CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 14 September 2012




AKU BUKAN ANAK DERHAKA


Seorang remaja mengadu rasa rendah diri. Sebabnya, terlalu sering dilabel 'anak derhaka' oleh ibunya sendiri walaupun untuk kesalahan kecil. Dia jadi hilang semangat belajar kerana merasakan mulut ibu akan meranapkan segalanya.

Dalam hidup

 ini, jika kita terlalu mengikat diri dengan label-label ciptaan manusia, kita akan hilang ceria.

Ibu kita tidak maksum. Sudah tentu banyak karenahnya. Memang mencabar menghadapi seorang ibu yang 'pedas mulutnya' bukan sahaja dengan anaknya bahkan dengan sesiapa sahaja. Dia tetap satu-satunya ibu kita yang teristimewa.

Cuba musahabah diri kita dengan Yang Maha Memahami.
Ya, kadang kala kita memang bersalah. Sebab kita manusia. Secara fitrah, berpotensi buat salah. Sediakan hati untuk meningkatkan diri. Ingat, kita manusia. Bukan malaikat yang sempurna. Bukan juga syaitan yang hanya ada keburukan.

Tapi, kadang kala kita perlu 'bela' diri sendiri. Sebab kitapun ada suara yang berhak didengari. Kitapun banyak kelebihan. Bukan hanya ada kesalahan dan kekurangan.

Biar orang label kita 'jahat', kita buktikan kepada Allah, kita sudah cuba buat yang terbaik.
Biar mulut ibu asyik sebut benda buruk, selamanya kita doa yang baik-baik sahaja untuknya.

Tegakah Allah menilai akhlak ini sebagai akhlak seorang anak derhaka? Orang sekeliling boleh label kita berdasarkan mulut ibu kita. Tapi Allah, mengetahui segalanya. Jangan risau remajaku sayang, Allahmu tidak pernah menzalimi sesiapa.

No comments:

Post a Comment