Sunday, 24 July 2016
Bismillahirrahmanirrohim
Asyaddunnaasi 'azabanyyaul qiyamah 'alimaalam yanfa'ullahu biilmihi
"Orang yang sangat menderita siksaannya pada hari kiamat kelak ialah orang alim bilamana ilmunya tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan pada dirinya"
Ketahuilah orang yang menuntut ilmu itu terbahagi kepada 3 golongan:
1. Orang yang mencari ilmu kerana hendak buat bekal pulang ke akhirat.Niatnya hanya untuk mencapai keredhaan Allah dan kepuasan hari akhirat semata-mata.
Mereka ini adalah golongan yang akan terselamat dan berjaya.
2. Orang yang mencari ilmu untuk persiapan menghadapi kehidupannya dalam dunia yang fana ini disamping niat hendak mencapai kekuasaan,kemuliaan,pengaruh,kemegahan dan harta benda.Sedangkan ia mengetahui niat yang demikian itu adalah salah dan ia sedar betapa hasratnya itu sama sekali tidak bernilai dan tidak dihargai.
Mereka ini adalah sangat merugikan dan bimbang nanti akan mati dalam su'ul khatimah.Tetapi jika ia sempat bertaubat sebelum ajalnya kemudian dia cepat2 menyesuaikan ilmunya dengan amal serta memperbaiki kesalahan yang lalu maka ia akan kembali termasuk ke dalam golongan orang2 yang terselamat dan berjaya di sisi Allah.
"Orang yang bertaubat daripada dosanya adalah seperti orang yang tidak pernah berbuat dosa"
3. Orang yang mencari ilmu kerana dipengaruhi oleh syaitan,ia mempergunakan ilmunya sebagai alat untuk tujuan menambah kekayaannya,meluaskan pengaruhnya,membanggakan kemegahannya dan menyombongkan diri bahaawa dialah yang ramai pengikutnya.Ia menyangka bahawa ia telah mempunyai kedudukan yang tinggi pada sisi Allah kerana pada zahirnya ia telah menyerupai para ulama dalam berpakaian dan ucapannya.Akan tetapi zahir dan batinnya sangat mencintai dan tamakkan dunia. Mereka ini tidak dapat digolongkan dalam golongan orang2 yang berilmu kerana ia telah digelapkan oleh tipudaya syaitan.Orang yang seperti ini akan rosak binasa di dalam kebodohannya dan mudah diperdayakan.Mereka tidak ada harapan lagi untuk bertaubat daripada kesesatannya disebabkan prasangkanya bahawa mereka daripada golongan orang2 yang berbuat baik padahal mereka lupa pada firman Allah:
"Wahai orang2 yang beriman,mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak pernah mengerjakannya" (As-saf:2)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment