Sunday, 15 September 2013
KITA TIDAK PERNAH SENDIRI
Sesungguhnya kita tidak pernah bersendiri
dalam setiap sudut dan suasana pasti ditemani
kita tidak pernah rasa sunyi
dalam setiap saat setiap waktu ada yang menggeletek
ianya datang tanpa dijemput
ianya hadir tanpa temujanji
kiri kanan ada tawa
kiri kanan ada seloka
Dia di mana-mana
Dia ada untuk menemani
donggakkan ke langit
ada bintang dan cakrawala tersenyum
pandang ke tasek
ada aliran jernih membayang indah
renungi ke sungai
ada air dingin menyejukkan
biarpun ada batu menghalang
pandang ke dalam diri
baru kita sedar bahawa Allah itu sentiasa ada untuk kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment