CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Thursday, 28 November 2013



DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 2

                   Rina masih lagi berharap agarHalim dapat melamarnya secepat mungkin. Oleh kerana Halim sangat setia dan patuh dengan peraturan tugas,dia tidak mahu mengambil jalan pintas atau melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan agama dan tatasusila jabatannya demi sebuah cinta.Halim seorang yang jujur dan kuat pegangan agamanya.Itulah yang membuat Rina semakin sayang dan tidak mungkin cintanya beralih arah.Pada suatu malam Rina diganggu panggilan misteri dari seorang lelaki yang tidak di kenali.Bukan sekali tapi tiap-tiap malam panggilan yang berunsur lucah dan menggerunkan itu menganggu lena Rina.Entah dari mana dia dapat nombor telefon rumah Rina pun tak tau lah.Orang yang sama juga.Pada mulanya Rina menjawab panggilan itu dengan berlapik supaya pemanggil itu tidak naik angin dan berdendam.Manalah tau kot-kot jiran sebelah ke atau kawan-kawan yang nakal untuk menyakat Rina atau sekadar ingin menguji.Tapi lama kelamaan semakin dilayan semakin menjadi.Maka Rina pun membuat aduan ke jabatan telekom agar nombor telefon rumahnya ditukar.
              Pihak telekom telah menghantar seorang kontraktor untuk memantau talian di rumah Rina.Setibanya di rumah Rina,Muaz,selaku kontraktor telekom telah jatuh hati saat terpandang wajah ayu Rina kali pertama.Terus dia terpegun dan mengatakan Rina cantik tanpa segan dan silu.Rina terkejut terus terdiam.Muaz secara tak langsung tidak berfikir panjang telah memasang angan untuk menyunting Rina sebagai calon isterinya tanpa bertanya sepatah soalan adakah Rina telah dimiliki.Begitulah hebatnya lelaki yang bernama Muaz.Terus Muaz kembali ke pejabatnya untuk menulis sendiri surat permohonan aduan gangguan panggilan telefon dan pertukaran nombornya bagi pihak Rina. Disebabkan kuasa dan pengaruhnya maka dengan hanya sehari sahaja permohonan itu selesai.Maka nombor telefon rumah Rina pun bertukar ke nombor yang baru.Hanya Muaz dan adiknya Rizal,orang yang pertama mengetahui nombor Rina.Sedangkan Halim sendiri pun tidak mengetahuinya. Setiap malam kalau tidak Muaz,Rizal lah yang sering menghubungi Rina.Sehingga Rina naik rimas melayan dua beradik itu.Rizal merupakan orang kanan Muaz dalam syarikat milik abangnya.Rupa-rupanya Rizal pun menaruh hati terhadap Rina.


No comments:

Post a Comment