CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Tuesday, 24 November 2015



CERPEN  ILMIAH

AIRMATA KURUNG MODEN WARNA MERAH


                Sebenarnya Dalila tak buka kedai pada hari minggu.Sebab itulah satu-satu hari yang dia dapat berehat dan meluruskan kaki serta urat saraf.Tapi Dalila ada panggilan telefon dari pelanggan untuk datang ke kedai jahitnya selepas zuhur.Dalila amat mengambil berat tentang kebajikan pelanggannya.Dia rela korbankan masa rehat dan santai demi seorang pelanggan.Baginya seorang pelanggan adalah sebuah rezeki buatnya. 
                
                Dalila mengemas dan menyusun segala peralatan dan pakaian tempahan di kedai bersama pembantu barunya Shima.Biarpun kedainya baru beroperasi selama 4 bulan tapi pelanggannya menyamai dengan kedai-kedai jahit yang sudah bertahun-tahun menapak.Dalila seorang yang ramah dan suka merendah diri.Di bibirnya sentiasa menguntum senyum pada setiap orang yang melewati kedainya.

                "Assalamualaikum,akak cari siapa." Sapa Dalila pada seorang wanita pertengahan umur yang melalui kedainya dan seolah-olah tercari-cari sesuatu. "Err,awak ni tukang jahit baru ye,sebab saya tak pernah nampak pun kedai ini sebelum ni." Jawab wanita itu wanita itu sambil membelek-belek blaus yang bergantungan di kedai Dalila." Ya,saya.Baru 4 bulan di sini.Akak nak tempah baju ke atau cari seseorang" Tanya Dalila lagi dengan nada sopan. Dia masih ragu dengan tujuan wanita yang di hadapannya.Sebab selalunya ada juga yang datang ke kedainya sekadar ingin bertanya harga atau ingin membuat perbandingan dengan kedai-kedai yang lain."Nak tempah baju.Awak tahu ke jahit baju fesyen,maksud saya fesyen yang boleh nampak bentuk badan gitu,Sebab saya tak pernah pakai baju macam tu asyik baju kurung je.Nak juga merasa baju yang terkini,kan.Lagi pun saya ada function minggu depan di Melaka.Kawan hubby saya,dato'.Dato' tu nak sangat saya hadir kt majlis dia.Datin tu kalau tak ada saya, hemmm...jenuh le hubby saya nak menjawabnya.Dah biasa kalau majlis dia saya kena ada."panjang lebar wanita itu memberi penerangan tanpa perlu disoal oleh Dalila.Dia menjeling ke arah Shima.Pembantunya itu menarik nafas tanpa ada rasa sesak dan penat sambil bibirnya mencebek sedikit.Dalila faham perasaan Shima waktu itu.Takpalah Shima masih baru di kedainya,baru seminggu.Dia perlu banyak belajar tentang kerenah pelanggan.

               "InsyaAllah boleh kak,emm...nak panggil apa ye saya nak rekod tempahan akak kt buku ni" tanya Dalila teragak-agak sebab dari tadi dia menunggu wanita itu berhenti bercakap untuk dia menyoal. "ohh,letak je nama sekolah sains mara.Nanti kamu save,akan keluar nama sekolah sains mara tu nama saya lah.Saya ni banyak pakai nombor tak tau yang mana satu.Kadang anak guna kadang hubby guna.Saya tak suka pakai satu handpone atau satu line,leceh bila orang call,nanti enggage lines."Jelasnya berjela umpama keretapi tak ada brek.sikit ditanya berterabur dijawabnya.
Tapi Dalila tetap tersenyum walaupun masanya sudah banyak terbiar dan membazir.Pelanggan tetap diutamakan."Maksud saya,nama akak siapa." pendek soalan Dalila sambil terbongkok sedia untuk mencatat."Rabitah.Tulis je kak Rabitah MRSM ye.Bukan apa kalau kamu tak tulis MRSM kt belakang nama saya takut nanti kamu keliru,Kamu kan bisnes mesti ramai kamu akan jumpa nama yang serupa dengan saya.Jadi senang kalau kamu tulis nama saya lain dari yang lain" Rabitah seolah mengajar Dalila persis orang yang baru belajar menjahit atau baru bekerja. Dalila tarik nafas menahan sabar sambil mengangguk tanda faham.Dalam hatinya bengkak umpama bisul baru nak menjadi.Ini baru mukaddimah nak bertanya pasal fesyen baju,belum lagi ukur dan jahit baju.Fikir Dalila dalam hati.

                  "Akak nak buat fesyen macamana,kami tak tahu kehendak akak.Akak ada gambar contoh ke atau akak boleh design atas kertas.Senang sikit keje kami.Sebab akak nak cepat.Ni dah makan masa kami.Kami tak leh lama nak tutup kedai dah.Kan ahad,nak berehat dan kuar dengan famili pula" Shima tetiba mencelah dengan nada serius kerana terlalu boring dan menyampah dengan pelanggan dia yang seorang itu.Terkejut Dalila dengan ucapan yang meluncur  laju dar mulut Shima.Tak sangka sama sekali Shima boleh bercakap macam tu depan pelanggannya.
"Err..takpa Shima kita balik lewat sikit ye.Akak Rabitah maafkan kami ye.Ni pembantu saya Shima,dia baru bekerja di sini" Jelas Dalila penuh hormat demi menjaga hati pelanggannya dari terguris.

                  " Ohh..tak apa.Ok saya nak suruh kamu buat kurung moden.Berapa upah ye?"Tanya Rabitah. "Semua tailor sini ambik rm80-90 sebab kain sutera dan ada batu.Tapi saya ambik rm60 je" jawab Dalila. "Apa?,rm60,mahalnya,Takleh kurang ke? Saya selalu tempah dengan cina tu dia ambik rm50 je.Selalunya memang tempah dengan dia.Ni hari je saya terjumpa kamu dan hendak merasa tempah dengan orang melayu pula.Nak tolong orang melayu." Bentak Rabitah dengan nada sombong.
"Ha ah,nape tak tempah dengan cina tu,pegi je lah tempah dengan dia" Sampuk Shima dengan nada yang meninggi.Menyampahnya sudah sampai ke tahap maxima.Dari tadi lagi dia geram dengan pelanggan yang cerewet itu.

                   "  Memanglah saya nak tempah dengan dia pada awalnya tapi banyak pula kain baju dia nak jahit.Tak sempat kalau saya nak dalam minggu depan.Kalau tak saya tak le nak datang ke kedai awak ni" Jawab Rabitah sombong. "Emm..takpalah akak,saya akan cuba yang terbaik. Mari sini saya ambik sukatan badan akak, insyaAllah minggu depan boleh siap.Tapi harganya rm60 ye akak." pesan Dalila lagi. " Eh,kan saya kata mahal harga tu,xleh ke kurang sikit?" mohon Rabitah. "Oklah akak, rm55 ye.Dah murah dah tu.Rasa takda tailor nak terima macam saya ni.Kain akak tu sutera lembut,berbatu lagi serta kain berkaki.Memang rumit akak.Tapi takpah ni kali pertama akak tempah dengan saya,macam walk-in gitu.Lepas ni takleh dah harga macam ni tau." Lembut Dalila menjelaskan supaya Rabitah faham. " Ishh..kamu ni rm5 pun kamu berkira.Saya nak rm50,tu mahal lah.Baju kurung moden aja kan.Bukannya yang fesyen pelik-pelik.Ok lah saya nak balik nak cepat anak saya tunggu dalam kereta,lusa saya datang ambik tau.Saya mahu baju saya cantik dan sedap dipakai.Jangan hampakan saya.Malu saya nanti nak pergi majlis dato' tu." Keras pesanan Rabitah hingga menyentap kesabaran Dalila dan Shima berdua.
      
           Mereka berdua bertungkus lumus cuba menyiapkan kurung moden tempahan Rabitah.Dengan perasaan menyampah dan tension Shima menghayati pattern atau pola ukuran baju yang disediakan oleh Dalila.Dalam hati bercampur risau andai baju yang dijahit nanti tidak memenuhi citarasa Rabitah yang cerewet itu.Apalah yang bakal dijawabnya nanti. "Kak Dalila, perasan tak kain ni tak cukup 4 meter dan hanya 42 inci je lebar bukan 45 inci sebagaimana yang dia cakap semalam.Dah le berkaki,berbatu,kain lembek lepas tu tak cukup meter pulak,haissshh meroyan juga aku jahit baju pempuan ni.Kak Dalila pun satu,yang pegi terima watpe.Bagi je kat orang lain.Berlagak betul.Nampak macam kaya tapi kedekut nak mampos.Nak murah lak tu.Ingat senang ke nak jahit kain macam ni.Jahit le sendiri.Kalau Shima le tak hingin nak terima.Akak ni baik sangat.Dia nak tipu akak sebenarnya tu.Mana ada jahit baju kain macam ni harga rm50.Agak-agak le nak nipu." Berterabur peluru membebel Shima memecah sunyi kedai jahit Dalila.Majikannya hanya akur dan hanya pasang telinga mendengar bebelan pekerjanya.Baginya itu adalah satu cabaran dan ujian dalam dunia perniagaan sepertinya.

        "Takpalah Shima kita buat yang termampu.Manalah tau kan bila kita layan dia dengan baik,dia akan menyesal dan rasa hormat kat kita. Tak salah kita mengalah.Ada sebab nape Allah datangkan orang macam ni kt tempat kita.Kenapa dia tak pergi kedai lain.Sebab Allah nak bagi  sesuatu yang kita sendiri belum tahu .Manalah tahu satu hari dia akan tempah lagi dan jadi pelanggan tetap kita sebab kita murah dan tak berkira.Mungkin ada hikmah.Jap ye nak call kak Rabitah tu.Nak tanya kain ni tak cukup kalau kita tambah sikit bayaran dia boleh terima ke tak.Susah juga ni nak kena sambung kain pula" Dalila cuba menghubungi Rabitah meminta kebenaran.

"Hah,apa?Kamu buat apa dengan kain saya tu?  Kamu tahu tak kain saya tu harga berapa? Kamu ingat kain pasar malam ke.Kamu ni biar betul reti ke tak reti jahit baju ni.Kamu nak tampal sambung apa,nak tambah duit apa lagi? Ishh..risau lah aku dengan kamu berdua ni.Ok tunggu jangan buat apa-apa lagi kat kain tu.Tunggu saya datang".Angin Rabitah sudah keluar satu badan.Dari suaranya sudah cukup untuk Dalila menutup kedainya.Tapi Dalila harus bertenang dan sedia menghadapi karenah dan dugaan seperti itu walau pun pertama kali.

           Keesokannya Rabitah datang bersama dengan suami dan anaknya  ke kedai Dalila.Seperti biasa Dalila tetap tersenyum dan tenang walau dalam hatinya bergelumang seribu persoalan  dan skrip untuk jawapan andainya dia 'diserang' oleh suami isteri itu. 
"Dah lama  ke you menjahit baju orang" Tanya suami Rabitah dengan pandangan jelik.Matanya melilau memerhati setiap ruang kedai kecil yang kemas susunan aturnya. "Ya,insyaAllah lebih dari 20 tahun"Jawab Dalila ringkas. "Apa masalah dengan baju isteri saya.Kenapa kata kain tak cukup sedangkan masa saya beli kain tu yang terbaru dan dipakai kat patung lagi.Tuan kedai tu kata kain tu memang dapat sepasang baju.Bukan kami je yang beli malah beratus-ratus orang beli kain tu.Kalau kain tu tak cukup meter dan ada masalah,kenapa ramai orang beli?" Soal suami Rabitah umpama seorang pegawai penyiasat. "Encik,mari saya jelaskan.Encik pun sama tak faham tentang jualbeli kain ni.Kenapa masa beli encik tak ukur dulu bidang kain tu berapa,tengok ni saya ukur tak sampai 45 inci pun.Encik berdua dah kena tipu.Memang dari awal kami tahu tak cukup tapi kami boleh je buat cuma nak tambah rm5  je supaya jadi rm55 upah.Tu pun murah giler.Macam ni lah,kalau encik rasa kami ni tak layak nak jahit  baju isteri encik,takpalah kami minta maaf dan encik ambiklah kain ni hantar kt tailor lain.Kami banyak lagi nak siapkan tempahan orang."Dusss...tersentap terus jantung Rabitah dengan suaminya dengan ucapan berapi dan berani maki dari Shima. Mereka terus terdiam dan berlalu dari situ tanpa sebarang pesanan dan rungutan lagi. "Akak,nanti lusa saya akak datang ye.Jangan ambik hati dengan kami.InsyaAllah kami akan buat yang terbaik" Janji Dalila.

           Baju kurung moden warna merah tersangkut indah di ruang pameran dalam kedai milik Dalila. Terbayang di kelopak mata betapa anggun dan ayunya sipemakai di khalayak ramai nanti.Merah cili memang kena dengan warna kulit Rabitah yang kuning langsat itu." Eh,nape gelembung kat belakang ni. Cuba kecikkan sikit kat bahu boleh tak.Tak cantiklah" Komen Rabitah sebaik menyarung baju kurungnya.Sepantas kilat Shima mengambil dan menjahit sepertimana yang diarahkan.Rabitah menyarung semula."Lorhh...senget pulak kat bahu sebelah kanan ni,apa yang tak kena ni.Cuba korang betulkan mana yang perlu.Ishh..macamana ni.Dah lah masa suntuk,esok nak balik melaka dah. Macam-macamlah pulak." Rungut Rabitah sambil menanggal baju. Dalila dan Shima hanya mengikut apa yang disuruh oleh Rabitah tanpa sebarang kata.Akhir sekali Rabitah seolah kepenatan dan merasakan seolah-olah dia benar-benar menyusahkan Dalila dan Shima.Entah dari mana perasaan kesian  tiba-tiba datang dari lubuk  hati Rabitah terhadap mereka berdua.

           "Kesian kat korang,akak ni menyusahkan korang  ye.Sebenarnya akak dah ada baju baru tapi akak teringin nak pakai baju warna merah dan kain sutera ni masa majlis tu nanti.Takpa lah kalau tak siap juga harini esok pagi akak datang ambik ye. Ada hikmah nape baju tu asyik tak betul jahitan.Bukan korang tak mahir,sebab dh 20 tahun buka kedai kan.Kamu pun kata puasa sunat harini,sian kamu balik lambat pula nak berbuka kerana asyik siapkan baju akak" Rabitah tiba-tiba berubah emosi sambil memandang sayu ke arah Dalila yang yang tekun mengubahsuai bajunya. "Takpa kak  ni tugas saya.Saya pun sebelum ni macam akak juga.Suka pakai kain sutera masa kerja di jabatan kerajaan dulu.Suami saya yang selalu beli.Macam-macam jenis dan harga murah dan mahal.Saya pun cerewet juga macam akak.Ada je yang tak betul orang jahit.Sebab tu saya usaha belajar menjahit baju. Suami saya pula jenis suka kalau isterinya melawa dan pakai pakaian yang mahal-mahal.Tapi dulu lah.Sekarang biasa-biasa je." Dalila memulakan kisah sejarah hidupnya.
"ohh..kamu pernah kerja kerajaan ye? Suami kamu kerja apa?" Soal Rabitah ingin tahu. " Ye,saya bekas pegawai tadbir di salah sebuah jabatan kerajaan di ibu kota.Suami saya Pengurus Bank Rakyat". Jawab Dalila ringkas.Baginya,menceritakan kelebihan aset rumahtangga kepada orang adalah terlalu mual buatnya.Dia tidak suka menunjuk-nunjuk dan meninggi diri.Biarlah orang tidak tahu lagi baik. Terkedu Rabitah mendengar penjelasan Dalila.Tidak disangka bahawa orang yang dia hina dan perlekehkan itu adalah  isteri kepada bukan calang-calang orang.Dan wanita yang sedang menjahit bajunya itu  adalah bukan  asal tukang jahit yang tidak berpelajaran sepertinya.Sedangkan dia sendiri tidak ada sebarang sijil dan pekerjaaan selain surirumah sepenuh masa.Suaminya pun hanya seorang penolong kanan hal ehwal pelajar di MRSM.Rupanya baru dia sedar bahawa wanita yang di depannya itu lebih segala-gala darinya tetapi tetap dengan sikap merendah diri dan tenang.Rabitah terkedu merenung kerendahan budi yang ada pada dirinya.
            "Akak minta maaf kalau  akak suka paksa kamu.Dah berapa hari kamu asyik siapkan baju akak.Akak tengok dari awal kenal kamu,kamu tak pernah masam muka dan sabar dengan perangai akak.Tak pernah merungut dengan bayaran yang tak setimpal dengan kerja kamu.Akak tak pernah jumpa orang sebaik kamu.Andai satu hari akak tak ada kain yang nak dijahit,bolehkah akak datang saja-saja kat kedai kamu sekadar nak sembang-sembang?.Seronok jumpa kamu.Sebenarnya ada hikmah tempah baju di sini.Kalau tak akak tak akan jumpa orang baik macam kamu ni.Kamu benar-benar buat akak insaf". Rabitah menamatkan perbualannya sambil matanya bercucuran mengalir dipipi.


No comments:

Post a Comment