CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Friday, 16 August 2013




UCAPLAH TERIMAKASIH PADA PAKAIANMU



Setiap hari badan kita dibaluti dengan fabrik dan fesyen yang berjenama ,mahal dan murah.Yang up to date atau out of date.kadang setiap hari fikiran kita ada ruang untuk berfikir tentang fesyen apakah yang hendak dibeli atau hendak dijahit( kalau dia tailor atau sekadar tempahan)...Pakaian sama perlunya dengan makanan dan minuman.Semuanya penting dalam kehidupan.Cuba kalau salah satunya takada,contohnya makanan.Berapa hari kita boleh bertahan?..Minuman pula,berapa hari kita boleh bertahan tanpanya? Pakaian,berapa lama kita boleh bertahan dalam keadaan tanpa seurat benang di khalayak umum?Orang asli pun sudah tau apa maksud aib dan maruah.Tau tentang penjagaan badan dan kesan-kesannya terhadap pancaran cuaca tanpa berpakaian yang sempurna.


Tapi yang memang suka berbogel dan tak tau jaga maruah di hadapan umum tu tak perlulah hendak dimasukkan dalam topik di sini. Pernah tak kita terfikir hendak mengucapkan 'terimakasih' kepada pakaian-pakaian kita yang menolong menjaga maruah dan aib kita selama kita hidup hingga kita ke liang lahad? Cuba renungkan sahabat-sahabat kesayanganku,jasad kita ini dipakaikan dari selepas lahir hinggalah ke liang kubur,dari pakaian pertama (bedung untuk bayi) hinggalah pakaian terakhir  (kapan untuk jenazah)..MansyaAllah....Cantiknya Islam...dijaga aurat dan maruah umatNya begitu tertib sekali.Tapi yang sedihnya terlalu ramai yang membuang pakaian dan lebih suka bertelanjang! Astaghfirullah hal azim....


Berbalik kepada persoalan terimakasih kita terhadap pakaian tadi,terimakasih terhadap pakaian tidak perlu ucap secara lisan.Tak pernah ada orang buat macam tu,orang gila pun tak pernah nampak buat macam tu,nanti mereka yang gila itu terus hilang gilanya melihat kita yang tak gila ini mengucapkan terimakasih pada pakaian.'Terimakakasih' di sini bermaksud kita jaga,pelihara,bersih,simpan pakaian itu elok-elok samada yang sudah dpakai atau belum dipakai.Ada setengah kita baju atau pakaian yang telah dipakai,terus buka dan campak ke tepi dinding,bawah katil,dalam bilik air atau macam-macam tempat yang tidak sepatutnya.Kalaulah pakaian itu boleh bercakap,mereka akan kecil hati dan berkata "tadi sebel;um kamu pakai aku,kamu belek-belek aku,sembur pewangi,gosok ( iron) aku supaya penampilanmu nampak lebih kemas bergaya.Tapi bila kamu sudah pakai aku,kamu campak aku umpama aku tidak pernah berbudi pada kamu.."... Sedihkan...

Ketahuilah olehmu sahabatku,kerana pakaianlah kita dihormati dan kerana pakaianlah kita dihinai. Seharusnya apabila pakaian sudah kotor,masuklah ke dalam bakul, mesin basuh atau letakkan di tempat yang selamat dari dipijak orang atau di tempat kotor.Kerana pakaian itu telah tolong menjaga aib kita dan kesihatan kita.Kalau tidak kerana pakaian,contohnya baju,badan kita sudah tentunya terdedah kepada berbagai ancaman samada bahang cuaca,jenayah dan penyakit.Sebab itu sebagai rasa 'terimakasihnya' terhadap pakaian itu hendak dilakukan seperti mana semasa kita hendak memakainya. Bayangkanlah,pakaian yang melekat di badan kita seharian atau semalaman yang kita bawa ke mana-mana dan berbagai urusan dan ada yang memuji pula,kita campak begitu sahaja umpama kita campak maruah kita juga....dahsyatkan kita?


Jadi selepas ini jagailah yang kotor itu seumpama yang bersih kerana dengan menjagainya tak mustahil yang kotor akan setanding dengan yang bersih....


No comments:

Post a Comment