Sunday, 25 August 2013
Terpadamnya Dian Yang Menyala
Angin malam pun berhembus
mengheret segala debu dan unggas
sepi pun menjerit
di mana wujudnya riang
hilang berkelana di sudut duka
Api dian meliuk lintuk
menerangi malam kelam
dan purnama pun beringsut malu
permisi melewati mega
dian mulai malap
lesu dimamah sang bayu
sirnanya pudar
mengecil
dan
terpadam.
TEMUDUGA TERTUTUP
Temuduga Sbg "Calon Jenazah"
Semua Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian
Kekosongan Jawatan:
1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)
1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.
Tarikh Temuduga:
Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.
Lokasi Temuduga:
Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).
Kelayakan:
Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.
Panel Penemuduga:
Mungkar Dan Nakir.
Enam Soalan Bocor:
1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?
Cara Memohon:
Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail.
Friday, 16 August 2013
UCAPLAH TERIMAKASIH PADA PAKAIANMU
Setiap hari badan kita dibaluti dengan fabrik dan fesyen yang berjenama ,mahal dan murah.Yang up to date atau out of date.kadang setiap hari fikiran kita ada ruang untuk berfikir tentang fesyen apakah yang hendak dibeli atau hendak dijahit( kalau dia tailor atau sekadar tempahan)...Pakaian sama perlunya dengan makanan dan minuman.Semuanya penting dalam kehidupan.Cuba kalau salah satunya takada,contohnya makanan.Berapa hari kita boleh bertahan?..Minuman pula,berapa hari kita boleh bertahan tanpanya? Pakaian,berapa lama kita boleh bertahan dalam keadaan tanpa seurat benang di khalayak umum?Orang asli pun sudah tau apa maksud aib dan maruah.Tau tentang penjagaan badan dan kesan-kesannya terhadap pancaran cuaca tanpa berpakaian yang sempurna.
Tapi yang memang suka berbogel dan tak tau jaga maruah di hadapan umum tu tak perlulah hendak dimasukkan dalam topik di sini. Pernah tak kita terfikir hendak mengucapkan 'terimakasih' kepada pakaian-pakaian kita yang menolong menjaga maruah dan aib kita selama kita hidup hingga kita ke liang lahad? Cuba renungkan sahabat-sahabat kesayanganku,jasad kita ini dipakaikan dari selepas lahir hinggalah ke liang kubur,dari pakaian pertama (bedung untuk bayi) hinggalah pakaian terakhir (kapan untuk jenazah)..MansyaAllah....Cantiknya Islam...dijaga aurat dan maruah umatNya begitu tertib sekali.Tapi yang sedihnya terlalu ramai yang membuang pakaian dan lebih suka bertelanjang! Astaghfirullah hal azim....
Berbalik kepada persoalan terimakasih kita terhadap pakaian tadi,terimakasih terhadap pakaian tidak perlu ucap secara lisan.Tak pernah ada orang buat macam tu,orang gila pun tak pernah nampak buat macam tu,nanti mereka yang gila itu terus hilang gilanya melihat kita yang tak gila ini mengucapkan terimakasih pada pakaian.'Terimakakasih' di sini bermaksud kita jaga,pelihara,bersih,simpan pakaian itu elok-elok samada yang sudah dpakai atau belum dipakai.Ada setengah kita baju atau pakaian yang telah dipakai,terus buka dan campak ke tepi dinding,bawah katil,dalam bilik air atau macam-macam tempat yang tidak sepatutnya.Kalaulah pakaian itu boleh bercakap,mereka akan kecil hati dan berkata "tadi sebel;um kamu pakai aku,kamu belek-belek aku,sembur pewangi,gosok ( iron) aku supaya penampilanmu nampak lebih kemas bergaya.Tapi bila kamu sudah pakai aku,kamu campak aku umpama aku tidak pernah berbudi pada kamu.."... Sedihkan...
Ketahuilah olehmu sahabatku,kerana pakaianlah kita dihormati dan kerana pakaianlah kita dihinai. Seharusnya apabila pakaian sudah kotor,masuklah ke dalam bakul, mesin basuh atau letakkan di tempat yang selamat dari dipijak orang atau di tempat kotor.Kerana pakaian itu telah tolong menjaga aib kita dan kesihatan kita.Kalau tidak kerana pakaian,contohnya baju,badan kita sudah tentunya terdedah kepada berbagai ancaman samada bahang cuaca,jenayah dan penyakit.Sebab itu sebagai rasa 'terimakasihnya' terhadap pakaian itu hendak dilakukan seperti mana semasa kita hendak memakainya. Bayangkanlah,pakaian yang melekat di badan kita seharian atau semalaman yang kita bawa ke mana-mana dan berbagai urusan dan ada yang memuji pula,kita campak begitu sahaja umpama kita campak maruah kita juga....dahsyatkan kita?
Jadi selepas ini jagailah yang kotor itu seumpama yang bersih kerana dengan menjagainya tak mustahil yang kotor akan setanding dengan yang bersih....
Monday, 12 August 2013
HIKMAH PARA NABI
Api yang membakar tidak membakar Nabi Ibrahim,pisau yang melukakan tidak melukakan Nabi Ismail,lautan yang menenggelamkan tidak menenggelamkan Nabi Musa,ikan paus yang menelan menyelamatkan pula Nabi Yunus...bagaimana ia boleh berubah dari kebiasaannya,sebab ada yang mentadbirnya iaitu ALLAH!!!
Thursday, 8 August 2013
SAMPAIKAN SALAM LEBARANKU PADANYA
Angin,
sampaikan salam buat teman-temanku yang jauh
terpelosok di hujung kota
mencari rezeki mengumpul pahala
katakan pada mereka bahawa
rinduku tak akan berakhir
doaku sering mengiring perjalanan
senyum dan tangis sentiasa hadir di tangkai hati
setiap bicara adalah motivasi buatku
tak mudah kukikis dari pelantar ingatan
Angin,
bisikkan pada teman-temanku
bahawa setiap kesalahanku harap diampuni
dari hujung rambut ke hujung kaki
semuga di Aidil Fitri disambut ceria
penuh suka tiada duka
menanti tetamu penuh rela
dalam riang lebaran restu Ilahi
SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
sampaikan salam buat teman-temanku yang jauh
terpelosok di hujung kota
mencari rezeki mengumpul pahala
katakan pada mereka bahawa
rinduku tak akan berakhir
doaku sering mengiring perjalanan
senyum dan tangis sentiasa hadir di tangkai hati
setiap bicara adalah motivasi buatku
tak mudah kukikis dari pelantar ingatan
Angin,
bisikkan pada teman-temanku
bahawa setiap kesalahanku harap diampuni
dari hujung rambut ke hujung kaki
semuga di Aidil Fitri disambut ceria
penuh suka tiada duka
menanti tetamu penuh rela
dalam riang lebaran restu Ilahi
SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
GLAMER DI SOLAT RAYA
Assalamualaikum wrt.wbh.
Salam Lebaran Salam Ingatan Buat Teman-Temanku Yang Sentiasa DiHormati.
Ramadhan pun sudah sehari melabuhkan tirainya.Hari ini Syawal membuka lembarannya.Berduyun-duyun,berpasang-pasangan serta ahli keluarga mengerumuni dan memenuhi ruang masjid.Ada yang datang siap dengan pakaian baju baru,ada yang hanya berpakaian 'simple' ala-ala nak pergi pasar,ada yang datang umpama baru keluar dari mahkamah syariah dan ada juga yang datang seperti hendak pergi kenduri kahwin.Dan yang paling insaf ada yang datang umpama hendak pergi ke Baitullah,berpakaian serba putih,jubah dan telekung.
Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah sewaktu di dalam masjid ketika hendak solat aidilfitri.Ada segelintir wanita yang masih setia dan taksub dengan mekupnya,risau hendak meninggalkan mekup walau hanya 1 jam.Takut dan tidak yakin hendak pamirkan wajahnya pada masyarakat dengan wajah yang sebenar.Takut andainya orang akan kata dia tak cantik,tak ayu.Padahal itu di masjid tempat hendak sembah Allah.Astaghfirullah hal azim.....untuk apa ke masjid itu? Memperagakan fesyen atau jadi ratu? Kalau jadi ratu masjid yang benar-benar niatnya kepada Allah,tak mengapa,ini seolah-olah masjid itu sebagai platform 'catwalk' baginya.Allahu Akbar. Tidak cukup dengan lipstik merahnya,pemerah pipinya,pembayang matanya ,celaknya dan maskaranya,disarungnya pula telekung yang berbagai warna.Ada yang merah,pink,purple dan macam-macam warna sudah tidak nampak akan 'masjid'nya lagi.Tiada keinsafan pada telekungnya.Kainnya pula diperbuat dari jenis yang lembut dan melekat di badan (lycra).Bayangkan kalau badannya berisi apa jadi pada pandangan hadapan terutama bahagian dada dan pinggul...Ya Allah,selamatkanlah hamba-hambaMu ini dari kesesatan.
Memanglah belum ada hadis dan ayat Quran menyuruh solat dengan kain berwarna putih sahaja.Bersolatlah dengan pakaian yang menutup aurat yang disyaratkan oleh Islam,bersih dan kemas.Itu sahaja.Tapi cuba kalau kita fikir,di mekah,dan sewaktu kita meninggal dunia,kain jenis apa dan warna apakah yang membaluti badan mereka. Sebenarnya telekung berwarna putih itu adalah untuk menginsafkan kita dan mengingati kita akan kematian.Tetapi kalau masih ada yang solat dengan seperti apa yang berlaku di masjid sekarang,keinsafan bertelekung itu belum sampai ke jiwa mereka.Jiwa mereka masih 'tidur' dan jangan sampai jiwa mereka terus mati,nauzubillah.
Wahai wanita warisan Hawa,
Hadirkanlah dirimu ke rumah-rumah Allah dengan hati yang tenang dan penuh keinsafan.Tinggalkanlah sementara dunia glamormu,dunia seksimu,dunia pikat menggodamu demi kerana Allah.Kalau kalian seorang yang cantik,semua itu tak lari kemana,ia akan cantik juga walaupun tanpa calit warna di wajah.Biarlah cantik di mata Allah dari cantik di pandangan manusia. Cantik di mata Allah kalian akan diberi ganjaran yang hebat mengatasi ganjaran dari manusia.Ganjaran Allah kekal selamanya,ganjaran manusia akan berakhir di situ sahaja,Fikir-fikirkanlah.
Friday, 2 August 2013
RAMADHAN,ANDAINYA PEMERGIANMU BOLEH KUHALANG.....
Bulan Ramadhan Al Mubarak semakin mengecil,semakin mengundur,menjauh,dan terus pergi....
Mungkin pemergiannya ada yang menangisi kerana rindukan akan kenikmatan serta kemuliaannya yang dipenuhi dengan seribu rahmat .Rindukan terawih yang terselit dengan kemuliaaan Lailatulqadar dan suasana berbuka serta bersahur yang disaksikan beribu Malaikat dan Syurga yang tersenyum menanti ketibaan tetamu sucinya sementara neraka tertutup rapi. Dan mungkin juga ada yang merasa lapang serta lega kerana tidak perlu lagi untuk bangun sahur,menahan lapar dan dahaga, Apa yang paling penting tidak perlu lagi untuk menipu menjadi pelakun puasa 'yang yok'.....
Tapi bagi diri ini belum cukup puas untukku bersama denganmu dan 'memeluk erat' kemuliaamu wahai Ramadhanku.Kembalilah padaku sampai akhir hayatku. Kesucian dan keagunganmu tidak dapat ditandingi oleh bulan-bulan yang lain.Kembalikan Lailatulqadarku....masih banyak yang hendak aku 'luahkan' di malam-malammu yang hening.Masih banyak bicara yang hendak aku titipkan sebagai kasihsayangku padamu. Setiap detik dan saat terlalu bernilai dan amat berharga mengatasi wang berjuta dalam mengabdikan diri semasa kamu berada.Mata ini belum puas menangis menghambat segala dosa dan noda yang sekian lama membaluti diri. Hadirmu kusambut gembira,pergimu kutangis duka. Aku tidak tahu apakah kunjunganmu kali ini adalah untuk yang terakhir buatku.Ya Rabb,jangan pisahkan aku dengan Ramadhanku untuk kali yang seterusnya.Ketemukan aku setiapkali hadirnya ia. Biarkan waktuku sesak dengan temujanjiku dengannya. Jangan ada satu ruangpun untuk noda melalui persimpangan antara cintaku dan dia.Kerana kami kesuntukan waktu.Esok,Syawal bakal menyusul nmengambil tempat.Ramadhanku harus pulang membawa seribu janji dan pengabdian sejuta insan mengadap Ilahi.Tunggu sahaja di sana,apakah pertemuan yang sesingkat itu benar-benar terisi dengan seribu manfaat atau semuanya kosong dan hampa.Ya Rabb,aku tidak mahu tewas di neraca pengadilanMu....
Subscribe to:
Posts (Atom)