Bermula hari ini saya mahu menulis kisah benar perjalanan hidup seorang yang bernama ISTERI kepada seorang yang bernama SUAMI yang pernah merakamkan sejarah perih di sepanjang perkahwinannya..
DIRIMU BUKAN UNTUKKU
EPISOD 1
Rina...merupakan gadis yang cantik jelita di kampungnya iaitu di pantai timur. Dia menjadi gilaan kepada lelaki-lelaki di kampung dan juga kota.Rina bukan gadis liar dan gedik seperti gadis-gadis lain walaupun dia memiliki wajah cantik dan kulit yang gebu kerana dia dikawal ketat oleh keluarganya yang mengamalkan agama Islam yang taat.Dalam adik beradik Rina,dia lah yang paling cantik dan putih berbanding adik beradik yang lain.Maka itu dia dicemburui oleh salah seorang kakaknya. Tahun berganti tahun,maka umur Rina telah mencapai 22 tahun pada masa itu.Rina mula berhijrah ke Kuala Lumpur mengikuti kakaknya dan tinggal bersama kakak ke tiganya itu selama 3 tahun.Rina menyambung pelajarannya di UITM dan bekerja di salah sebuah syarikat swasta.Di sana lah Rina banyak melakar sejarah manisnya yang pertama tatkala dia diketemukan dengan seorang lelaki yang berjaya mencuri hatimya.
Tapi malangnya cinta pertama Rina telah dimusnahkan oleh bekas isteri kekasih dambaan jiwanya dan kasih pasangan itu mula bertaut kembali maka Rina terpaksa berundur diri.Saban hari Rina menangis dan merawat hatinya yang telah hancur.Rina mula berhijrah ke Ipoh Perak membawa sejarah cinta yang tidak kesampaian ke destinasi barunya dengan harapan yang penuh nekad. Rezeki Rina ada di mana-mana.Rina ditawarkan mengajar di sebuah sekolah swasta di Ipoh. Sudah menjadi kemestian,orang cantik memang menjadi perhatian walau kemana dia pergi.Rina bertemu dengan seorang duda beranak 3 yang berjawatan pegawai penyiasat di Badan Pencegah Rasuah. Mereka berkenalan hampir 2 tahun dan merancang ingin melangsungkan ikatan yang sah tidak lama lagi.Perhubungan mereka direstui oleh ahli keluarga masing-masing.Cuma tarikh dan waktu saja belum ditetapkan kerana Halim belum dapat mengumpul wang secukupnya untuk perbelanjaan perkahwinan lantaran beliau baru sahaja hidup menyendiri selepas bercerai dengan bekas isterinya dan terpaksa menyara ketiga anak-anakdi bawah jagaannya. ...~bersambung~
No comments:
Post a Comment