CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Monday, 8 July 2013




TAK BATAL PUASA KALAU BUAT BENDA NI..


Beberapa ulamak terkenal seperti Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Syaukani dan sebagainya- cenderung mengambil pendekatan kedua. Menurut Imam Ibnu Hazm; Memasukkan ubat melalui lubang dubur, menitik air/ubat melalui saluran kencing atau telinga, menyedut ubat melalui hidung, bercelak, merawati luka yang menembus ke perut dan luka yang sampai ke dalam kepala; semuanya tidak membatalkan puasa kerana ia tidak tergolong dalam pengertian makan dan minum.

Kata beliau; “Sesungguhnya kita ditegah Allah ketika sedang berpuasa dari makan, minum, jimak, sengaja muntah dan melakukan maksiat. Tidak pernah kita mengetahui bahawa makan dan minum boleh melalui dubur atau saluran kencing atau telinga atau mata atau hidung atau luka yang menembusi ke perut dan ke kepala. Kita tidak ditegah sekali-kali dari memasukkan sesuatu ke rongga dalam –selain dari makan dan minum- selama ia tidak diharamkan (oleh nas Syarak) ke atas kita”. (al-Muhalla, 4/348).

Rujukan;

1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 3.
2. Bidayatul-Mujtahd, Imam Ibnu Ruysd, jil. 1.
3. Rahmatul-Ummah Fi Ikhtilaf al-A,immah, Syeikh Abi Abdillah Muhammad bin Abdirrahman ad-Dimasyqi.
4. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub.
5. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 2.
6. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, jil. 1.
7. Panduan Puasa, Us. Ahmad Adnan Fadzil.

No comments:

Post a Comment