Monday, 8 July 2013
TELAN KAHAK TIME PUASA..ULAMAK KHILAF MENGENAINYA..JANGAN TELAN BENDA LAIN SUDAH..
Bagi masalah menelan gelema, dahak dan hingus; para ulamak berbeza pandangan; ada yang berkata ia membatalkan puasa dan ada yang berkata ia tidak membatalkan puasa.[2] Menurut mazhab Syafi’ie; gelema/dahak yang dikeluarkan dari dalam tekak, jika diludahkan keluar tidaklah membatalkan puasa. Namun jika gelema/dahak itu ditelan kembali selepas berada dalam mulutnya, maka batallah puasa. Adapun menyedut gelema dari kepala/hidung, jika terus masuk ke dalam kerongkong tanpa melalui perantaraan mulut, tidaklah membatalkan puasa. Namun jika disedut masuk ke mulut, kemudian ditelan maka batallah puasa. Jika diluahkan, maka tidak batallah puasa.[3] Menurut ulamak-ulamak yang lain; menelan gelema tidaklah membatalkan puasa kerana ia biasa berada dalam mulut dan datangnya dari dalam badan bukan dari luar, jadi diumpamakan seperti air liur.[4]
TAK BATAL PUASA KALAU BUAT BENDA NI..
Beberapa ulamak terkenal seperti Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Syaukani dan sebagainya- cenderung mengambil pendekatan kedua. Menurut Imam Ibnu Hazm; Memasukkan ubat melalui lubang dubur, menitik air/ubat melalui saluran kencing atau telinga, menyedut ubat melalui hidung, bercelak, merawati luka yang menembus ke perut dan luka yang sampai ke dalam kepala; semuanya tidak membatalkan puasa kerana ia tidak tergolong dalam pengertian makan dan minum.
Kata beliau; “Sesungguhnya kita ditegah Allah ketika sedang berpuasa dari makan, minum, jimak, sengaja muntah dan melakukan maksiat. Tidak pernah kita mengetahui bahawa makan dan minum boleh melalui dubur atau saluran kencing atau telinga atau mata atau hidung atau luka yang menembusi ke perut dan ke kepala. Kita tidak ditegah sekali-kali dari memasukkan sesuatu ke rongga dalam –selain dari makan dan minum- selama ia tidak diharamkan (oleh nas Syarak) ke atas kita”. (al-Muhalla, 4/348).
Rujukan;
1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 3.
2. Bidayatul-Mujtahd, Imam Ibnu Ruysd, jil. 1.
3. Rahmatul-Ummah Fi Ikhtilaf al-A,immah, Syeikh Abi Abdillah Muhammad bin Abdirrahman ad-Dimasyqi.
4. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub.
5. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 2.
6. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, jil. 1.
7. Panduan Puasa, Us. Ahmad Adnan Fadzil.
SUGI TIME PUASA PUN KHILAF JUGAK..SO,JANGAN PENING2 KEPALA...LU BOLEH PAKAI MANA YANG LU RASA BAHAGIA..
Mengenai bersugi selepas masuk waktu zohor, menurut mazhab Syafi’ie; hukumnya makruh kerana ia akan menghilangkan bau mulut yang dinyatakan di dalam hadis bahawa bau mulut itu lebih baik di sisi Allah dari bau kasturi. Namun sebahagian ulamak yang lain tidaklah memakruhkannya kerana bersugi telah disunatkan oleh Nabi s.a.w. pada setiap kali hendak solat secara umum tanpa baginda mengecualikannya pada bulan Ramadhan. Lagi pun terdapat hadis dari ‘Amir bin Rabi’ah r.a. menceritakan; “Banyak kali aku melihat Nabi s.a.w. bersugi ketika beliau sedang berpuasa” (HR Imam at-Tirmizi. Kata beliau; hadis hasan).
Rujukan;
1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 3.
2. Bidayatul-Mujtahd, Imam Ibnu Ruysd, jil. 1.
3. Rahmatul-Ummah Fi Ikhtilaf al-A,immah, Syeikh Abi Abdillah Muhammad bin Abdirrahman ad-Dimasyqi.
4. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub.
5. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 2.
6. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, jil. 1.
7. Panduan Puasa, Us. Ahmad Adnan Fadzil.
KENAPA 30 SYAABAN DISEBUT HARI SYAK?
Kenapa 30 Sya'ban disebut sebagai Hari Syak.Kerana ketika itu DIKHUATIRI telah masuknya Ramadhan tanpa disedari.Sebab itulah,adakalanya tempat lain yang sudah nampak anak bulan,maka hendaklah tempat itu berpuasa,misalnya kalau di Mesir dah nampak anak bulan,maka hendaklah ia berpuasa...jika tempat lain masih belum kelihatan anak bulannya,maka hendaklah ia mencukupkan sehingga 30 Sya'ban..:-)
BOLEH KE TAK BERSAHUR SELEPAS IMSAK?
Pasal persoalan boleh ke tak sahur time lepas IMSAK...Ada pernah dengar dari seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan menyatakan bahawasanya:Yang sebenarnya pada hakikatnya IMSAK itu sudah masuk waktu Subuh,tetapi ulamak sengaja meletakkan IMSAK itu agar waktu Subuh betul2 masuk.Jadi,untuk mengelakkan tersilap,maka elakkanlah dari bersahur ketika itu...:-)
Saturday, 6 July 2013
PERIHAL STATUS FB....
PERIHAL STATUS FB....
Emmmm....nak mengomel sikit jangan marah ye....
Saudara saudari perasan atau tidak,saya pun tak tahu,cuba kita jengah atau kerling kt wall kawan kita terutama wall lelaki yang postnya ala-ala pakar motivasi gitu...dan tengok siapa yang i paling ramai komen,mesti kaum perempuan kan...kenapa ekk...saja nak cari publisiti kt wall lelaki tu ke atau saja gatal tangan nak komen walau kadang komen tu xda kena mengena dengan status di atas.Lepas itu bersembang panjang berjela sahut menyahut di antara satu sama lain yang entah apa-apa sehingga tersasar dari tajuk utama,sedangkan yang empunya status entah kemana atau ada di sebalik tabir mengintai sambil tersenyum bangga bahawa setiap apa yang di post di wallnya mesti menjadi perhatian beratus-ratus 'pengomen' dan 'pengelike terutama wanita,meskipun apa yang dipostkan itu hanya menceritakan dia sedang duduk atas kerusi...hahaha...kelakar kan...
Cuba kalau pakcik-makcik yang post macam tu atau orang biasa-biasa yang tak pandai 'mengayat' atau berciri ala-ala pakar motivasi atau suka bermain kata-kata..dan semestinya kosong tak ada siapa yang ingin jengah wall mereka.Begitulah taksubnya dan kebulurnya wanita-wanita ini terhadap seorang lelaki yang berperawatakan sedemikian apatah lagi klau yang beciri ala-ala USTAZ. Yang hairannya klau sesama jenis yang post sedemikian rupa,lenggang pula kurang 'pengelike dan pengomennya...Lepas tu pula yang empunya status ni mula lah menyemak dan 'mark' siapa 'pengelike' dan pengomen popular yang selalu dan tak pernah miss kt wall dia,dengan perlahan-lahan pasang jerat,inbox apa-apa mssg yang membolehkan diri diperkenalkan. Pengelike dan pengomen popular ni pun dalam hati berkata-kata dan berharap agar biarlah tuan punya status tu akan ada satu perasaan yang istimewa buatnya sebagai impak dari rajinnya dia menjengah ke wall empunya diri.....maka berlakulah yang sebaliknya dalam berbagai-bagai bentuk persahabatan dan pembaca status fb yang pada asalnya ikhlas dan ingin berkongsi pendapat dan info, tiba-tiba sudah bertukar status,iaitu dari sahabat dah jadi kekasih..aduhhhh...bisa..bisa...itulah penangan FB...dalam manisnya ada terselit pahitnya jua....nauzubillah......
Sayangku yang bernama SAHABAT....
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.
Subscribe to:
Posts (Atom)






