CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Saturday, 6 July 2013

PERIHAL STATUS FB....



PERIHAL STATUS FB....




Emmmm....nak mengomel sikit jangan marah ye....

Saudara saudari perasan atau tidak,saya pun tak tahu,cuba kita jengah atau kerling kt wall kawan kita terutama wall lelaki yang postnya ala-ala pakar motivasi gitu...dan tengok siapa yang i paling ramai komen,mesti kaum perempuan kan...kenapa ekk...saja nak cari publisiti kt wall lelaki tu ke atau saja gatal tangan nak komen walau kadang komen tu xda kena mengena dengan status di atas.Lepas itu bersembang panjang berjela sahut menyahut di antara satu sama lain yang entah apa-apa sehingga tersasar dari tajuk utama,sedangkan yang empunya status entah kemana atau ada di sebalik tabir mengintai sambil tersenyum bangga bahawa setiap apa yang di post di wallnya mesti menjadi perhatian beratus-ratus 'pengomen' dan 'pengelike terutama wanita,meskipun apa yang dipostkan itu hanya menceritakan dia sedang duduk atas kerusi...hahaha...kelakar kan...

Cuba kalau pakcik-makcik yang post macam tu atau orang biasa-biasa yang tak pandai 'mengayat' atau berciri ala-ala pakar motivasi atau suka bermain kata-kata..dan semestinya kosong tak ada siapa yang ingin jengah wall mereka.Begitulah taksubnya dan kebulurnya wanita-wanita ini terhadap seorang lelaki yang berperawatakan sedemikian apatah lagi  klau yang beciri ala-ala USTAZ. Yang hairannya klau sesama jenis yang post sedemikian rupa,lenggang pula kurang 'pengelike dan pengomennya...Lepas tu pula yang empunya status ni mula lah menyemak dan 'mark' siapa 'pengelike' dan pengomen popular yang selalu dan tak pernah miss kt wall dia,dengan perlahan-lahan pasang jerat,inbox apa-apa mssg yang membolehkan diri diperkenalkan. Pengelike dan pengomen popular ni pun dalam hati berkata-kata dan berharap agar biarlah tuan punya status tu akan ada satu perasaan yang istimewa buatnya sebagai impak dari rajinnya dia menjengah ke wall empunya diri.....maka berlakulah yang sebaliknya dalam berbagai-bagai bentuk persahabatan dan pembaca status fb yang pada asalnya ikhlas dan ingin berkongsi  pendapat dan info, tiba-tiba sudah bertukar status,iaitu dari sahabat dah jadi kekasih..aduhhhh...bisa..bisa...itulah penangan FB...dalam manisnya ada terselit pahitnya jua....nauzubillah......









No comments:

Post a Comment