CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 30 November 2015



CERPEN ILMIAH

PENGANTIN TANPA PELAMIN


              Permohonan untuk aku mengikuti kursus usahawan telah berjaya.Aku berangan andai selepas tamat kursus nanti,pertama sekali aku mestilah ada azam baru,semangat baru serta berwawasan.Aku harus bertukar.....bertukarrrrr...macam doraemon tu dari sikap aku yang sering mengantuk,malas bangun pagi dan selalu ucap pada diri " lantak le apa orang nak kata,bukan kau yang nak tanggung makan minum aku".Ayat poyo bodoh itu aku kena humban jauh dalam lautan hindi.Aku mahu jadi bisneswoman yang berjaya,kaya dan bahagia....."woiii...tak abis-abis dengan berangan kau tu,kuar le dah sampai ni. Kau nak check-in dalam kete ke,pastu berkursus dalam kete.Huh,dok le kau sorang-sorang dalam kete." sergah Liza sambil membuka bonet dan mengeluarkan beg rodanya memasuki lobi hotel 4 bintang di lereng bukit itu.Aku mencebek bibir macam biasa kalau dengar dia membebel.Memang dia macam tu,dengki tengok aku bahagia.Yela-yela aku kuar dah ni Sipoh oiii.....
          Selepas dapatkan kunci dan nombor bilik kami berdua terus menuju ke bilik yang disediakan.Tak sabar hendak baring dan luruskan kaki atas katil tu.Lagi pun aku sudah lama tidak berehat dan bercuti,asyik kerja,kerja,kerja."Wah,cantik jugak hotel ni ye,macam baru je.Tengok peralatan dia takda yang rosak pun,kalau hotel yang kita pegi kursus aritu hemm...tobat tak mau dah.Aircond ngalahkan air sejuk.Air mineral pun tak ada,kedekut taik idung masin.Hah,kau belah sana,aku belah coridor ni." Liza meninjau sebaik saja membuka pintu bilik hotel dan terus mencampakkan beg pakaiannya ke atas katil yang di pilihnya.Aku jenis tak kisah mana-mana pun tak mengapa janji dapat tidur dengan nyenyak.
"Eh,bilik ni besar ada tiga katil.Maknanya ada lagi peserta akan tidur kat bilik kita,kalau tak nape mereka bagi bilik tiga katil kan.."Tanya aku pada Liza kot-kot dia tahu." yela agaknya".Jawab Liza ringkas sambil sibuk mengeluarkan segala bekal susu,biskut,milo,kopi,maggi dalam begnya.Biasalah Liza setiapkali kursus tak sah kalau hotel tak jadikan kedai runcit.Dua hari kursus umpama dua bulan.Ding... dong...ding..dong...

      "Assalamualaikum,assalamualaikum...".Tetiba bunyi suara perempuan bagi salam beserta dengan loceng.Aku bingkas bangun terus pakai tudung dan mengintai dari lubang kecil pintu.Ada mata juga sedang mengintai aku..ishh..orang intai dia pun intai...sekali lagi aku intai hendak buat pengesahan samada manusia ataupun....alhamdulillah.. "Sape Mira,terendap-endap,cepat la bukak peserta kursus tu." Tanya Liza tak sabar. Aku membuka daun pintu perlahan-lahan dengan rasa berdebar,manalah tau entah-entah lain yang datang."Waalaikumussalam,masuklah.Kursus usahawan ye".Aku mempersilakan gadis kurus tinggi lampai itu menginap bersama kami."Terimakasih,nama saya Yusnira.Panggil je Ira".Yusnira dengan sopan santunnya memperkenalkan diri sambil meletakkan beg pakaiannya di tepi katil."Ira sorang je ke? Dari mana,ye.Datang dengan bas atau dengan kenderaan sendiri?" Liza memulakan soalan.Dalam hati kami berdua rasa lega sangat sebab ada kawan yang agak berani memandu kereta.Sebab kami berdua sama-sama jenis penakut dan tak tau selok belok jalan di bandar Kota Bharu ini."Ye sorang je yang lain tak dapat pelepasan.Ira dari Mersing.Drive ngan kete sendiri.Dah biasa sebelum ni berulang alik dari Mersing ke Kelantan ni sebab dulu Ira belajar di sini selama tiga tahun."Jelas Ira panjang lebar sambil mengeluarkan pakaiannya untuk di sangkut dalam almari.

         "Alhamdulillah lega,boleh lah kita ronda-ronda malam ni pusing bandar negeri cik mek molek ni ye Ira.Sebenarnya kami berdua ni tak mahir memandu.Nak datang sini pun jenuh google,hahaha nasib baik tak terlenyek anak ayam tepi jalan tadi" Cerita Liza buat pengakuan poyonya.Ira pun sama gelak,entah gelak memang rasa lucu atau terpaksa.Aku malas nak gelak,geram ada lah.Rasa nak cabut je stereng dan hempuk atas kepala Liza tu,mau tak nya aku kata jalan tegak,rupanya dia pegi tegakkan badannya.Maksud aku tegak tu,jalan terus...Ishh..lepas tu aku kata, masa sampai dekat pusingan bulatan,ambik pukul 3.Rupanya si sipoh ni tak reti bahasa mandu,tetiba dia masuk restoran tak pasal-pasal berhenti kat situ.Aku tanya nape,dia jawab nanti kita gerak pukul 3.00.Lahaulawala...mengong rupanya dia ni.

....bersambung...



Wednesday, 25 November 2015


DIKAU PUTERA PUTERIKU

  
Sekian lama dirimu ku tinggalkan.Bukan kerana benci atau mahu abaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu terhadap anak kandung sendiri,tetapi dek tuntutan nafsu ego dan sombong seorang bapa maka kita harus 'berpisah'. Namun hati kita sering bertaut.Saban hari dan setiap malam mama akan sentiasa berdoa dan bersolat hajat serta tahajjud memohon pertolongan dari Allah agar  kita akan diketemukan dalam suasana seperti dahulu.Tiada ungkapan lagi yang hendak mama coretkan di sini melainkan kata rindu yang tersangat rindu.Masa berlalu begitu pantas,anak-anak mama cepat membesar dalam kerinduan dan kesengsaraan.Dari raut wajah kalian,mama dapat menafsirkan bahawa wajah riang itu bersalut duka. Jarak waktu telah memisahkan kita. Ketahuilah mama tidak pernah merasa jauh dari kalian malah sentiasa dekat dan sentiasa memeluk kalian saban hari terutama sewaktu kalian hendak tidur.Mama rasakan kepala anak mama atas ribaan dan mama mengusapnya dengan penuh kasih sayang.Kan selalu mama buat macam tu sebelum tidur,kena salam dan cium mama dulu.Tidak pernah walau sedetik hati ini meninggalkan kalian jauh dari menetap di hati,malah walau kemana saja pergi dan andai ada wajah-wajah remaja lelaki yang menyerupai anak mama,terus mama dekati dan snap fotonya.Mama akan tatap wajah itu sampai puas.Andai tiada sesiapa di situ mahu rasanya mama memeluk dan mencium mereka.Tapi ini Malaysia,bukan Amerika.Ada batasan agama,nasib baiklah.Apa-apa yang mama lakukan semua kerana anak mama.Bila mama terserempak dengan kanak-kanak terus saja mama hulur duit tak kira berapa yang ada sebab mama rasakan seolah sedang menghulur duit kepada anak mama.Dan mama juga berharap ada insan yang sudi menghulur sumbangan kepada anak mama seperti apa yang telah mama lakukan terhadap anak-anak orang lain.

           Mama cuba selami diri dan mengawal emosi.Tanya pada diri,"eh,aku ni betul ke tak? Gila ke apa?"..Oh tidak,mama bersyukur kerana Allah sentiasa tiupkan dalam diri mama semangat kesian dan perihatin terhadap remaja dan kanak-kanak serta orang tua.Itulah yang Islam ajarkan.Ya, mama di landasan yang benar. Sejarah menghitung masa dan hari rupanya masih berulang dalam hidup mama,Kalau dahulu semasa kalian masih kecil, orang semua menghitung hari untuk sampai ke penghujung bulan kerana hendakkan gaji,bonus atau apa-apa manfaat yang lain.Tapi mama menghitung hari dan masa menunggu kalian besar dan matang.Mama tidak sabar menunggu kalian besar sebab terlalu siksa dan derita ketika itu.Bukan siksa kerana terpaksa membela kalian,maksud mama,ketika itu mama keseorangan ke hulu ke hilir mengelek kalian,memberi pendidikan dunia dan akhirat.Seolah-olah orang lain tak wujud bersama kesusahan mama.Di tambahnya lagi gaji mama kecil untuk membeli  keperluan kalian.Tapi mama sentiasa  pasrah dan redha dalam membesarkan kalian sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah serta kacak jelita.
Sekarang mama masih menghitung masa dan hari untuk bersama kalian semula.Akan ada waktu kah untuk kita nanti mengulangi saat indah  bersama?
          Mama syukur dan bangga kesemua anak-anak mama kuat pegangan agamanya serta seorang yang mengambil berat tentang pelajaran.Bukan yang putera sahaja,malah puteri-puteri mama pun adalah yang terbaik buat mama.Dengan muslimahnya,sopan santunnya serta tinggi budi pekerti.
Andai satu hari mama menutup mata,tidak akan rasa terkilan lagi untuk meninggalkan anak-anak mama dalam situasi yang ada sekarang.Mama yakin setiap hari setiap waktu mama akan dihidangkan dengan doa-doa,ayat-ayat Al Quran serta amal jariah dari kalian.Betul kan.InsyaAllah.Akhir sekali,dari kejauhan ini,andai masih ada rindu untuk mama di sini,sebutlah nama mama di setiap doa kalian.Ketika itulah hadirnya mama di sisi kalian.Assalamualaikum putera puteriku.

Tuesday, 24 November 2015



CERPEN  ILMIAH

AIRMATA KURUNG MODEN WARNA MERAH


                Sebenarnya Dalila tak buka kedai pada hari minggu.Sebab itulah satu-satu hari yang dia dapat berehat dan meluruskan kaki serta urat saraf.Tapi Dalila ada panggilan telefon dari pelanggan untuk datang ke kedai jahitnya selepas zuhur.Dalila amat mengambil berat tentang kebajikan pelanggannya.Dia rela korbankan masa rehat dan santai demi seorang pelanggan.Baginya seorang pelanggan adalah sebuah rezeki buatnya. 
                
                Dalila mengemas dan menyusun segala peralatan dan pakaian tempahan di kedai bersama pembantu barunya Shima.Biarpun kedainya baru beroperasi selama 4 bulan tapi pelanggannya menyamai dengan kedai-kedai jahit yang sudah bertahun-tahun menapak.Dalila seorang yang ramah dan suka merendah diri.Di bibirnya sentiasa menguntum senyum pada setiap orang yang melewati kedainya.

                "Assalamualaikum,akak cari siapa." Sapa Dalila pada seorang wanita pertengahan umur yang melalui kedainya dan seolah-olah tercari-cari sesuatu. "Err,awak ni tukang jahit baru ye,sebab saya tak pernah nampak pun kedai ini sebelum ni." Jawab wanita itu wanita itu sambil membelek-belek blaus yang bergantungan di kedai Dalila." Ya,saya.Baru 4 bulan di sini.Akak nak tempah baju ke atau cari seseorang" Tanya Dalila lagi dengan nada sopan. Dia masih ragu dengan tujuan wanita yang di hadapannya.Sebab selalunya ada juga yang datang ke kedainya sekadar ingin bertanya harga atau ingin membuat perbandingan dengan kedai-kedai yang lain."Nak tempah baju.Awak tahu ke jahit baju fesyen,maksud saya fesyen yang boleh nampak bentuk badan gitu,Sebab saya tak pernah pakai baju macam tu asyik baju kurung je.Nak juga merasa baju yang terkini,kan.Lagi pun saya ada function minggu depan di Melaka.Kawan hubby saya,dato'.Dato' tu nak sangat saya hadir kt majlis dia.Datin tu kalau tak ada saya, hemmm...jenuh le hubby saya nak menjawabnya.Dah biasa kalau majlis dia saya kena ada."panjang lebar wanita itu memberi penerangan tanpa perlu disoal oleh Dalila.Dia menjeling ke arah Shima.Pembantunya itu menarik nafas tanpa ada rasa sesak dan penat sambil bibirnya mencebek sedikit.Dalila faham perasaan Shima waktu itu.Takpalah Shima masih baru di kedainya,baru seminggu.Dia perlu banyak belajar tentang kerenah pelanggan.

               "InsyaAllah boleh kak,emm...nak panggil apa ye saya nak rekod tempahan akak kt buku ni" tanya Dalila teragak-agak sebab dari tadi dia menunggu wanita itu berhenti bercakap untuk dia menyoal. "ohh,letak je nama sekolah sains mara.Nanti kamu save,akan keluar nama sekolah sains mara tu nama saya lah.Saya ni banyak pakai nombor tak tau yang mana satu.Kadang anak guna kadang hubby guna.Saya tak suka pakai satu handpone atau satu line,leceh bila orang call,nanti enggage lines."Jelasnya berjela umpama keretapi tak ada brek.sikit ditanya berterabur dijawabnya.
Tapi Dalila tetap tersenyum walaupun masanya sudah banyak terbiar dan membazir.Pelanggan tetap diutamakan."Maksud saya,nama akak siapa." pendek soalan Dalila sambil terbongkok sedia untuk mencatat."Rabitah.Tulis je kak Rabitah MRSM ye.Bukan apa kalau kamu tak tulis MRSM kt belakang nama saya takut nanti kamu keliru,Kamu kan bisnes mesti ramai kamu akan jumpa nama yang serupa dengan saya.Jadi senang kalau kamu tulis nama saya lain dari yang lain" Rabitah seolah mengajar Dalila persis orang yang baru belajar menjahit atau baru bekerja. Dalila tarik nafas menahan sabar sambil mengangguk tanda faham.Dalam hatinya bengkak umpama bisul baru nak menjadi.Ini baru mukaddimah nak bertanya pasal fesyen baju,belum lagi ukur dan jahit baju.Fikir Dalila dalam hati.

                  "Akak nak buat fesyen macamana,kami tak tahu kehendak akak.Akak ada gambar contoh ke atau akak boleh design atas kertas.Senang sikit keje kami.Sebab akak nak cepat.Ni dah makan masa kami.Kami tak leh lama nak tutup kedai dah.Kan ahad,nak berehat dan kuar dengan famili pula" Shima tetiba mencelah dengan nada serius kerana terlalu boring dan menyampah dengan pelanggan dia yang seorang itu.Terkejut Dalila dengan ucapan yang meluncur  laju dar mulut Shima.Tak sangka sama sekali Shima boleh bercakap macam tu depan pelanggannya.
"Err..takpa Shima kita balik lewat sikit ye.Akak Rabitah maafkan kami ye.Ni pembantu saya Shima,dia baru bekerja di sini" Jelas Dalila penuh hormat demi menjaga hati pelanggannya dari terguris.

                  " Ohh..tak apa.Ok saya nak suruh kamu buat kurung moden.Berapa upah ye?"Tanya Rabitah. "Semua tailor sini ambik rm80-90 sebab kain sutera dan ada batu.Tapi saya ambik rm60 je" jawab Dalila. "Apa?,rm60,mahalnya,Takleh kurang ke? Saya selalu tempah dengan cina tu dia ambik rm50 je.Selalunya memang tempah dengan dia.Ni hari je saya terjumpa kamu dan hendak merasa tempah dengan orang melayu pula.Nak tolong orang melayu." Bentak Rabitah dengan nada sombong.
"Ha ah,nape tak tempah dengan cina tu,pegi je lah tempah dengan dia" Sampuk Shima dengan nada yang meninggi.Menyampahnya sudah sampai ke tahap maxima.Dari tadi lagi dia geram dengan pelanggan yang cerewet itu.

                   "  Memanglah saya nak tempah dengan dia pada awalnya tapi banyak pula kain baju dia nak jahit.Tak sempat kalau saya nak dalam minggu depan.Kalau tak saya tak le nak datang ke kedai awak ni" Jawab Rabitah sombong. "Emm..takpalah akak,saya akan cuba yang terbaik. Mari sini saya ambik sukatan badan akak, insyaAllah minggu depan boleh siap.Tapi harganya rm60 ye akak." pesan Dalila lagi. " Eh,kan saya kata mahal harga tu,xleh ke kurang sikit?" mohon Rabitah. "Oklah akak, rm55 ye.Dah murah dah tu.Rasa takda tailor nak terima macam saya ni.Kain akak tu sutera lembut,berbatu lagi serta kain berkaki.Memang rumit akak.Tapi takpah ni kali pertama akak tempah dengan saya,macam walk-in gitu.Lepas ni takleh dah harga macam ni tau." Lembut Dalila menjelaskan supaya Rabitah faham. " Ishh..kamu ni rm5 pun kamu berkira.Saya nak rm50,tu mahal lah.Baju kurung moden aja kan.Bukannya yang fesyen pelik-pelik.Ok lah saya nak balik nak cepat anak saya tunggu dalam kereta,lusa saya datang ambik tau.Saya mahu baju saya cantik dan sedap dipakai.Jangan hampakan saya.Malu saya nanti nak pergi majlis dato' tu." Keras pesanan Rabitah hingga menyentap kesabaran Dalila dan Shima berdua.
      
           Mereka berdua bertungkus lumus cuba menyiapkan kurung moden tempahan Rabitah.Dengan perasaan menyampah dan tension Shima menghayati pattern atau pola ukuran baju yang disediakan oleh Dalila.Dalam hati bercampur risau andai baju yang dijahit nanti tidak memenuhi citarasa Rabitah yang cerewet itu.Apalah yang bakal dijawabnya nanti. "Kak Dalila, perasan tak kain ni tak cukup 4 meter dan hanya 42 inci je lebar bukan 45 inci sebagaimana yang dia cakap semalam.Dah le berkaki,berbatu,kain lembek lepas tu tak cukup meter pulak,haissshh meroyan juga aku jahit baju pempuan ni.Kak Dalila pun satu,yang pegi terima watpe.Bagi je kat orang lain.Berlagak betul.Nampak macam kaya tapi kedekut nak mampos.Nak murah lak tu.Ingat senang ke nak jahit kain macam ni.Jahit le sendiri.Kalau Shima le tak hingin nak terima.Akak ni baik sangat.Dia nak tipu akak sebenarnya tu.Mana ada jahit baju kain macam ni harga rm50.Agak-agak le nak nipu." Berterabur peluru membebel Shima memecah sunyi kedai jahit Dalila.Majikannya hanya akur dan hanya pasang telinga mendengar bebelan pekerjanya.Baginya itu adalah satu cabaran dan ujian dalam dunia perniagaan sepertinya.

        "Takpalah Shima kita buat yang termampu.Manalah tau kan bila kita layan dia dengan baik,dia akan menyesal dan rasa hormat kat kita. Tak salah kita mengalah.Ada sebab nape Allah datangkan orang macam ni kt tempat kita.Kenapa dia tak pergi kedai lain.Sebab Allah nak bagi  sesuatu yang kita sendiri belum tahu .Manalah tahu satu hari dia akan tempah lagi dan jadi pelanggan tetap kita sebab kita murah dan tak berkira.Mungkin ada hikmah.Jap ye nak call kak Rabitah tu.Nak tanya kain ni tak cukup kalau kita tambah sikit bayaran dia boleh terima ke tak.Susah juga ni nak kena sambung kain pula" Dalila cuba menghubungi Rabitah meminta kebenaran.

"Hah,apa?Kamu buat apa dengan kain saya tu?  Kamu tahu tak kain saya tu harga berapa? Kamu ingat kain pasar malam ke.Kamu ni biar betul reti ke tak reti jahit baju ni.Kamu nak tampal sambung apa,nak tambah duit apa lagi? Ishh..risau lah aku dengan kamu berdua ni.Ok tunggu jangan buat apa-apa lagi kat kain tu.Tunggu saya datang".Angin Rabitah sudah keluar satu badan.Dari suaranya sudah cukup untuk Dalila menutup kedainya.Tapi Dalila harus bertenang dan sedia menghadapi karenah dan dugaan seperti itu walau pun pertama kali.

           Keesokannya Rabitah datang bersama dengan suami dan anaknya  ke kedai Dalila.Seperti biasa Dalila tetap tersenyum dan tenang walau dalam hatinya bergelumang seribu persoalan  dan skrip untuk jawapan andainya dia 'diserang' oleh suami isteri itu. 
"Dah lama  ke you menjahit baju orang" Tanya suami Rabitah dengan pandangan jelik.Matanya melilau memerhati setiap ruang kedai kecil yang kemas susunan aturnya. "Ya,insyaAllah lebih dari 20 tahun"Jawab Dalila ringkas. "Apa masalah dengan baju isteri saya.Kenapa kata kain tak cukup sedangkan masa saya beli kain tu yang terbaru dan dipakai kat patung lagi.Tuan kedai tu kata kain tu memang dapat sepasang baju.Bukan kami je yang beli malah beratus-ratus orang beli kain tu.Kalau kain tu tak cukup meter dan ada masalah,kenapa ramai orang beli?" Soal suami Rabitah umpama seorang pegawai penyiasat. "Encik,mari saya jelaskan.Encik pun sama tak faham tentang jualbeli kain ni.Kenapa masa beli encik tak ukur dulu bidang kain tu berapa,tengok ni saya ukur tak sampai 45 inci pun.Encik berdua dah kena tipu.Memang dari awal kami tahu tak cukup tapi kami boleh je buat cuma nak tambah rm5  je supaya jadi rm55 upah.Tu pun murah giler.Macam ni lah,kalau encik rasa kami ni tak layak nak jahit  baju isteri encik,takpalah kami minta maaf dan encik ambiklah kain ni hantar kt tailor lain.Kami banyak lagi nak siapkan tempahan orang."Dusss...tersentap terus jantung Rabitah dengan suaminya dengan ucapan berapi dan berani maki dari Shima. Mereka terus terdiam dan berlalu dari situ tanpa sebarang pesanan dan rungutan lagi. "Akak,nanti lusa saya akak datang ye.Jangan ambik hati dengan kami.InsyaAllah kami akan buat yang terbaik" Janji Dalila.

           Baju kurung moden warna merah tersangkut indah di ruang pameran dalam kedai milik Dalila. Terbayang di kelopak mata betapa anggun dan ayunya sipemakai di khalayak ramai nanti.Merah cili memang kena dengan warna kulit Rabitah yang kuning langsat itu." Eh,nape gelembung kat belakang ni. Cuba kecikkan sikit kat bahu boleh tak.Tak cantiklah" Komen Rabitah sebaik menyarung baju kurungnya.Sepantas kilat Shima mengambil dan menjahit sepertimana yang diarahkan.Rabitah menyarung semula."Lorhh...senget pulak kat bahu sebelah kanan ni,apa yang tak kena ni.Cuba korang betulkan mana yang perlu.Ishh..macamana ni.Dah lah masa suntuk,esok nak balik melaka dah. Macam-macamlah pulak." Rungut Rabitah sambil menanggal baju. Dalila dan Shima hanya mengikut apa yang disuruh oleh Rabitah tanpa sebarang kata.Akhir sekali Rabitah seolah kepenatan dan merasakan seolah-olah dia benar-benar menyusahkan Dalila dan Shima.Entah dari mana perasaan kesian  tiba-tiba datang dari lubuk  hati Rabitah terhadap mereka berdua.

           "Kesian kat korang,akak ni menyusahkan korang  ye.Sebenarnya akak dah ada baju baru tapi akak teringin nak pakai baju warna merah dan kain sutera ni masa majlis tu nanti.Takpa lah kalau tak siap juga harini esok pagi akak datang ambik ye. Ada hikmah nape baju tu asyik tak betul jahitan.Bukan korang tak mahir,sebab dh 20 tahun buka kedai kan.Kamu pun kata puasa sunat harini,sian kamu balik lambat pula nak berbuka kerana asyik siapkan baju akak" Rabitah tiba-tiba berubah emosi sambil memandang sayu ke arah Dalila yang yang tekun mengubahsuai bajunya. "Takpa kak  ni tugas saya.Saya pun sebelum ni macam akak juga.Suka pakai kain sutera masa kerja di jabatan kerajaan dulu.Suami saya yang selalu beli.Macam-macam jenis dan harga murah dan mahal.Saya pun cerewet juga macam akak.Ada je yang tak betul orang jahit.Sebab tu saya usaha belajar menjahit baju. Suami saya pula jenis suka kalau isterinya melawa dan pakai pakaian yang mahal-mahal.Tapi dulu lah.Sekarang biasa-biasa je." Dalila memulakan kisah sejarah hidupnya.
"ohh..kamu pernah kerja kerajaan ye? Suami kamu kerja apa?" Soal Rabitah ingin tahu. " Ye,saya bekas pegawai tadbir di salah sebuah jabatan kerajaan di ibu kota.Suami saya Pengurus Bank Rakyat". Jawab Dalila ringkas.Baginya,menceritakan kelebihan aset rumahtangga kepada orang adalah terlalu mual buatnya.Dia tidak suka menunjuk-nunjuk dan meninggi diri.Biarlah orang tidak tahu lagi baik. Terkedu Rabitah mendengar penjelasan Dalila.Tidak disangka bahawa orang yang dia hina dan perlekehkan itu adalah  isteri kepada bukan calang-calang orang.Dan wanita yang sedang menjahit bajunya itu  adalah bukan  asal tukang jahit yang tidak berpelajaran sepertinya.Sedangkan dia sendiri tidak ada sebarang sijil dan pekerjaaan selain surirumah sepenuh masa.Suaminya pun hanya seorang penolong kanan hal ehwal pelajar di MRSM.Rupanya baru dia sedar bahawa wanita yang di depannya itu lebih segala-gala darinya tetapi tetap dengan sikap merendah diri dan tenang.Rabitah terkedu merenung kerendahan budi yang ada pada dirinya.
            "Akak minta maaf kalau  akak suka paksa kamu.Dah berapa hari kamu asyik siapkan baju akak.Akak tengok dari awal kenal kamu,kamu tak pernah masam muka dan sabar dengan perangai akak.Tak pernah merungut dengan bayaran yang tak setimpal dengan kerja kamu.Akak tak pernah jumpa orang sebaik kamu.Andai satu hari akak tak ada kain yang nak dijahit,bolehkah akak datang saja-saja kat kedai kamu sekadar nak sembang-sembang?.Seronok jumpa kamu.Sebenarnya ada hikmah tempah baju di sini.Kalau tak akak tak akan jumpa orang baik macam kamu ni.Kamu benar-benar buat akak insaf". Rabitah menamatkan perbualannya sambil matanya bercucuran mengalir dipipi.


Friday, 20 November 2015


Ku JAMAH HATIMU


Sayang
tiap detik berlari
ku jamah nadi cinta
berdegup kencang di benak hati
engkau kah itu sayang
yang mengetuk mimpiku
dalam lena beradu




Rumah mewah yang kita miliki itu bukanlah hak kita yang hakiki.Itu hak Allah.Rumah kita ialah yang sempit dan punyai papan sekeping dan tiada berpintu dan bertingkap.Tak ada ruang makan,ruang rehat atau garaj dan balkoni.Pasu bunga dan landskap.Tak ada autogate dan cctv.Apatah lagi aircond sekeliling dan lampu terang benderang.Langsir mewah perabut empuk.Set bilik tidur yang nyaman serta kolam mandi.Tak ada alat pandang dengar serta gajet2 yang canggih.Semua itu tak ada bersama kita.Kawan2,jiran tetangga serta famili tersayang tidak dapat dibawa bersama.Hanyalah doa dari mereka andai ada tersisa sedikit waktu untuk mereka hadiahkan untuk pemergian kita nanti.Andai tiada,maka keseoranganlah juga kita di sana nanti.Sunyi yang benar2 sepi.Sahabatku,andai daku tiada khabar berita kelak jangan biarkan daku hilang begitu sahaja,carilah daku walau di dasar bumi yang menelan.Mungkin daku telah sampai di sana.Carilah daku dengan doamu wahai sahabatku.Al Fatihah untuk diri sendiri.


ADUS ABE WEEIII...


Doh berapo hari Jeton dok tunggu tok laki nyo kelik.Maklomlah tok laki dio kijo bawo lori pasir trip jauh.Male jumaat tu kelik lah tok laki dio.Buke main suko lagi Jeton menyambut kepulange tok laki kesayange dio.Hola mugo doh lamo tok jupo keh.Mu tau gapo.mu tau baco hok aku tulih jah.Kato Jeton dale hati.Gelenye sunggoh baso Jeton ni ruponyo.Tok laki dio pon tok kecek banyok rugi maso katonyo,terus masok bilik pege tange Jeton.Bertempik melolong lah Jeton mugo tok laki dio pege denge perasae gere dan rindu lah kato ke.Paka dok kecek kiro tok laki dio pon pecat baju pecat seluar.Seluar hok cemar keno tahi kucin maso nok turun dari lori tadi la..nyo jirik habih mecik ko kaki sluar dio,Tahi kucin ceroh perut bkali.Bilo doh bunyi gege rioh dale bilik denge bunyi suara Jeton merengek mace lembu nok blaki,rupo2 nyo,ado ore lalu tepi rumoh dio.Seli namo ore tu.Seli ni suko sangat nginta ore laki bini dok dale bilik.Sebab tu mato dio keceng sebeloh kane.Dio pong mulolah pase tligo luah2 sapa tngango mulot2.

"aduss abe,jange lah kuak sangat ..koho2 lah..abe gak ganah slalu dio..geli ni" renget Jeton manjo blender.
'aloh Ton gak abe wat koho jah ni,saba lah,tok tehe doh tu...tehe deh abe gosok2 dulu" bunyi soro tok laki Jeton pulok.
" ah..ahh....abe...ce laju sikit gosok tu braso sedak lah pulok. ah..ah...," Jeton ngere mace ibu aye dale sakok.
" abe pon tok tehe doh ni nok teke doh ni.Peje mato deh..Jange tengok.Mesti sedak. Abe teke koho2..ahh..ah.." kato tok laki Jeton penuh semangat.
" aduss abe...sakit...aduss..ahh..ahh...awwww...abe jange teke kuak, takot cepat pulok air ni tubik"
pese Jeton.

Seli kt luar rumoh doh tok tahu nok wat gano doh.Air lior bjelo kluar celoh mulot.Kalu bulih dio nok jah rukas dinding rumoh tu tapi takot pulok ore prase. Pnamo lah Jeton dan tok laki dio wat dale bilik tu lamo tumah tok slesa2 lagi.

"awww....abe..abe...cepat abe..sikit lagi...nok tubik doh..adusss..ahhh..ahh...teke lagi abe..lagii..."
suroh Jeton

"selok kain tinggi sikit abe nok teke ni...ahhh.....uuhhh....sakit dop....tehe sikit deh nok teke kuak ni....uuhhhh...ahhh.." kato tok laki Jeton

"adusss..abeee......doh..doh pecoh dohh..tubik sembo doh daroh ni...mano tisu..tisuuu..habis basoh kain ni...adoiii pedihhh..." gelepar Jeton.

"alhamdulillah,..huhh..lego abe biso Ton doh pecoh.Kalu abe tok teke kuak gitu tok tau bilo nok pecoh,dok terik mace buoh tometo.Sakik dop Ton.Lepah ni tele ubat tehe sakik lah deh.Ok abe nok gi mandi pulok,letih dok berembah nge biso."


Seli reboh jlepek dok stim sore diri kt bawoh rumoh.Baso benggong meme lagu tu lah.Ore laki bini dok pecek biso dio ingat ore dok wat gapo pulok haisshhh...



Sekadar mengingat tak kira lelaki ke wanita bila nak solat tolong peka pada pakaian yang di pakai.Test dulu kt rumah ok ke tak pakaian mcm tu di bawa utk sembah Allah.Jangan ikut sarung je asalkan tutup depan,belakang tu lantak le apa nak jadi.Pakaian kena ambik kira.Walau berjubah pun tgk pada jenis kain.Nama je jubah tapi belum tentu menutup segalanya.Jangan rasa selesa apa yang dipakai.Bagi wanita bawa lah telekung sahaja pun tak mengapa sebab solat itu bukan hanya berdiri sampai sudah,ada perbuatan yang memerlukan kita rukuk,sujud.Masa sujud itulah perlu diambil kira.Solat sudah tapi pahala entah kemana.



LAHAR HATI


Biar lahar membuak lahap
kan ku ratah gelora 
dalam sepi hening
tidak ku biar petir meraung
terus memanah
hati nan rungsing


LAYU DI RANTING RINDU

Kau sunting kasih
namun kau biarkan
dahan cinta terkulai
di ranting rindu

Friday, 6 November 2015


DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 33



                                   Rina teramat gelisah,bagaimana ayat dan alasan yang hendak dia karang selepas ini. Sudah bertahun-tahun dia menjadi pengarang skrip palsu tentang hidupnya kepada majikan tempat dia bekerja demi mengelak dari tercium bau kisah rumahtangganya.Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kerana Rina seorang yang bijak dan pandai menyembunyikan emosi.Hari ini adalah hari penentu samada dia dilepaskan atau sebaliknya oleh suaminya Muaz.Seawal pagi Rina sudah sediakan makanan untuk tengahari dan kemas rumah.Manalah tahu lepasik dari mahkamah nanti lain pula perasaannya.Setelah semua anak-anaknya dihantar ke sekolah masing-masing, barulah Rina ke tempat kerjanya.

                                  Rina menarik nafas panjang-panjang dan memejamkan mata dengan hati yang lapang dan tenang kerana ini kali terakhir dia ingin menipu majikannya.Skrip sudah siap di mindanya.Sebelum ini sudah bermacam-macam yang direka Rina sehingga majikannya terus angguk tanpa banyak menyoal kerana sudah tidak tahu apa lagi yang hendak disoal." emmm..ok,baiklah.Hati-hati di bank tu ye,tengok kiri kanan dulu masa nak keluar duit tu dan masa nak masuk ke kereta takut ada orang ikut lak.sekarang ni banyak jenayah berlaku" pesan majikan dengan senyum yang amat manis.Lega hati Rina dan cepat-cepat dia menghulurkan tangan serta mencium tangan majikannya lalu bergegas dari situ.Staff yang lain hanya memandang dengan pandangan kosong.

                               


DIRIMU BUKAN UNTUKKU

EPISOD 34 



                   Tepat jam 9 pagi Rina sudah terpacak di hadapan mahkamah syariah.Hatinya tenang.Wajahnya sentiasa menguntum senyum pada sesiapa yang menyapanya,Bukan dia berasa bebas atau merasa selepas ini dia bakal menjadi janda glamour atau digilai lelaki.Atau merasakan sebentar lagi saham wanitanya akan naik kembali seperti remaja dulu,oh tidak mungkin.Itu fikiran wanita yang tidak sedarkan diri,Rina bukan macam tu. Dia ingin bercerai kerana hendak menegakkan keadilan dan kerana Allah.Bukan hendak mencari cinta baru atau lebih tepat mencari jantan seperti yang Muaz tuduh terhadapnya.Biarkan dia nak kata apa,janji dia lepaskan aku sebentar lagi.Nama Rina dipanggil untuk masuk dalam kandang mahkamah.Kelihatan Muaz dan Aina menyusuri di belakang.Rina terkejut melihat Aina pun ada sama.
Kenapalah kau bawa si Aina tu wahai lelaki yang zalim,kan Aina tu tengah nak final exam,nanti  emosi dia terganggu.Kau fikir diri kau je,tak abis-abis pentingkan diri sendiri. Tetiba Rina tersentak bila namanya dipanggil. Rina mengangguk apa yang dibacakan oleh peguam dan hakim.Hakim memerintahkan  Muaz untuk melafazkan talak.Sambil meletakkan tangan di atas quran Muaz dengan teragap-agap dan suara yang tersekat-sekat menahan sebak melafazkan cerai talak satu pada Rina.Rina tunduk tenang.Tiada setitis airmata yang jatuh dipipinya.Kerana kolam airmatanya sudah lama kering.Tapi Rina terkedu seketika apabila sebelum Muaz melafazkan talak sebentar tadi,hakim menyatakan bahawa Rina akan diceraikan tetapi dengan syarat tidak boleh menuntut nafkah edah dan mutaah.Hakim bertanya padanya samada faham atau tidak dengan tawaran itu,tapi apabila Rina menoleh ke arah peguamnya,peguam itu menyuruhnya mengangguk kepala tanda setuju.Dan Rina pun akur dan menurut apa yang disuruh peguamnya.Maka tamatlah riwayat bahtera Rina dan Muaz selama 19 tahun dalam suasana suka dan duka.....

....bersambung...






KONTANG

Dingin malam yang meresah
kontang jiwa dibalut sepi
terkedu aku dalam pasrah
mengharap jasad
diselimut kasih






SAYANG KU TINGGALKAN

Telah ku tinggalkan sayang
nun jauh dirimba belantara
kasih tidak lagi mengulik cinta
hati tidak lagi menagih rindu
semua ku pahat di sini
di sinilah desaku
desa imanku
antara Allah
dan Rasul.



Se alim mana orang itu,sebijak mana orang itu,ada benda yang dia sendiri tak tahu tapi org jahil dan org lemah pula yang tahu.Maka sekali sekala lihatlah tanah yang dipijak,tahi burung atas kepala..