CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 7 May 2012










•☆.•*´¨`*••♥ASALAMUALAIKUM♥••*´¨*•.☆•
(¯`♥´¯)
´*.¸.•´♥
بسم الله الرحمن الرحيم
♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆











Hati adalah tempat bertumpu berbagai perasaan,tumbuh kembang antara kebaikan dan keburukan. Hati juga menjadi sumber ilham & permasalahan, tempat lahirnya
cinta dan kebencian .. serta Muara bagi keimanan & kekufuran .
Hati juga sumber kebahagiaan jika sang pemiliknya mampu membersihkan berbagai kotorannya yang berselerakan, namun sebalik nya ia merupakan sumber bencana jika sang empunya gemar mengotori nya .....

Hati yang kotor hanya akan menyebabkan ruang nya menjadi sempit, gelap & bahkan matii. Jika sudah mati seluruh komponen juga akan turut mati. Dalam makna yang sama, Abu Hurairah RA berkata, “Hati ibarat Panglima, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika Panglima itu baik maka akan baik pulalah tenteranya. Jika Panglima itu buruk maka akan buruk pula tenteranya.” ...
 — 




•☆.•*´¨`*••♥ASALAMUALAIKUM♥••*´¨*•.☆•(¯`♥´¯)´*.¸.•´♥بسم الله الرحمن الرحيم♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆•♥••*´¨*•.☆
1 Allah (الله) The Greatest Name
2 Ar-Rahman (الرحمن) The All-Compassionate
3 Ar-Rahim (الرحيم) The All-Merciful
4 Al-Malik (الملك) The Absolute Ruler
5 Al-Quddus (القدوس) The Pure One
6 As-Salam (السلام) The Source of Peace
7 Al-Mu'min (المؤمن) The Inspirer of Faith
8 Al-Muhaymin (المهيمن) The Guardian
9 Al-Aziz (العزيز) The Victorious
10 Al-Jabbar (الجبار) The Compeller
11 Al-Mutakabbir (المتكبر) The Greatest
12 Al-Khaliq (الخالق) The Creator
13 Al-Bari' (البارئ) The Maker of Order
14 Al-Musawwir (المصور) The Shaper of Beauty
15 Al-Ghaffar (الغفار) The Forgiving
16 Al-Qahhar (القهار) The Subduer
17 Al-Wahhab (الوهاب) The Giver of All
18 Ar-Razzaq (الرزاق) The Sustainer
19 Al-Fattah (الفتاح) The Opener
20 Al-`Alim (العليم) The Knower of All
21 Al-Qabid (القابض) The Constrictor
22 Al-Basit (الباسط) The Reliever
23 Al-Khafid (الخافض) The Abaser
24 Ar-Rafi (الرافع) The Exalter
25 Al-Mu'izz (المعز) The Bestower of Honors
26 Al-Mudhill (المذل) The Humiliator
27 As-Sami (السميع) The Hearer of All
28 Al-Basir (البصير) The Seer of All
29 Al-Hakam (الحكم) The Judge One
30 Al-`Adl (العدل) The Just
31 Al-Latif (اللطيف) The Subtle One
32 Al-Khabir (الخبير) The All-Aware
33 Al-Halim (الحليم) The Forbearing
34 Al-Azim (العظيم) The Magnificent
35 Al-Ghafur (الغفور) The Forgiver and Hider of Faults
36 Ash-Shakur (الشكور) The Rewarder of Thankfulness
37 Al-Ali (العلى) The Highest
38 Al-Kabir (الكبير) The Greatest
39 Al-Hafiz (الحفيظ) The Preserver
40 Al-Muqit (المقيت) The Nourisher
41 Al-Hasib (الحسيب) The Accounter
42 Al-Jalil (الجليل) The Mighty
43 Al-Karim (الكريم) The Generous
44 Ar-Raqib (الرقيب) The Watchful One
45 Al-Mujib (المجيب) The Responder to Prayer
46 Al-Wasi (الواسع) The All-Comprehending
47 Al-Hakim (الحكيم) The Perfectly Wise
48 Al-Wadud (الودود) The Loving One
49 Al-Majid (المجيد) The Majestic One
50 Al-Ba'ith (الباعث) The Resurrector
51 Ash-Shahid (الشهيد) The Witness
52 Al-Haqq (الحق) The Truth
53 Al-Wakil (الوكيل) The Trustee
54 Al-Qawiyy (القوى) The Possessor of All Strength
55 Al-Matin (المتين) The Forceful One
56 Al-Waliyy (الولى) The Governor
57 Al-Hamid (الحميد) The Praised One
58 Al-Muhsi (المحصى) The Appraiser
59 Al-Mubdi' (المبدئ) The Originator
60 Al-Mu'id (المعيد) The Restorer
61 Al-Muhyi (المحيى) The Giver of Life
62 Al-Mumit (المميت) The Taker of Life
63 Al-Hayy (الحي) The Ever Living One
64 Al-Qayyum (القيوم) The Self-Existing One 65 Al-Wajid (الواجد) The Finder
66 Al-Majid (الماجد) The Glorious
67 Al-Wahid (الواحد) The One, the All Inclusive, The Indivisible
68 As-Samad (الصمد) The Satisfier of All Needs
69 Al-Qadir (القادر) The All Powerful
70 Al-Muqtadir (المقتدر) The Creator of All Power
71 Al-Muqaddim (المقدم) The Expediter
72 Al-Mu'akhkhir (المؤخر) The Delayer
73 Al-Awwal (الأول) The First
74 Al-Akhir (الأخر) The Last
75 Az-Zahir (الظاهر) The Manifest One
76 Al-Batin (الباطن) The Hidden One
77 Al-Wali (الوالي) The Protecting Friend
78 Al-Muta'ali (المتعالي) The Supreme One
79 Al-Barr (البر) The Doer of Good
80 At-Tawwab (التواب) The Guide to Repentance
81 Al-Muntaqim (المنتقم) The Avenger
82 Al-'Afuww (العفو) The Forgiver
83 Ar-Ra'uf (الرؤوف) The Clement
84 Malik-al-Mulk (مالك الملك) The Owner of All
85 Dhu-al-Jalal wa-al-Ikram (ذو الجلال و الإكرام) The Lord of Majesty and Bounty
86 Al-Muqsit (المقسط) The Equitable One
87 Al-Jami' (الجامع) The Gatherer
88 Al-Ghani (الغنى) The Rich One
89 Al-Mughni (المغنى) The Enricher
90 Al-Mani'(المانع) The Preventer of Harm
91 Ad-Darr (الضار) The Creator of The Harmful
92 An-Nafi' (النافع) The Creator of Good
93 An-Nur (النور) The Light
94 Al-Hadi (الهادي) The Guide
95 Al-Badi (البديع) The Originator
96 Al-Baqi (الباقي) The Everlasting One
97 Al-Warith (الوارث) The Inheritor of All
98 Ar-Rashid (الرشيد) The Righteous Teacher
99 As-Sabur (الصبور) The Patient One
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Sunday, 6 May 2012









Lagenda juara tinju dunia, Muhammad Ali berkata:

"Saya tidak merokok tetapi saya sentiasa menyimpan sekotak mancis di dalam poket saya. Setiap kali hati saya terdetik untuk cenderung melakukan dosa, saya akan nyalakan sebatang mancis dan letakkan pada tapak tangan saya. Kemudian saya berkata kepada diri saya, "Ali! Jika kamu tidak mampu menahan kepanasan api mancis ini, bagaimana kamu mahu berdepan dengan api Neraka? 

Saturday, 5 May 2012

KENANGILAH PENGORBANAN IBU DAN AYAH

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIROHMANIRRAHIM






Wahai sahabat fillahku,

Jika kamu tidak mampu menolong ibubapamu,maka janganlah menyusahkan mereka,jika kamu tidak mampu menggembirakan mereka,maka janganlah membuat hati mereka terluka,jika kamu tidak mampu membuat mereka tersenyum,maka janganlah sesekali membuat mereka menangis,jika kamu tidak mampu membanggakan mereka,maka janganlah mengecewakan mereka. Sayangilah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.

Sahabatku, adakah kita sering berfikiran seperti ini terhadap ibu dan ayah kita?

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka, siapalah kita ♥

SELAMAT BERAMAL DAN INGATLAH SETIAP DARAH YANG MENGALIR DALAM JASADMU,ITU ADALAH MEREKA YANG SENTIASA BERSAMAMU SEHINGGA HAYATMU...



Dah lama Tasha x menulis cerpen dh rasa kekok lak asyik tulis puisi ngan catatan motivasi je, kali ni tasha nk tulis luahan hati bab CINTA lak....jangan marah ye kekawan ini tiada kena mengena yang hidup dengan yang mati,saja-saja nak menulis....nanti ada masa tulis cerpen lak...





KASIH,BERIKANLAH AKU SEDIKIT WAKTUMU.....
( Awak Masih Awak Yang Dulu?)


Awak,


Selama perhubungan kita,kalau awak masih ingat ,pernah tak saya menagih apa-apa dari awak demi kepentingan saya? Pernah tak saya memaksa awak dalam apa situasi awak demi melunaskan masalah saya? Pernah tak saya memarahi awak andai apa yang saya hajati dari awak tidak dipenuhi?Tidak pernah kan awak. Saya banyak mendiam diri,saya banyak beralah,saya banyak akur setiap apa yang awak putuskan walaupun saya tidak setuju.Sebab saya tahu awak bukanlah orang yang suka memberi peluang mencelah apabila awak bercakap dan memberi pendapat.Bagi awak,saya adalah pendengar yang setia namun dalam hati saya beranggapan bahawa saya adalah pendengar yang dunggu. Saya tidak dibenar memberi peluang untuk bercakap dan meluah pendapat seperti awak,saya pun ada pendapat yang tersendiri,ada idea yang bagus seperti awak juga,kalau awak cakap pasal agama,saya pun boleh,kalau awak cakap pasal cinta,saya pun boleh,kalau awak cakap pasal politik,saya pun boleh walaupun tidak menyeluruh.Nah,tajuk apa yang awak ketengahkan semua saya boleh masuk campur sebenarnya. Tetapi awak seolah-olah  anggap saya persis seperti patung yang hanya berdiri dan duduk depan awak,mengadap awak dan mendengar luahan awak tanpa berkelip dan bersuara. Seperti itu kah awak ingin jadikan saya dalam hidup awak?


Awak,


Saya tidak tahu sampai bila awak ingin menyiksa perhubungan ini dengan sikap awak yang ego itu. ketahuilah, bahawa saya pun punya hati dan perasaan untuk dihormati dan dihargai. Berilah saya peluang untuk bercerita dan berkongsi pendapat dengan awak sambil bertanya khabar awak. Bukan lama,hanya sedetik pun memadai buat saya.Awak akan mencari dan menghubungi saya bila awak rasa perlu,tapi saya? Awak tahukah yang saya sentiasa memerlukan awak dan dalam masa yang sama awak seolah tidak perlukan saya? Awak terlalu kedekut dengan waktu. Awak langsung tidak membenarkan seruang waktu pun mengintai saya.Awak perangkap semua waktu awak dengan sikap tamak dan egois yang tidak bisa saya terjah lagi.


Awak,


Andainya tugasan awak dan kecintaan awak terhadap cintaNya mengekang dan merantai setiap anggota awak dari mengingati saya,alhamdulillah saya panjat syukur. Teruskanlah,dan biarkanlah saya sendirian melabuh sepi di muara rindu ini. Biarkanlah saya terjerat seribu pertanyaan yang jawapannya entah bila kan hadir. Kerna, saya masih bertuah walaupun tangan tidak sampai menggapai bintang di langit,tapi kaki saya masih dapat memijak bumi yang menjadi hamparan tidurku....


Maafkan saya awak,andainya hadirku hanyalah umpama buih-buih halus di pantai.......















Friday, 4 May 2012

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIROHMANIRRAHIM


PETUA MEMILIH KAWAN


Imam Al Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik


Pertama:
Pilih kawan yang berakal.Jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati


Kedua:
Pilih kawan yang berakhlak.Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu


Ketiga:
Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat


Keempat:
Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah


Kelima:
Pilih kawan yang bercakap benar.Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan segala kepercayaan kita terhadanya serta menjadikan kita sentiasa dalam kebodohan.


SELAMAT BERAMAL DAN RAJIN-RAJINLAH  MUHASABAH DIRI

Thursday, 3 May 2012

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM




Allah telah meletakkan kejayaan ikan-ikan bila mana mereka dapat hidup di dalam laut.Namun apabila mereka cuba keluar dari laut,mereka akan mati. Begitu juga dengan cacing yang keselamatan mereka telah ditetapkan dalam tanah. Namun jika mereka keluar dari tanah mereka akan kepanasan. Begitulah juga dengan manusia yang Allah telah letakkan kejayaaannya dlam agama. Namun jika  manusia cuba keluar dari agama, maka manusia tersebut akan sengsara dan menderita selagi mereka tidak bertaubat terhadap Allah. Semuga Allah memberikan kekuatan untuk jiwa-jiwa yang sentiasa bermuhasabah keranaNya.


SELAMAT BERAMAL DAN  GILAPLAH SINARAN IMANMU  AGAR KILAUANNYA TIDAK DITELAN PUDAR...