CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Thursday, 28 January 2016




KEBURUKAN MENONTON VIDEO LUCAH


Pada masa kini, ramai di antara kita telah terjebak dalam kes-kes yang tidak bermoral seperti menonton video lucah. Golongan belia selalu dikaitan dengan kes-kes sebegini kerana mereka sedang melalui proses "ingin tahu" dalam hidup mereka. rasa ingin tahu yang mendalam membuatkan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru menyebabkan mereka lupa akan kekuasaan Allah S.W.T.
Menonton video lucah adalah haram dan berdosa besar di sisi Islam. Namun, anak-anak muda di luar sana masih rancak menonton video lucah tanpa mengira masa dan ketika. Banyak keburukan yang akan didapati oleh seseorang apabila menonton video lucah. Antaranya ialah mereka akan mengalami peningkatan membuat imej dalam otak mereka. Mereka akan sering terbayang akan gambar-gambar yang mereka dapati dalam video lucah. Video lucah memberi ransangan yang mendalam kepada otak menyebabkan otak menyimpan memori yang akan kekal lama dalam ingatan seseorang. seseorang penggemar video lucah sering duduk termenung kerana mereka sedang "menonton" video lucah mereka dalam keadaan luar sedar. Kesimpulannya, video lucah menyebabkan pemikiran seseorang akan terganggu dan memberikan kesan yang negatif terhadap kehidupan sehari-hari.
Lebih memburukkan lagi, menonton video lucah menyebabkan daya tahan badan akan berkurangan. seseorang yang pernah menonton video lucah akan mengalami daya tahan badan yang lemah. Mereka akan berasa letih dan kurang menyenangkan selepas menonton video lucah. Pemikiran mereka sedang bermain dengan gambar-gambar yang tidak senonoh. Daya tahan badan berkurang disebabkan oleh peningkatan sel-sel badan merembeskan hormon-hormon yang meningkatkan daya rangsangan seseorang itu. Aktiviti merembeskan hormon tersebut memerlukan tenaga yang banyak menyebabkan seseorang itu mudah berasa letih dan cepat mengantuk. Rembesan hormon yang terlalu banyak amat membahayakan kesihatan kita. Hormon-hormon yang berlebihan akan meransang otak untuk menjalani aktiviti yang sama seperti seseorang itu sedang menonton video lucah. hormon ini akan meningkatkan nafsu mereka menguasai diri mereka. Masalah moral yang sering kita dengari seperti buang anak, anak luar nikah, rogol dan sebagainya sebenarnya berpunca daripada video lucah. Hormoh tersebut telah meransang otak mereka secara berlebihan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri mereka daripada melakukan perkara yang tidak akan wujud di dalam diri seorang manusia yang soleh dan solehah. Tuntasnya, video lucah menyebabkan seseorang itu akan bertindak di luar kawalan mereka menyebabkan perkara-perkara yang buruk berlaku seperti perkara yang mengisi jendela akhbar pada hari ini.
Izharnya, video lucah memberikan keburukan yang cukup dahsyat kepada seseorang individu. Janganlah kita terjebak dalam situasi sebegini kerana padah yang kita tidak sedari akan menimpa kehidupan kita bak kata pepatah malang tidak berbau. Ingatlah bahawa Allah melihat apa yang kamu lakukan di atas muka bumi ciptaan-Nya. Jangan sesekali bersembunyi daripada manusia kerana Allah tetap mengetahui apa yang kamu lakukan kerana Allah Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment