Thursday, 11 July 2013
DERMA DARAH DI BULAN PUASA MENURUT SYEIKH 'ATIYYAH SAQR..
bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr mengenai isu derma dan dan juga pemindahan darah, kata beliau :-
هذا السؤال له طرفان؛ طرف يتصل بالمنقول منه، وطرف يتصل بالمنقول إليه، أما المنقول منه فيقاس أخذ الدم منه في نهار رمضان على الفصد، وهو أخذ الدم من غير الرأس، وعلى الحجامة وهي أخذ الدم من الرأس، وقد سبق أن الجمهور يقولون بعدم بطلان الصيام بهما؛ لأن حديث: "أفطر الحاجم والمحجوم" الذي أخذ به من قال بالإفطار لم يسلم من النقد، إن لم يكن من جهة السند فمن جهة الدلالة.
وأما المنقول إليه فيعطى نقل الدم حكم الحقنة، وقد تقدم الكلام فيها، وإذا كان للعلاج لا للغذاء وأدخل عن طريق الوريد فأختار عدم بطلان الصيام، ومع ذلك أقول: إن هذا المريض الذي نقل إليه الدم حتمًا يحتاج إلى ما يقويه، فله أن يفطر بتناول الأطعمة وعليه القضاء عند الشفاء. واختلاف آراء الفقهاء في مثل هذه الفروع رحمة يمكن الأخذ بأيسرها عند الحاجة إليه. نص الإجابة
Persoalan ini mempunyai 2 jalan, satu pihak yang mendermakan darah, dan satu pihak yang mengambil darah darinya, bagi yang mendermakan darah boleh diqiaskan dengan cara mengambil darah diwaktu siang ramadhan dengan cara bloodletting (pemindahan darah melalui saraf), dan ia mengambil darah bukan dari kepala, dan berkam (Al-Hijaamah) pula mengambil darah dari kepala, dan jumhur ulama sebelum ini percaya bahawa ia tidak membatalkan puasa mereka, kerana hadith "Berbuka orang yang membekam dan diberkam" yang berpegang bahawa ia membatalkan puasa tidak dapat lari dari kritikan, jika tidak dari segi sanad maka dari segi petunjuknya.
Bagi yang menerima pemindahan darah dengan menggunakan suntikan, dan isu ini telah dibahaskan, dan jika ia bukanlah rawatan makanan dan dimasukkan melalui urat, maka pilihan [hukum] ialah tidak membatalkan puasa dan disamping pandangan yg berkata : pesakit yang dipindahkan darah kepadanya adalah didalam keadaan berkehendakkan kekuatannya, maka untuknya berbuka dengan mengambil makanan, dan keatasnya qada' puasa apabila sembuh. Perbezaan ulama' mengenai Fiqh cabang ini satu rahmat dimana boleh diambil kemudahan dari jika bila diperlukan.
-----------------
Perbuatan menderma darah dan juga pemindahan darah merupakan rawatan perubatan. Sheikh Atiyah Saqr melihat bahawa perselisihan ulama' mengenai hukum ini memudahkan lagi menggunakan kaedah hukum ini. Sebagai contoh, menurut pandangan ulama Syafie bahawa tidak membatalkan puasa jika ia mendermakan darah, akan tetapi tidak digalakkan [jika bukan kecemasan] kerana ia melemahkan seseorang itu. Akan tetapi bagi mereka yang menerima darah, dia mempunyai dua pilihan, dibolehkan meneruskan puasa jika mempunyai kekuatan, atau pun dibenar berbuka (mengambil makanan bagi menguatkan badan), sepertimana applikasi hukum terhadap orang sakit. wallahu'alam.
PESANAN HABIB UMAR BUAT KITA DI BULAN RAMADHAN INI..
1. Gembira dan senang dengan datangnya bulan Ramadhan,
sebagaimana firman Allah swt : "Katakanlah (wahai Muhammad saw) Dengan Datang-nya Anugerah Allah Dan Rahmat-Nya, Maka Dengan Itu Hendaknya Mereka Bergembira" (QS Yunus 58),
dan juga Sabda Rasulullah saw : "Barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan menjaganya dengan segenap kemampuannya, maka diampunilah seluruh dosanya yang telah lalu" (HR Bukhari & Muslim).
Dan diriwayatkan oleh Salman ra, bahwa Rasulullah saw menyampaikan ceramahnya pada kami di hari terakhir bulan sya'ban : "Wahai para manusia sekalian, telah menyelimuti kalian bulan Agung yang penuh keberkahan, bulan yang padanya suatu malam yang lebih mulia dari seribu bulan, Allah menjadikan puasa di bulan ini merupakan hal yang fardhu (wajib), dan menjadikan Qiyam (tarawih) merupakan hal yang sunnah, barangsiapa yang beribadah dengan satu macam kebaikan maka sama saja pahalanya dengan menjalankan ibadah yang fardhu, barangsiapa yang beribadah dengan hal yang fardhu maka seakan ia telah mengerjakan 70X hal fardhu tersebut, inilah (ramadhan) merupakan bulan kesabaran, dan balasan atas kesabaran adalah Surga, inilah bulan kita saling membantu satu sama lain, inilah bulan dimana Allah menumpahkan rizki Nya bagi orang mukmin" (Hadits riwayat Imam Ibn Khuzaimah dalam shahih nya).
2. Menjaga diri dan berhati-hati dari hal hal yg membuat kita terhalangi dan terusir dari kemuliaan Ramadhan, diantaranya adalah :
* Menjaga lidah kita dari berdusta dan menjaga pula perbuatan kita dalam kedustaan dan penipuan,
* juga ucapan ucapan buruk dan perbuatan buruk,
* dan dari berbuka puasa dengan makanan haram dan syubhat,
* dan dari perbuatan yang menjatuhkan pahala puasa seperti memandang aurat yang bukan muhrimnya,
* dan dari berdusta dan membicarakan aib orang lain,
* dan dari memutuskan hubungan silaturahmi,
* dan dari minum arak, ganja dan narkotika,
* dan dari dengki dan kebencian terhadap sesama muslimin, dan dari berbuat durhaka pada kedua orang tua.
Dan berhati - hatilah wahai mukimin dari berbuka puasa tanpa sebab yang jelas, Sabda Rasulullah saw : "Barangsiapa yang berbuka di hari ramadhan tanpa sebab sakit, atau safar, atau udzur syar'I lainnya, maka tiadalah ia akan bisa membayarnya walaupun ia berpuasa sepanjang masa" (HR Tirmidzi, Nasa'I, Abu Daud, Ibn Maajah, Ibn Khuzaimah dan Imam Baihaqy).
Maka berhati - hatilah wahai mukmin dalam menjaga keadaan puasamu, dan jangan pula kau berbuka puasa sebelum yakin telah tiba waktunya, karena sunnah untuk bersegera dalam buka puasa adalah setelah yakin sepenuhnya telah masuk waktu berbuka puasa.
3. Yang terakhir adalah bersungguh - sungguh dalam menghadapi hujan anugerah di bulan mulia ini, dan bersungguh - sungguh mendapatkan anugerah berlipat gandanya berbagai pahala dan di bentangkannya kesempatan untuk meraih derajat yang agung. Telah bersabda Rasulullah saw "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan bagi kalian berpuasa di siang harinya dan telah pulah mensunnahkan bagi kalian mendirikan shalat sunnah di malam harinya (tarawih), barangsiapa yang melakukan keduanya dengan keimanan dan kesungguhan, maka ia akan lepas dari seluruh dosanya sebagaimana saat ia baru dilahirkan oleh ibunya" (HR Imam Nasa'i).
Maka seyogyanya kita memperbanyak berbagai amal ibadah di bulan mulia ini, terutama menjaga shalat lima waktu dengan berjamaah, dan ketahuilah bahwa menjamu orang lain berbuka puasa merupakan hal yang agung pahalanya, sabda Rasulullah saw :"Baramgsiapa yang menyediakan buka puasa bagi yang berpuasa dibulan Ramadhan, maka diampuni seluruh dosanya, dan kebebasan baginya dari api neraka, dan ia mendapatkan pahala puasa tersebut" (HR Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya).
Sabda Rasulullah saw : "Barangsiapa yang menyediakan buka puasa bagi orang yang berpuasa ramadhan dengan makanan dan minuman yang halal, maka akan bershalawatlah para Malaikat baginya sepanjang waktu Ramadhan, dan akan bershalawatlah padanya Malaikat Jibril dimalam Lailatulqadr" (Imam Thabrani).
Sabda Rasulullah saw : "Diberikan untuk ummatku dibulan Ramadhan lima hal yang tidak diberikan pada para Nabi sebelumku, yaitu saat malam pertama bulan Ramadhan, Allah memandangi mereka dengan iba dan kasih sayang Nya, dan barangsiapa yang dipandangi Allah dengan Iba dan Kasih Sayang Nya maka tak akan pernah disiksa selama selamanya, yang kedua adalah aroma tak sedap dari mulut mereka di sore harinya lebih indah dihadapan Allah daripada wanginya Misk (bau tak sedap orang yang berpuasa akan menyusahkan mereka dan akan membuat mereka merasa terhina, namun balasan untuk keridhoan mereka karena hal yang tak mereka sukai dan perasaan terhina itu adalah justru di sisi Allah hal itu sangatlah mulia), yang ketiga adalah sungguh para malaikat memohonkan pengampunan dosa bagi mereka sepanjang siang dan malam, yang keempat adalah Allah memerintah kepada Surga seraya berfirman : Bersiaplah engkau (wahai surga), dan bersoleklah untuk menyambut hamba - hamba Ku, aku iba melihat mereka, barangkali mereka mesti beristirahat karena kepayahan menghadapi kehidupan mereka didunia untuk menuju Istana - Istana Ku dan Megahnya Kedermawanan Ku, yang kelima adalah ketika malam terakhir dibulan Ramadhan maka diampunilah bagi mereka seluruhnya, maka bertanyalah seorang sahabat : apakah itu hadiah orang yang mendapatkan Lailatulqadr Wahai Rasulullah?, maka Rasul saw bersabda : "Tidak, bukankah bila kau melihat para buruh bila selesai dari pekerjaannya harus segera dilunasi upahnya?" (HR Imam Baihaqi).
Maka ketahuilah bahwa Rasul saw bersungguh - sungguh dalam beribadah pada bulan Ramadhan, lebih dari kesungguhannya di bulan lain, dan Rasul saw sangat teramat bersungguh - sungguh dalam beribadah di 10 malam terakhir Bulan Ramadhan lebih dari kesungguhannya di hari - hari ramadhan lainnya, Maka berpanutlah pada Imam mu Nabi Muhammad saw, janganlah tertipu dengan mengikuti kebiasaan sebagian orang yang bersungguh - sungguh di awalnya dan bermalas - malasan di akhirnya, karena kemuliaan justru berpuncak pada akhirnya.
Wahai Allah perkenankan kami melewati kemuliaan Ramadhan, berpuasa dan menegakkan bermacam - macam amal mulia padanya, dari pembacaan Al Qur'an dan bertafakkur atas maknanya, serta menyambung silaturahmi serta berbuat baik dengan tetangga, dan selamat dari segala hal yang memnghalangi kami dari kemuliaannya, dan shalawat serta salam atas sang Nabi dan keluarga serta sahabatnya walhamdulillahirabbil'alamiin... amiin.
BERTERAWIHLAH KERANA ALLAH...
Kalau pegi terawih tu biarlah nawaitunya semata2 kerana Allah bukan kerana takut org kata x solat lak bulan2 puasa ni,atau teringat kt juadah ke atau nak ushar sapa2 kt masjid tu....Ramadhan hanya dtg sekali setahun pahalanya berganda2 mengatasi bulan2 lain,oleh itu manfaatkanlah akan kelebihannya..dan bersyukurlah kerana nyawa kita masih Allah beri untuk merasai Ramadhan utk kali ini..untuk tahun depan masih adakah Allah nak beri kita nyawa? Renung2kanlah...
Wednesday, 10 July 2013
BERGERAK YANG MACAM MANA YANG MEMBATALKAN SOLAT?? INI KETERANGANNYA DARI DR ZAHARUDDIN..:-)
Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.
Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:
فَارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ……ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا
Maksudnya: “ ulangi solatmu dan solatlah sessunghuhnya engkau belum menyempurnakan solatmu……kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.”
(Riwayat al-Bukhari)
Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakn besar menurut mazhab Syafie.
Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-
KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.
KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.
KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.
KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau
وهو الأصح وقول الأكثرين
Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[1]
Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.
Sekian
Tuesday, 9 July 2013
SOLAT TAHAJJUD SELEPAS SOLAT WITIR..BOLEH KE?? INI JAWAPANNYA.
Solat witir disebut dalam hadis Baginda saw sebagai penutup solat malam (qiyam) sebagaimana di bawah:
Jadikan witir sebagai akhir (penutup) solat kamu dimalam hari. (HR Imam Bukhari : 998 dan Imam Muslim : 751)
Kata Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , walau bagaimana pun tidak dilarang untuk seseorang menunaikan solat - solat sunat lain seperti solat sunat bersebab , tahajjud dan sebagainya selepas menunaikan solat witir. Ini kerana perbuatan tersebut adalah thabit dari Rasulullah saw sebagaimana hadisnya yang diriwayatkan dari Saidatina A’isyah r.a :
Sesungguhnya Nabi saw menunaikan solat 2 rakaat dimalam hari selepas solat witir , dan dia dalam keadaan duduk (HR Imam Muslim : 738)
Asy-Syaikh Ibn Jibrin r.h dalam fatawanya [Fatawa Ramadhan : 826] menyebutkan bahawa sesiapa yang telah menunaikan witir bersama - sama dengan imam dalam solat tarawikh , maka ia tidak perlu mengulanginya semula (solat witir). Dia boleh melakukan solat sunat dua rakaat lain jika dia ingin bangun malam , tetapi tidak boleh menunaikan solat witir kali kedua kerana solat witir tidak boleh dilakukan 2 kali dalam satu malam.
Dalilnya ialah hadis Rasulullah saw :
Tidak ada dua witir dalam satu malam (Hadis Hasan riwayat Ahmad 4/23 , Abu Daud : 1439 , Tirmizi : 470 , An-Nasaie: 1679 dan Ibn Hibban : 6/201)
Maka kesimpulannya , tidak ada tegahan untuk melakukan solat sunat malam seperti tahajjud selepas menunaikan solat witir , tetapi tidak boleh diulangi solat witir lagi selepas itu.Cukup dengan sekali witir sahaja yang telah dikerjakan sebelum itu.
KISAH AYAT 21 SURAH YUSUF
Ayat 21 Surah Yusuf,bila ana perhatikan sendiri,ia adalah berkisar tentang kehidupan Nabi Yusuf di Mesir dan Allah telah menetapkan kedudukan Nabi Yusuf di Mesir untuk dihormati dan disayangi..Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya Kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk Kami mengajarnya sebahagian dari ilmu ta`bir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Hujung ayat ni seolah2 ada kaitan dengan apa yang terjadi kepada Presiden Mesir:Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Subscribe to:
Posts (Atom)






