ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
BISMILLAHIROHMANIRRAHIM
PETUA MEMILIH KAWAN
Imam Al Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik
Pertama:
Pilih kawan yang berakal.Jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati
Kedua:
Pilih kawan yang berakhlak.Jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu
Ketiga:
Pilih kawan yang soleh. Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat
Keempat:
Pilih kawan yang bersederhana. Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah
Kelima:
Pilih kawan yang bercakap benar.Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan segala kepercayaan kita terhadanya serta menjadikan kita sentiasa dalam kebodohan.
SELAMAT BERAMAL DAN RAJIN-RAJINLAH MUHASABAH DIRI
No comments:
Post a Comment