CINTA AKAN PERGI JIKA TIADA INSAN YANG INGIN MENGHARGAINYA LAGI ... Photobucket

Thursday, 11 July 2013




DERMA DARAH DI BULAN PUASA MENURUT SYEIKH 'ATIYYAH SAQR..


bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr mengenai isu derma dan dan juga pemindahan darah, kata beliau :-

هذا السؤال له طرفان؛ طرف يتصل بالمنقول منه، وطرف يتصل بالمنقول إليه، أما المنقول منه فيقاس أخذ الدم منه في نهار رمضان على الفصد، وهو أخذ الدم من غير الرأس، وعلى الحجامة وهي أخذ الدم من الرأس، وقد سبق أن الجمهور يقولون بعدم بطلان الصيام بهما؛ لأن حديث: "أفطر الحاجم والمحجوم" الذي أخذ به من قال بالإفطار لم يسلم من النقد، إن لم يكن من جهة السند فمن جهة الدلالة.
وأما المنقول إليه فيعطى نقل الدم حكم الحقنة، وقد تقدم الكلام فيها، وإذا كان للعلاج لا للغذاء وأدخل عن طريق الوريد فأختار عدم بطلان الصيام، ومع ذلك أقول: إن هذا المريض الذي نقل إليه الدم حتمًا يحتاج إلى ما يقويه، فله أن يفطر بتناول الأطعمة وعليه القضاء عند الشفاء. واختلاف آراء الفقهاء في مثل هذه الفروع رحمة يمكن الأخذ بأيسرها عند الحاجة إليه. نص الإجابة

Persoalan ini mempunyai 2 jalan, satu pihak yang mendermakan darah, dan satu pihak yang mengambil darah darinya, bagi yang mendermakan darah boleh diqiaskan dengan cara mengambil darah diwaktu siang ramadhan dengan cara bloodletting (pemindahan darah melalui saraf), dan ia mengambil darah bukan dari kepala, dan berkam (Al-Hijaamah) pula mengambil darah dari kepala, dan jumhur ulama sebelum ini percaya bahawa ia tidak membatalkan puasa mereka, kerana hadith "Berbuka orang yang membekam dan diberkam" yang berpegang bahawa ia membatalkan puasa tidak dapat lari dari kritikan, jika tidak dari segi sanad maka dari segi petunjuknya.

Bagi yang menerima pemindahan darah dengan menggunakan suntikan, dan isu ini telah dibahaskan, dan jika ia bukanlah rawatan makanan dan dimasukkan melalui urat, maka pilihan [hukum] ialah tidak membatalkan puasa dan disamping pandangan yg berkata : pesakit yang dipindahkan darah kepadanya adalah didalam keadaan berkehendakkan kekuatannya, maka untuknya berbuka dengan mengambil makanan, dan keatasnya qada' puasa apabila sembuh. Perbezaan ulama' mengenai Fiqh cabang ini satu rahmat dimana boleh diambil kemudahan dari jika bila diperlukan.
-----------------

Perbuatan menderma darah dan juga pemindahan darah merupakan rawatan perubatan. Sheikh Atiyah Saqr melihat bahawa perselisihan ulama' mengenai hukum ini memudahkan lagi menggunakan kaedah hukum ini. Sebagai contoh, menurut pandangan ulama Syafie bahawa tidak membatalkan puasa jika ia mendermakan darah, akan tetapi tidak digalakkan [jika bukan kecemasan] kerana ia melemahkan seseorang itu. Akan tetapi bagi mereka yang menerima darah, dia mempunyai dua pilihan, dibolehkan meneruskan puasa jika mempunyai kekuatan, atau pun dibenar berbuka (mengambil makanan bagi menguatkan badan), sepertimana applikasi hukum terhadap orang sakit. wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment