CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Saturday, 5 May 2012

Dah lama Tasha x menulis cerpen dh rasa kekok lak asyik tulis puisi ngan catatan motivasi je, kali ni tasha nk tulis luahan hati bab CINTA lak....jangan marah ye kekawan ini tiada kena mengena yang hidup dengan yang mati,saja-saja nak menulis....nanti ada masa tulis cerpen lak...





KASIH,BERIKANLAH AKU SEDIKIT WAKTUMU.....
( Awak Masih Awak Yang Dulu?)


Awak,


Selama perhubungan kita,kalau awak masih ingat ,pernah tak saya menagih apa-apa dari awak demi kepentingan saya? Pernah tak saya memaksa awak dalam apa situasi awak demi melunaskan masalah saya? Pernah tak saya memarahi awak andai apa yang saya hajati dari awak tidak dipenuhi?Tidak pernah kan awak. Saya banyak mendiam diri,saya banyak beralah,saya banyak akur setiap apa yang awak putuskan walaupun saya tidak setuju.Sebab saya tahu awak bukanlah orang yang suka memberi peluang mencelah apabila awak bercakap dan memberi pendapat.Bagi awak,saya adalah pendengar yang setia namun dalam hati saya beranggapan bahawa saya adalah pendengar yang dunggu. Saya tidak dibenar memberi peluang untuk bercakap dan meluah pendapat seperti awak,saya pun ada pendapat yang tersendiri,ada idea yang bagus seperti awak juga,kalau awak cakap pasal agama,saya pun boleh,kalau awak cakap pasal cinta,saya pun boleh,kalau awak cakap pasal politik,saya pun boleh walaupun tidak menyeluruh.Nah,tajuk apa yang awak ketengahkan semua saya boleh masuk campur sebenarnya. Tetapi awak seolah-olah  anggap saya persis seperti patung yang hanya berdiri dan duduk depan awak,mengadap awak dan mendengar luahan awak tanpa berkelip dan bersuara. Seperti itu kah awak ingin jadikan saya dalam hidup awak?


Awak,


Saya tidak tahu sampai bila awak ingin menyiksa perhubungan ini dengan sikap awak yang ego itu. ketahuilah, bahawa saya pun punya hati dan perasaan untuk dihormati dan dihargai. Berilah saya peluang untuk bercerita dan berkongsi pendapat dengan awak sambil bertanya khabar awak. Bukan lama,hanya sedetik pun memadai buat saya.Awak akan mencari dan menghubungi saya bila awak rasa perlu,tapi saya? Awak tahukah yang saya sentiasa memerlukan awak dan dalam masa yang sama awak seolah tidak perlukan saya? Awak terlalu kedekut dengan waktu. Awak langsung tidak membenarkan seruang waktu pun mengintai saya.Awak perangkap semua waktu awak dengan sikap tamak dan egois yang tidak bisa saya terjah lagi.


Awak,


Andainya tugasan awak dan kecintaan awak terhadap cintaNya mengekang dan merantai setiap anggota awak dari mengingati saya,alhamdulillah saya panjat syukur. Teruskanlah,dan biarkanlah saya sendirian melabuh sepi di muara rindu ini. Biarkanlah saya terjerat seribu pertanyaan yang jawapannya entah bila kan hadir. Kerna, saya masih bertuah walaupun tangan tidak sampai menggapai bintang di langit,tapi kaki saya masih dapat memijak bumi yang menjadi hamparan tidurku....


Maafkan saya awak,andainya hadirku hanyalah umpama buih-buih halus di pantai.......















No comments:

Post a Comment