CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Thursday, 28 January 2016




KEBURUKAN MENONTON VIDEO LUCAH


Pada masa kini, ramai di antara kita telah terjebak dalam kes-kes yang tidak bermoral seperti menonton video lucah. Golongan belia selalu dikaitan dengan kes-kes sebegini kerana mereka sedang melalui proses "ingin tahu" dalam hidup mereka. rasa ingin tahu yang mendalam membuatkan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru menyebabkan mereka lupa akan kekuasaan Allah S.W.T.
Menonton video lucah adalah haram dan berdosa besar di sisi Islam. Namun, anak-anak muda di luar sana masih rancak menonton video lucah tanpa mengira masa dan ketika. Banyak keburukan yang akan didapati oleh seseorang apabila menonton video lucah. Antaranya ialah mereka akan mengalami peningkatan membuat imej dalam otak mereka. Mereka akan sering terbayang akan gambar-gambar yang mereka dapati dalam video lucah. Video lucah memberi ransangan yang mendalam kepada otak menyebabkan otak menyimpan memori yang akan kekal lama dalam ingatan seseorang. seseorang penggemar video lucah sering duduk termenung kerana mereka sedang "menonton" video lucah mereka dalam keadaan luar sedar. Kesimpulannya, video lucah menyebabkan pemikiran seseorang akan terganggu dan memberikan kesan yang negatif terhadap kehidupan sehari-hari.
Lebih memburukkan lagi, menonton video lucah menyebabkan daya tahan badan akan berkurangan. seseorang yang pernah menonton video lucah akan mengalami daya tahan badan yang lemah. Mereka akan berasa letih dan kurang menyenangkan selepas menonton video lucah. Pemikiran mereka sedang bermain dengan gambar-gambar yang tidak senonoh. Daya tahan badan berkurang disebabkan oleh peningkatan sel-sel badan merembeskan hormon-hormon yang meningkatkan daya rangsangan seseorang itu. Aktiviti merembeskan hormon tersebut memerlukan tenaga yang banyak menyebabkan seseorang itu mudah berasa letih dan cepat mengantuk. Rembesan hormon yang terlalu banyak amat membahayakan kesihatan kita. Hormon-hormon yang berlebihan akan meransang otak untuk menjalani aktiviti yang sama seperti seseorang itu sedang menonton video lucah. hormon ini akan meningkatkan nafsu mereka menguasai diri mereka. Masalah moral yang sering kita dengari seperti buang anak, anak luar nikah, rogol dan sebagainya sebenarnya berpunca daripada video lucah. Hormoh tersebut telah meransang otak mereka secara berlebihan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri mereka daripada melakukan perkara yang tidak akan wujud di dalam diri seorang manusia yang soleh dan solehah. Tuntasnya, video lucah menyebabkan seseorang itu akan bertindak di luar kawalan mereka menyebabkan perkara-perkara yang buruk berlaku seperti perkara yang mengisi jendela akhbar pada hari ini.
Izharnya, video lucah memberikan keburukan yang cukup dahsyat kepada seseorang individu. Janganlah kita terjebak dalam situasi sebegini kerana padah yang kita tidak sedari akan menimpa kehidupan kita bak kata pepatah malang tidak berbau. Ingatlah bahawa Allah melihat apa yang kamu lakukan di atas muka bumi ciptaan-Nya. Jangan sesekali bersembunyi daripada manusia kerana Allah tetap mengetahui apa yang kamu lakukan kerana Allah Maha Mengetahui.



Merenung senja..

Kita selalu berjanji nanti kalau jumpa Allah nak semuanya bersih.Suci dari segala dosa.Tapi kita nipu Dia. Kita tak buat pun.Semua kita kena buat sendiri ,melainkan bila nak mandikan dan kebumikan kita orang lain yang buat bila dah jadi jenazah nanti.

Monday, 18 January 2016



                                                                   ASWAD


                     " Hello,Nita buat apa tu?"tiba-tiba mak kecik aku entah apa mimpi pepagi talipon.
"Basuh kain mak kecik,nape mak kecik sihat ke? Kat mana ni?"
"Rumah.Saja je mak kecik nak tanya esok Nita keje ke? Bukan apa kalau free datanglah rumah mak kecik sebab mak kecik ada nak masak makaroni bakar kesukaan Nita."
"Oh ya?..yeahhh..sedapnya.mesti best mak kecik masak.Ok esok nita pergi ye,tunggu....".Aku sudah tidak sabar lagi untuk ke rumah mak kecik dan hidung ini sudah terbau aura masakannya yang lazat.Mak kecik memang terkenal dengan masakan ala barat dan western food.Aku percepatkan cucian handwash yang sebaldi itu.Jemur cepat-cepat supaya senang kalau nak tinggal rumah pakaian kotor sudah terbasuh.

                     "Assalamualaikum mak kecik...Nita ni..." Aku memanggil mak kecik yang sunyi sepi dalam rumah sebaik saja sampai.Susunan kasut tersusun rapi di rak kasut mak kecik.Hanya koleksi kasut dan seliparnya sahaja di situ.Bermakna tiada tetamu,syukur alhamdulillah kalau tak aku kena kena masak,kemas rumah bagai kalau ada tetamunya.

"Waalaikumussalam,Nita ke tu? Kejap ye..."sahutnya dari dalam rumah. Tidak lama kemudian dia membuka pintu dengan wajah ceria bercampur risau.
"Ssssyhh...(dia meletakkan jari ke mulut)..pelan-pelan cakap,nanti Aswad dengar dan terbangun".Pesannya sambil menyambut salam ku dan terus ajak aku ke dapur.
"Mak kecik dah sediakan bahan-bahannya.Nita masuk bilik nombor tiga tu ye,sebab bilik nombor dua Aswad dah book awal,hahaa..dia penatlah tu tadi baru balik.Ok pegi tukar pakaian ke apa dan minum jus oren atas meja tu selepas itu kita boleh beroperasi.Mesti Nita penat naik bas tadi kan..".Seperti biasa mak kecik layan aku seperti tetamu kehormat.
          Mak kecik dengan standard minah salehnya apabila masuk dapur tak sah kalau tidak beruniform chef.Walau masak cucur dan goreng telor mata kerbau sekalipun mak kecik akan pakai apron,serta cap atas kepala.Dengan slanga victoria nya sebijik macam mem dalam cerita kartun zaman tok nenek moyang dulu.Dengan rambut pendek warna putih selasih,berkacamata bingkai tebal beserta power yang terlalu tinggi sehingga mata dan anak mata mak kecik jadi terlalu besar mengalahkan kanta pembesar.  Macam telur mata kerbau pula aku tengok mata mak kecik tu.

            "Ok Nita dah ready ni mak kecik.Nak buat apa dulu."Aku meminta arahan dari mak kecik.

"Pakai cap dan apron kemas-kemas.Jaga kebersihan nanti Aswad bangun tengok kita masak kotor-kotor dia tak mahu makan.Aswad tu penggeli tau." Pesannya.
"Oh..ok..lamanya dia tidur."Aku menjadi serba salah.Dadaku berdegub kencang.Sebab aku bukanlah mahir tentang masak memasak ni.Mahir makan je.Cakap lah style apa sekali pun cara makan aku tahu.Jangan cara masak.Ini mat saleh ke sape dalam bilik tu.Tidur mampus.Tak kan langsung tak dengar aku riuh rendah menumbuk dengan lesung batu ni.
"Opppsss..stop.Don't do like thats.Bukan cara macam tu menumbuk my dear.Mula-mula lapik tuala ini di bawah lesung.Lepas itu guna sudu plastik untuk menceduk bahan yang ditumbuk.Faham?"
"Faham. Sayur ni nak potong macamana?"
"owh..semua satu inci.Sebentar mak kecik ambil pembaris sebab nanti tak cantik sayur tu ada panjang pendek pula."
Fuhhh....mati aku kali ni.Pukul berapa lah nak siap masak kalau macam ni..sabar,sabar..
"Lepas tu dalam resepi kata, masukkan belacan sebesar ibu jari...ok,mak kecik dah ukur dengan ibujari ni.Dan tumbuk bersama dengan dua tiga biji cili api.Nita tolong ambik dua tiga biji cili dalam freezer ye."
"Nak ambik yang mana,dua atau tiga?"
"Dia kata dua tiga biji.Mula-mula ambik dua,lepas tu tiga biji ."
"Ok,lepas tu,apa lagi mak kecik?"
"Tumis sampai naik bau dan naik minyak." begitu teliti dan tertib mak kecik di dapur.Sebijik dia patuh pada arahan dalam buku.Kalau dalam buku kata pakai sudu besi dia akan pakai sudu besi.Kalau kata segenggam dia akan sukat sengenggam.
"Mak kecik..dah masak dah.Boleh angkat ke"
"Yes dear,very good.Pandai pun Nita goreng bahan-bahan.Ok next masukkan ayam yang di dadu kiub,masak sampai empuk,and last sekali masukkan manggi.."
"Lorhhhh...astaga...mati-mati aku ingat orang tua minah saleh celup ni nak masak makaroni bakar ke,beriya-iya suruh aku ukur dengan pembaris isi ayam potong kiub sama besar...maggi rupanya...emmm....sabar ajelah.Dari pukul 2 tadi sekarang dah pukul 5 petang baru siap masak maggi sebungkus.Perut aku dah le lapar.Tapi takkan banyak ni je dia masak,tu jantan dalam bilik tu nak makan apa,maggi ni ke? Ishh...tak patut..tak patut..." rungut aku dalam hati.
"Mak kecik,bila teruna tu nak bangun,lamanya dia tido?" Sebenarnya aku sudah tak sabar ingin melihat jejaka dalam bilik tu.Mesti handsome giler.Nama Aswad itu pun dah cukup membayangkan beliau adalah seorang yang kacak dan gagah.Bertuah le kalau dapat couple dengan dia.Mesti kelulusan dari luar juga ni.

Meowwwww....meowwww....

"Eh..eh...hello good evening Aswad...sudah bangun ye..cik Nita kata Aswad tidur lama.Terkejutkan tengok cik Nita ni.Jap ye mami dan cik Nita nak makan dulu.Lepas tu baru Aswad makan,ok?" Mak kecik sibuk mengemas meja dan mengatur pinggan serta gelas atas meja.Aku terkaku,tercengang,tersengih,ternganga seorang diri di tepi meja tanpa sepatah kata...bayangan Aswad semakin hilang dari khayalan...


                                     TAMAT



Sunday, 17 January 2016



KENAPA PAHIT MENELAN MADU?


Pahit ke?.Madu itukan manis.Madu itukan banyak khasiat.Sebab tidak tahu cara penggunaan dan pengetahuan singkat dan terhad maka itu dikatakan madu itu pahit.Bayangkan benda yang manis dikatakan pahit,itu bermakna yang memakannya itu sebenarnya tidak sihat dan hilang deria rasa.Dia sakit sebenarnya.Sakit rohani.Jiwa penuh dengan irihati dan hasad.Dia tidak faham konsep redha yang Allah garis dalam Al Quran.Kadang baca Al Quran hari-hari sampai dua tiga kali khatam.Baca lah Surah An Nisa' dan Al Baqarah.Di dalam kedua surah itu banyak menjelaskan tentang poligami dan hak isteri terhadap suami.

Suami itu hak Allah dan dia mempunyai hak untuk beristeri lebih dari satu.Kenapa harus mengekang nafsu dan kemahuan mereka.Bukankah mereka yang menanggung segala dosa,nafkah dan zakat fitrah?.Mereka adalah imam kepada isteri dan anak-anak.Tetapi dengan bersyarat,adil dan bertanggungjawab serta berkemampuan.Berbalik kepada para isteri.Janganlah merasa tamak dan mempunyai perasaan ingin membolot seluruh kasih sayang suami dan rezekinya.Semuanya itu tidak kemana.Kalau Allah hendak tarik suami dan hartanya,semuanya akan terjadi dan akhirnya menggigit jari.  

Cuba kembali pada diri,tenang dan renung seketika.Sebenarnya madu itu dalam istilah lain mereka adalah kawan serta pembantu.Malah boleh dikatakan sebagai penasihat atau pendengar dalam menghadapi masalah.Berfikirlah secara positif.Kalau tidak masakan Allah wujudkan poligami dan madu.Kenapa perkara ini harus ada dalam Al Quran.Bukan  di dalam buku cerita atau majalah.Tapi dalam kalam Allah.Sebenarnya Allah hendak bagi para istri itu kawan dan membantu dalam apa saja masalah.Terimalah dia seadanya.Dia bukan perampas tapi hanya ingin menumpang kasih dan tempat berteduh sementara Allah mengizinkan mereka berbuat demikian.Semuanya itu adalah Qada dan Qadar Allah belaka.Kalau Dia hendak jadikan  Si Minah itu bermadu,maka bermadulah Si Minah itu.Kalau Dia hendak jadikan   Si Minah itu janda,maka jadilah Si Minah itu janda atau balu.Jadi,siapa kita hendak menentang dan menghalang kehendak Allah?.Kalau berani,tentanglah dan marahlah Allah.Sebab Dia yang rancang itu semua.

Bagi isteri kedua dan seterusnya pula,hendaklah ada rasa syukur,hormat,perihatin terhadap isteri pertama dan keluarganya.Jangan rasa bangga diri atau perasan cantik,muda,bertenaga,bijak atau lebih segalanya dari yang pertama.Juga hendaklah berbaik sangka serta sentiasa peka akan kasih sayang yang suami beri.Harus ada sikap merendah diri tetapi jangan melampau sangat nanti kena buli pula.Jadikan anak isteri pertama serta keluarganya sebagai sebahagian hidup anda.Akur dan bersyukur dengan bakal yang diterima samada dari segi kasih sayang,rezeki dan masa.Jangan ada rasa hendak mengambil kesempatan atas kebaikan isteri pertama atau suami.Bertolak ansur lah dalam segenap segi.Jangan overacting dalam meraih kasih suami.Ingatlah isteri pertama adalah insan yang terdahulu merasai suka perih dalam hidup suaminya.Anda yang terkemudian haruslah belajar serta berkongsi apa yang dia rasai.

Buat para suami sebenarnya andalah insan yang paling bahagia sebab dilahirkan sebagai lelaki.Anda telah diberi mandat oleh Allah untuk menerajui bahtera lebih dari satu.Anda insan yang hebat.Tapi ingat,lagi ramai isteri anda,lagi banyaklah dosa dan tanggungjawab yang anda harus pikul.Itu belum termasuk anak-anak lagi.Kalau anda tersilap atau terlepas pandang, jangan harap kaki anda kan dapat melangkah ke pintu syurga.Berapa banyak tangan-tangan yang akan menarik anda ke neraka.
Sentiasalah semak akaun samada cukup ke tidak untuk menanggung bebanan.Kalau dulu hanya dua tiga mulut yang harus disuap,tapi sekarang sudah lima,enam mulut.Tanya dulu pada diri layak ke,mampu ke nak bagi makan anak isteri dalam jumlah yang ramai.Bukan dari segi wang ringgit tapi dari batiniah juga.Tapi kalau bab batiniah tak perlulah nak bagi ceramah sangat sebab percentage nya itulah pun yang mereka mampu.Bab zahiriah agak kurang.Itu lah pasal ada isteri mengamuk bila dapat tahu suaminya hendak kawin lain.Mereka tahu poket suami mereka ada berapa sen.Serta tahu akan kekurangan suami dari segi agama.

Walau apapun siapa anda wahai para suami,pisau dan timun di tangan anda.Potong dan hirislah mengikut kesukaan.Tetapi berhati-hatilah sebab pisau itu tajam,jangan sampai terhiris jari sendiri.
Wallahu alam bissawab.


Tuesday, 12 January 2016



SAKIT ITU UMPAMA TRAFFIK LIGHT


Bayangkan kalau diri tidak pernah rasa sakit.Sihat 24 jam atau seumur hidup.Apa kita hendak buat dengan kesihatan seperti itu?.Sudah tentu kita banyak lagha dan asyik dengan fatamorgana dari mengingati Allah.Ada saja kerja dunia yang belum siap yang harus kita hendak buat.Ada saja tempat yang kita hendak pergi.Ada saja urusan yang belum selesai hendak diselesaikan dalam masa satu hari.Mungkin juga kita akan jadi sombong dan takabbur.Riak dan bangga diri.Kita akan merasa diri sentiasa muda,cantik,bergaya.Sebab diberi kesihatan yang sentiasa baik.Rasa diri tidak pernah tua.Rasa diri lambat lagi hendak mati.Tidak perlu bersusah payah hendak pergi hospital ambil ubat dan telan ubat.Tapi bila tiba-tiba Allah bagi sakit walau demam selsema saja atau batuk,kita sudah tarik sikit langkah.Dari hendak pergi jauh,sudah tak jadi pergi.Pergi juga tapi jarak tidak lah jauh sangat.Lepas itu Allah bagi sakit kuat sikit seperti sakit bahu,kepala,mata.Langkah kita semakin berkurang.Kalau sebelum ini langsung tak terpijak bumi,kali ini ada juga sehari dua tahu duduk di rumah.Lepas itu bertambah lagi seminggu duduk rumah.Kemudian Allah bagi patah kaki,patah tangan,sakit jantung,kencing manis,gout dan macam-macam yang kronik pula.Berbulan,bertahun dapat duduk rumah.Rumah pun berkata,"Syukur,akhirnya kau kembali juga untuk bersamaku ye,kau duduk juga atas lantai ku.Kalau tidak sepi dan sunyi saja .Tak ada siapa yang hendak hiburkan dan meriahkan aku.Kau buat aku cantik-cantik,besar,berbilik-bilik,bertingkat-tingkat,mewah,macam-macam ada,lepas itu kau tinggalkan aku.Kau pergi ke rumah orang lain,dan tempat lain."
Bersyukurlah andai Allah bagi kita sakit.Kalau di jalanraya contohnya,cuba bayangkan andai tiada traffik light.Sudah tentu kita akan memandu sepuas hati kita mengikut kelajuan yang kita mahu.Kalau boleh sampai ke hujung dunia pun kita mahu pergi. Tapi bila ada traffik light secara tidak langsung kita harus berhenti.Tujuannya untuk memberi laluan kepada kenderaan yang lain serta membolehkan kenderaan kita relax sekejap.Pemandu pun dapat berehat seketika.Injin juga dapat berehat.

KITA ADALAH PENUMPANG


MACAM - MACAM ALLAH TAKDIRKAN KITA KALAU DIA MAHU KITA JADI  ORANG SENANG DAN MACAM-MACAM ALLAH TAKDIRKAN KITA KALAU DIA MAHU KITA JADI ORANG SUSAH.SEBAB KITA SEMUA ADALAH PENUMPANG BUMI DAN LANGITNYA.


Tapi kebanyakan manusia tidak pernah berasa mereka adalah penumpang,malah merasa diri umpama tuan milik langit dan bumi.Saban hari mereka leka dengan duniawi.Semua yang diperintahkan Allah untuk mereka tidak mereka hiraukan.Semuanya pakai langgar saja.Semuanya buat hukum sendiri.Sukat sendiri pahala dan dosa.Sukat sendiri hukuman Allah yang harus mereka terima.Tapi sukatan mereka tidak pernah yang azab,tidak pernah yang berat dan perit tapi yang senang-senang dan yang ringan-ringan.MasyaAllah.

Sunday, 10 January 2016




DIKAU INSPIRASIKU


Biarpun melata hatimu pergi
namun rindu ku tetap mengejarmu
walau tidak mungkin ku dapati
tapi bayanganmu sentiasa menjadi inspirasiku

BAWALAH NAMAKU BERSAMA

Wahai sahabat dan insan2 yang ku sayang, andainya dikau berada di tempat yang suci bawa lah nama ku bersama denganmu walaupun jasadku masih di sini.Memadailah dengan ku kirim namaku sebagai menumpang doamu di hadapanNya.
Selamat berangkat ke tanah suci kepada sahabat KU semuga kalian selamat pergi dan kembali.

Thursday, 7 January 2016

BANTULAH DIA


Kadang bila seseorang yang datang kepada kita secara tiba-tiba dia menceritakan masalah atau kisah dukanya tanpa kita meminta berbuat demikian,itu bermakna dia datang 'menyerah diri' atau dia ingin meminta 'sedekah' dari kita.Bukan minta sedekah duit,kain baju atau makanan atau harta benda tapi dia ingin meminta pendapat dan ilmu dari kita.Jangan sesekali kita menghalangnya untuk bercerita atau tunjuk muka menyampah dan boring.Dia sebenarnya 'pesakit' yang diutus Allah untuk kita menyelesaikannya.Kenapa dia pilih kita?.Ramai lagi orang lain di luar sana yang boleh dia bercerita dan mengadu.Sebab Allah nak kita jadi 'guru dan pembimbing' padanya.Allah telah menaikkan darjat kita tanpa kita sedar.Kita naik pangkat dari seorang yang biasa-biasa ke pakar motivasi yang Allah ikhtirafkan Biarpun manusia tak berbuat begitu pada kita.Takpalah janji kita mulia di mata Allah.Tak bangga kah kita dengan anugerah itu dan penghormatan dari Allah?Bukan calang-calang kita waktu itu.Jadi,jangan rasa menyesal dan membuang masa untuk membimbing atau memberi nasihat kepada sahabat yang datang pada kita.Jangan berasa hina dan pandang jelik atau pelik padanya.Mungkin dia akan jadi yang lebih baik dari apa yang kita nampak sekarang.Bantulah dia..
HATI KITA BELUM TERDIDIK

Kenapa ye bila balik dengar ceramah agama atau taklimat mengenai agama kita tidak terus terfikir dan tergambar wajah siapa yang mula-mula kita nak sampaikan apa yang kita dengar itu.Tidak pula  terfikir macam mana bila terdengar gossip dari kawan-kawan terus saja nak cerita dan sampaikan dalam masa yang terdekat,Kalau boleh dah tak sempat-sempat dah nak bagitau kat si pulan tentang gossip tadi.Tapi kenapa kalau pasal agama yang kita dengar tadi tak dibuat macam tu?.Sebab hati kita masih gelap walau pun dengar beribu ceramah.Hati kita belum terdidik dengan sekadar ceramah.

KITA ADALAH  PESALAH


Walau lancarnya guru itu mengajar dan menulis,pasti dia nak juga pakai pemadam,walau mahir macamana tukang jahit itu,pasti nak juga dia pegang penetas benang. Sebab kita semua adalah PESALAH.

JANGAN HINA DIA

Ibubapa yg suka menjaja,mengutuk,dan.menghina anak sendiri umpama dia menghina air mani dan benihnya sendiri.Maknanya air mani dan benihnya tak berkualiti.

Saturday, 2 January 2016

APAM BALIK KAMPUNG

Jeng..jeng..jeng...try yg ni plakk...


Resepi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Blenderkan sebati
Perap 1 jam.
Inti
Kacang tanah kisar
Jagung tin
Mentega
Gula
Coklat rice
Caranya
Buat atas kuali non stick jgn sapu minyak..buat mcm pankek .tabur atas apam gula kacang tanah.jagung coklat dan sedikit mentega..sukati la inti nk taruk apa.
Apam balik yang dh siap sapu mentega. 

.

Friday, 1 January 2016


SELAMAT MALAM SAYANG


Selamat malam tidurlah sayang

biar ku dodoimu ke mimpi nan indah
jangan dikenang sengketa semalam
esok kan mentari bersinar lagi
selamat malam tidurlah sayang

gusar hatimu ku bawa pergi
lenalah kamu di ranjang sutera
lena daku siapakah pendodoinya?



SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS


.
BAHAN-BAHAN :
1 cawan ikan bilis- digoreng garing dahulu
4-6 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang merah (di tumbuk kasar )
3 biji cili merah + 10-12 biji cili padi(di tumbuk atau dikisar kasar)
sejemput ikan bilis utk di tumbuk/kisar sekali bersama bawang & cili
2 batang serai (dititik)
Garam
Gula

CARA-CARA :
Masukkan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk/kisar serta serai.
Kemudian masukkan tempoyak , garam dan gula dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Hidangkan , dan makan dengan nasi panas-panas



RESEPI MUDAH  KOKTAIL

(Istimewa buat Nur'Ain Farahtul Atikah Mokhtar)

Bahan - bahan :

2tin susu cair
1tin air
1tin fruit koktel
1bungkus sumi
1tin laici
2sudu tepung kastard..dimasak dgn secawan air
Air gula..
* boleh tambah buah2an segar yg lain....saya potong kiub tembikai...best...chruncy je... bila tergigit tembikai...rasa kesrgaran buah...

Caranya

campur semua bahan...bila nk makan + ais kiub...ITU JEEE....

ROTI JOHN HOMEMADE


(Takyah bazir duit,wat je sendiri,kalau tak sedap makan sendiri haha..)

Bahan-bahan:
400g daging cincang
1/2 labu bawang holland - cincang halus
2 sudu kecil rempah kari daging
Garam
2 sudu mkn minyak untuk menumis
6 biji telur
Sedikit butter
Daun sup dan daun bawang
6 biji roti burger (panjang)
Sos dan Mayonis
Cara2nya:
1.Panaskan minyak dan masukkan
bawang cincang tadi - kacau hingga
naik bau
- Masukkan daging cincang - kacau
- Masukkan rempah dan sedikit air
- Masukkan garam
- Biarkan daging masak ( sehingga air
kering)
2. Pukul telur dan masukkan daging tadi
bersama daun sup dan daun bawang
3. Panaskan kuali ( sy guna kuali leper yg
bt roti jala)
- sapu butter atau minyak supaya
kuali tidak melekat
- Tuang adunan telur dan daging atas
kuali
- Terlangkupkan roti di atas bancuhan
telur dan daging - kecilkan api dan
biarkan sehingga nmpk telur sudah
masak, baru alihkan roti tadi.
- Apabila dan masak, angkat dr kuali
- Paipkan Sos cili dan mayonis
- Bolehlah dihidang untuk dimakan..




Semadikan segala kisah silam di pusara tanpa nisan, suburkan semula benih keazaman yang baru agar ia bercambah dan menumbuh menjadi pohonan nan subur dan rendang.Selamat tahun baru buat sahabatku.