CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Saturday, 15 September 2012




BUDU PUN MENGANDUNGI GLUTATHIONE


Adakah anda peminat BUDU? Semasa pulang beraya di Kota Bharu saya tertarik dengan iklan-iklan yang bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh pelbagai pengusaha terutama produk kecantikan. Cara mereka mempromosikan produk tersebut sungguh menyakinkan pendengar. Seolah-olah sangat hebat dan benar-benar berkesan. Saya tergelak sakan kerana terhibur dengan cara persemba

han atau 'presentation'makcik-makcik/ kakak-kakak yg menjual produk tersebut. " Kulit akan jadi putih, halus, mulus, gebu. dalam masa yang singkat." " Kulit jadi putih kemerah-merahan dll" " Ada seorang India jadi putih sbb guna produk akak ni.." 'Fuyoo..ada class!" Salah satu yang paling saya suka dengar ialah produk pencerahan kulit. Banyak sungguh jenama yg mempromosi produk-produk pencerahan ini di iklankan diradio Kelantan FM. Sungguh hebat cara mereka promosi seolah-olah kalah segala doktor pakar kulit di dunia.

Apa yang menarik bagi saya yang ingin dikongsikan ialah pada satu bahan yang dimasukkan ke dalam produk-produk pemutihan ini ialah "Gluthathione" ada sebut Glutatayon ada sebut Glutatiun dll.
Tak kesahlah.. tapi saya teringat satu bahan yang terdapat dalam BUDU juga ialah Glutathione. Jadi sapa-sapa yang suka makan budu manfaat peluang keemasan nak dapatkan kulit, putih, gebu, mulus dll. Pakat-pakat la "tempek" atau gunakan budu sebagai losyen harian anda ambil-sambil makan nasi cicah budu...ha..ha..ha.. Tak caya baca artikel ini :
Sebagaimana khasiat dalam artikel di Wikipidia

[1]Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman

[2] Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

[3]Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal

[4] Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi[kutipan diperlukan].

[5]Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

[6] Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

[7] Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya , kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

[8] Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K)

No comments:

Post a Comment