CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 18 January 2016



                                                                   ASWAD


                     " Hello,Nita buat apa tu?"tiba-tiba mak kecik aku entah apa mimpi pepagi talipon.
"Basuh kain mak kecik,nape mak kecik sihat ke? Kat mana ni?"
"Rumah.Saja je mak kecik nak tanya esok Nita keje ke? Bukan apa kalau free datanglah rumah mak kecik sebab mak kecik ada nak masak makaroni bakar kesukaan Nita."
"Oh ya?..yeahhh..sedapnya.mesti best mak kecik masak.Ok esok nita pergi ye,tunggu....".Aku sudah tidak sabar lagi untuk ke rumah mak kecik dan hidung ini sudah terbau aura masakannya yang lazat.Mak kecik memang terkenal dengan masakan ala barat dan western food.Aku percepatkan cucian handwash yang sebaldi itu.Jemur cepat-cepat supaya senang kalau nak tinggal rumah pakaian kotor sudah terbasuh.

                     "Assalamualaikum mak kecik...Nita ni..." Aku memanggil mak kecik yang sunyi sepi dalam rumah sebaik saja sampai.Susunan kasut tersusun rapi di rak kasut mak kecik.Hanya koleksi kasut dan seliparnya sahaja di situ.Bermakna tiada tetamu,syukur alhamdulillah kalau tak aku kena kena masak,kemas rumah bagai kalau ada tetamunya.

"Waalaikumussalam,Nita ke tu? Kejap ye..."sahutnya dari dalam rumah. Tidak lama kemudian dia membuka pintu dengan wajah ceria bercampur risau.
"Ssssyhh...(dia meletakkan jari ke mulut)..pelan-pelan cakap,nanti Aswad dengar dan terbangun".Pesannya sambil menyambut salam ku dan terus ajak aku ke dapur.
"Mak kecik dah sediakan bahan-bahannya.Nita masuk bilik nombor tiga tu ye,sebab bilik nombor dua Aswad dah book awal,hahaa..dia penatlah tu tadi baru balik.Ok pegi tukar pakaian ke apa dan minum jus oren atas meja tu selepas itu kita boleh beroperasi.Mesti Nita penat naik bas tadi kan..".Seperti biasa mak kecik layan aku seperti tetamu kehormat.
          Mak kecik dengan standard minah salehnya apabila masuk dapur tak sah kalau tidak beruniform chef.Walau masak cucur dan goreng telor mata kerbau sekalipun mak kecik akan pakai apron,serta cap atas kepala.Dengan slanga victoria nya sebijik macam mem dalam cerita kartun zaman tok nenek moyang dulu.Dengan rambut pendek warna putih selasih,berkacamata bingkai tebal beserta power yang terlalu tinggi sehingga mata dan anak mata mak kecik jadi terlalu besar mengalahkan kanta pembesar.  Macam telur mata kerbau pula aku tengok mata mak kecik tu.

            "Ok Nita dah ready ni mak kecik.Nak buat apa dulu."Aku meminta arahan dari mak kecik.

"Pakai cap dan apron kemas-kemas.Jaga kebersihan nanti Aswad bangun tengok kita masak kotor-kotor dia tak mahu makan.Aswad tu penggeli tau." Pesannya.
"Oh..ok..lamanya dia tidur."Aku menjadi serba salah.Dadaku berdegub kencang.Sebab aku bukanlah mahir tentang masak memasak ni.Mahir makan je.Cakap lah style apa sekali pun cara makan aku tahu.Jangan cara masak.Ini mat saleh ke sape dalam bilik tu.Tidur mampus.Tak kan langsung tak dengar aku riuh rendah menumbuk dengan lesung batu ni.
"Opppsss..stop.Don't do like thats.Bukan cara macam tu menumbuk my dear.Mula-mula lapik tuala ini di bawah lesung.Lepas itu guna sudu plastik untuk menceduk bahan yang ditumbuk.Faham?"
"Faham. Sayur ni nak potong macamana?"
"owh..semua satu inci.Sebentar mak kecik ambil pembaris sebab nanti tak cantik sayur tu ada panjang pendek pula."
Fuhhh....mati aku kali ni.Pukul berapa lah nak siap masak kalau macam ni..sabar,sabar..
"Lepas tu dalam resepi kata, masukkan belacan sebesar ibu jari...ok,mak kecik dah ukur dengan ibujari ni.Dan tumbuk bersama dengan dua tiga biji cili api.Nita tolong ambik dua tiga biji cili dalam freezer ye."
"Nak ambik yang mana,dua atau tiga?"
"Dia kata dua tiga biji.Mula-mula ambik dua,lepas tu tiga biji ."
"Ok,lepas tu,apa lagi mak kecik?"
"Tumis sampai naik bau dan naik minyak." begitu teliti dan tertib mak kecik di dapur.Sebijik dia patuh pada arahan dalam buku.Kalau dalam buku kata pakai sudu besi dia akan pakai sudu besi.Kalau kata segenggam dia akan sukat sengenggam.
"Mak kecik..dah masak dah.Boleh angkat ke"
"Yes dear,very good.Pandai pun Nita goreng bahan-bahan.Ok next masukkan ayam yang di dadu kiub,masak sampai empuk,and last sekali masukkan manggi.."
"Lorhhhh...astaga...mati-mati aku ingat orang tua minah saleh celup ni nak masak makaroni bakar ke,beriya-iya suruh aku ukur dengan pembaris isi ayam potong kiub sama besar...maggi rupanya...emmm....sabar ajelah.Dari pukul 2 tadi sekarang dah pukul 5 petang baru siap masak maggi sebungkus.Perut aku dah le lapar.Tapi takkan banyak ni je dia masak,tu jantan dalam bilik tu nak makan apa,maggi ni ke? Ishh...tak patut..tak patut..." rungut aku dalam hati.
"Mak kecik,bila teruna tu nak bangun,lamanya dia tido?" Sebenarnya aku sudah tak sabar ingin melihat jejaka dalam bilik tu.Mesti handsome giler.Nama Aswad itu pun dah cukup membayangkan beliau adalah seorang yang kacak dan gagah.Bertuah le kalau dapat couple dengan dia.Mesti kelulusan dari luar juga ni.

Meowwwww....meowwww....

"Eh..eh...hello good evening Aswad...sudah bangun ye..cik Nita kata Aswad tidur lama.Terkejutkan tengok cik Nita ni.Jap ye mami dan cik Nita nak makan dulu.Lepas tu baru Aswad makan,ok?" Mak kecik sibuk mengemas meja dan mengatur pinggan serta gelas atas meja.Aku terkaku,tercengang,tersengih,ternganga seorang diri di tepi meja tanpa sepatah kata...bayangan Aswad semakin hilang dari khayalan...


                                     TAMAT



No comments:

Post a Comment