Raja, Orang Besar-Besar, orang kebanyakan sekalian kepada Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir serta isteri gahara baginda
Tunggul- sejenis bendera istiadat
Ubun-ubun/ batu kepala
Ubur-ubur/ payung diraja
Ulu -kepala
Uzur- sakit, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Wali kain- tanda pangkat pelayan istana yang ditaruh di bahu
Warkah -surat, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Watikah- surat rasmi (daripada Raja-Raja yang memerintah)

Sunday, 16 September 2012




PRODUK UNTUK IMAN

Kita sering memikirkan apakah produk yang terbaik untuk rawatan wajah dan badan supaya nampak muda dan bertenaga,tetapi adakah kita terfikir bagaimana hendak 'mengawet' iman supaya lebih 'anjal' dan 'bertenaga' ketika menemui Tuhan? 

Saturday, 15 September 2012




BUDU PUN MENGANDUNGI GLUTATHIONE


Adakah anda peminat BUDU? Semasa pulang beraya di Kota Bharu saya tertarik dengan iklan-iklan yang bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh pelbagai pengusaha terutama produk kecantikan. Cara mereka mempromosikan produk tersebut sungguh menyakinkan pendengar. Seolah-olah sangat hebat dan benar-benar berkesan. Saya tergelak sakan kerana terhibur dengan cara persemba

han atau 'presentation'makcik-makcik/ kakak-kakak yg menjual produk tersebut. " Kulit akan jadi putih, halus, mulus, gebu. dalam masa yang singkat." " Kulit jadi putih kemerah-merahan dll" " Ada seorang India jadi putih sbb guna produk akak ni.." 'Fuyoo..ada class!" Salah satu yang paling saya suka dengar ialah produk pencerahan kulit. Banyak sungguh jenama yg mempromosi produk-produk pencerahan ini di iklankan diradio Kelantan FM. Sungguh hebat cara mereka promosi seolah-olah kalah segala doktor pakar kulit di dunia.

Apa yang menarik bagi saya yang ingin dikongsikan ialah pada satu bahan yang dimasukkan ke dalam produk-produk pemutihan ini ialah "Gluthathione" ada sebut Glutatayon ada sebut Glutatiun dll.
Tak kesahlah.. tapi saya teringat satu bahan yang terdapat dalam BUDU juga ialah Glutathione. Jadi sapa-sapa yang suka makan budu manfaat peluang keemasan nak dapatkan kulit, putih, gebu, mulus dll. Pakat-pakat la "tempek" atau gunakan budu sebagai losyen harian anda ambil-sambil makan nasi cicah budu...ha..ha..ha.. Tak caya baca artikel ini :
Sebagaimana khasiat dalam artikel di Wikipidia

[1]Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman

[2] Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

[3]Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal

[4] Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi[kutipan diperlukan].

[5]Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

[6] Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

[7] Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya , kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

[8] Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K)

Friday, 14 September 2012




AKU BUKAN ANAK DERHAKA


Seorang remaja mengadu rasa rendah diri. Sebabnya, terlalu sering dilabel 'anak derhaka' oleh ibunya sendiri walaupun untuk kesalahan kecil. Dia jadi hilang semangat belajar kerana merasakan mulut ibu akan meranapkan segalanya.

Dalam hidup

 ini, jika kita terlalu mengikat diri dengan label-label ciptaan manusia, kita akan hilang ceria.

Ibu kita tidak maksum. Sudah tentu banyak karenahnya. Memang mencabar menghadapi seorang ibu yang 'pedas mulutnya' bukan sahaja dengan anaknya bahkan dengan sesiapa sahaja. Dia tetap satu-satunya ibu kita yang teristimewa.

Cuba musahabah diri kita dengan Yang Maha Memahami.
Ya, kadang kala kita memang bersalah. Sebab kita manusia. Secara fitrah, berpotensi buat salah. Sediakan hati untuk meningkatkan diri. Ingat, kita manusia. Bukan malaikat yang sempurna. Bukan juga syaitan yang hanya ada keburukan.

Tapi, kadang kala kita perlu 'bela' diri sendiri. Sebab kitapun ada suara yang berhak didengari. Kitapun banyak kelebihan. Bukan hanya ada kesalahan dan kekurangan.

Biar orang label kita 'jahat', kita buktikan kepada Allah, kita sudah cuba buat yang terbaik.
Biar mulut ibu asyik sebut benda buruk, selamanya kita doa yang baik-baik sahaja untuknya.

Tegakah Allah menilai akhlak ini sebagai akhlak seorang anak derhaka? Orang sekeliling boleh label kita berdasarkan mulut ibu kita. Tapi Allah, mengetahui segalanya. Jangan risau remajaku sayang, Allahmu tidak pernah menzalimi sesiapa.


APAKAH CIRI-CIRI LELAKI DAYUS?


Hari ini begitu mudah kita melihat apabila terdapat segelintir lelaki yang bergelar bapa hanya membiarkan anak-anak mereka mahupun keluarga mereka terjerumus ke lembah maksiat. Kadangkala ada yang membiarkan

 anak perempuannya tidak menutup aurat, ditambah dengan pakaian yang menjolok mata. Lelaki dayus bukanlah satu gelaran yang terbaik, tetapi ia satu gelaran yang memperlihatkan betapa rendahnya martabat lelaki tersebut. Secara mudahnya cuba kita lihat apakah ciri-ciri lelaki dayus ini.

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan seumpamanya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya. Mungkin kita akan berkata dalam hati :- ” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di sekelilingku” Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Semoga kita menjadi seorang pemimpin keluarga yang diredhai Allah dan mampu membawa keluarga menjadi penghuni syurga.

Thursday, 13 September 2012



WHEN I LOVE YOU.....

When I became your friend, 
i never thought it will be like this, 
it will be so beautiful.

I want to talk to you,
I want to share with you,
I want to see you.

I wait for you,
and when you reply,
I feel so good.

I don't know,
how I got attached to you
in such small time.

How you became so special to me,
how I think of you so much,
but I do, and I love this feeling,
I love to be your friend.

It must be the luckiest day of my life,
when i saw you here...

And i promise you,
I will be there for you,
when you need me,
and even when you don't.

I will be there,
to take care of you,
to listen to you,
to make sure,
that you are happy.

May our friendship lasts forever,
till the end.

I love you,
I love you my dear friend..


HAJARUL ASWAD


Rasulullah s.a.w pernah memberitahu akan kemuliaan Hajarul Aswad sehingga mengatakan ia adalah merupakan 'tangan kanan' Allah (majaz bukannya Allah itu bertangan).Beruntunglah bagi mereka yang mengucupnya,melambainya serta memberikan pengho
rmatan kepadanya.Bahkan Hajarul Aswad akan menjadi saksi bagi mereka yang telah melakukan perkara tersebut di hari akhirat kelak. Wahai Hajarul Aswad, engkau hanyalah sekadar batu tetapi engkau menjadi mulia disebabkan Rasulullah s.a.w telah mengucupmu lalu perbuatan tersebut diikuti oleh Sayyidina Umar Al -Khattab. Ohh..batu dari Syurga....Ya Allah,kurniakanlah kepada kami nikmat untuk mendapatkan keberkatan dari HAJARUL ASWAD ini.

Wednesday, 12 September 2012




10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Tips Untuk Merawat Bibir Kering Dan Pecah

Sekiranya cuaca kering ataupun kerap kali berada di kawasan yang sejuk, kita mungkin berdepan dengan masalah seperti bibir kering mahupun pecah. Ketahui apakah petua untuk masalah ini. 

Pernahkah anda mengalami masalah bibir kering atau pun pecah? Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering contohnya kalau dah lama sangat berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk.


Tetapi mungkin ada yang terlupa bahawa pemakaian gincu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan masalah bibir mengelupas! Sebabnya bahan kimia yang terkandung dalam gincu atau lipstik tu kemungkinan tak sesuai ngan kulit kita.


Petua Merawat Bibir Pecah

Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.


Merawat Bibir Kering

Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama 1-2 jam. Selepas tu ambil air rendaman tu dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini dikatakan bukan sahaja membantu melembapkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar tu tidak hilang serinya.


Petua Melembapkan Bibir Kering

Cara nie che petua selalu juga amalkan. Caranya ialah oles susu pekat pada bibir. Selalunya che petua amalkan waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan bibir.

Atau

Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut..hehe..) boleh guna cara nie pula. Gosok bibir tu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.

Atau

Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. che petua tak pernah cuba cara nie tapi ia dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat.